rahim
Rahim adalah organ seks sekunder yang merupakan komponen saluran pembiakan yang matang semasa akil baligh. Ini berlaku di bawah pengaruh hormon seks yang dihasilkan oleh organ seks primer (ovari pada wanita dan testis pada lelaki).

Apakah itu rahim

Rahim adalah organ seks sekunder yang merupakan komponen saluran pembiakan yang matang semasa akil baligh. Ini berlaku di bawah pengaruh hormon seks yang dihasilkan oleh organ seks primer (ovari pada wanita dan testis pada lelaki).

Seterusnya, rahim adalah organ berongga yang terletak di pelvis wanita antara pundi kencing dan rektum. Ovari menghasilkan telur yang bergerak melalui tiub fallopio. Setelah telur keluar dari ovari, telur dapat disenyawakan dan ditanam di lapisan rahim. Fungsi utama rahim adalah untuk menyuburkan janin yang sedang berkembang sebelum kelahiran.

Anatomi rahim

Tiga lapisan tisu rahim yang berbeza merangkumi:

  • Perimetrium: Lapisan luar tisu yang diperbuat dari sel epitelium.
  • Myometrium: Lapisan tengah yang diperbuat daripada tisu otot lancar.
  • Endometrium: Lapisan dalaman yang terbentuk selama sebulan dan gugur sekiranya kehamilan tidak berlaku.

Rahim berbentuk seperti pir terbalik, dan duduk di belakang pundi kencing serta di hadapan rektum. Ia mempunyai empat bahagian utama:

  • ‘Fundus’: Kawasan melengkung luas di bahagian atas dan organ terluas yang menghubung ke tiub fallopio.
  • ‘Corpus’: Bahagian utama rahim yang bermula tepat di bawah paras tiub fallopio dan terus ke bawah, menjadi semakin sempit.
  • ‘Isthmus’: Bahagian bawah rahim yang sempit.
  • Serviks: Dua inci rahim paling rendah. Berbentuk tubular, serviks terbuka ke dalam faraj dan melebar untuk membolehkan proses kelahiran berlaku.

Di samping itu, rahim juga disokong di pelvis oleh diafragma, badan perineum dan kumpulan ligamen, termasuk ligamen bulat.

Bagaimana rahim berfungsi

Rahim melakukan pelbagai fungsi penting dalam kitaran pembiakan, kesuburan dan proses kelahiran anak.

Semasa kitaran haid yang normal, lapisan rahim endometrium melalui proses yang disebut vaskularisasi di mana saluran darah kecil berkembang, meninggalkan lapisan lebih tebal dan kaya dengan darah sekiranya telur yang dilepaskan dalam kitaran tersebut disenyawakan. Jika ini tidak berlaku, lapisan gugur sebagai darah haid.

Sekiranya konsepsi berlaku, telur yang disenyawakan (embrio) masuk ke dalam endometrium iaitu di bahagian ibu dari plasenta yang mana ‘decidua basalis’ akan berkembang. Semasa kehamilan berlangsung, rahim tumbuh dan dinding otot menjadi lebih nipis untuk menampung janin yang sedang berkembang dan air ketuban iaitu pelindung yang dihasilkan pertama kali oleh ibu dan kemudian oleh air kencing dan paru-paru bayi.

Semasa kehamilan, lapisan otot rahim mula menguncup dan meregang sebagai persediaan untuk melahirkan anak. Kontraksi “praktik” ini, atau dikenali sebagai kontraksi Braxton-Hicks, menyerupai kekejangan haid. Malah, sebilangan wanita tidak menyedarinya. Tetapi, ini bukanlah kontraksi yang semakin kuat dan kerap sehingga cukup kuat untuk meneran bayi keluar dari rahim dan memasuki faraj.

Selepas bayi dilahirkan, rahim terus menguncup untuk mengeluarkan plasenta. Ia akan terus berkontrak dalam beberapa minggu akan datang untuk mengembalikan rahim ke ukuran normal dan untuk menghentikan pendarahan yang terjadi di rahim semasa proses kelahiran.

Masalah kesihatan biasa berkaitan rahim

Masalah berkaitan rahim boleh bermula di rahim itu sendiri atau mungkin berlaku disebabkan faktor di luar rahim, seperti hormon. Sebilangan besar keadaan ini dapat diatasi dengan penggunaan ubat-ubatan, tetapi ada yang memerlukan histerektomi, iaitu pembedahan bagi membuang rahim.

Senggugut

Senggugut adalah sakit ketika haid yang teruk dan boleh berlaku sebelum dan / atau semasa haid. Ia biasanya bukan petanda penyakit rahim atau keadaan perubatan lain, dan sering bertambah baik dengan ubat tahan sakit atau terapi hormon.

‘Menorrhagia’

‘Menorrhagia’ adalah pendarahan haid yang berpanjangan atau sangat berat. Ia boleh berlaku tanpa sebab yang diketahui, tetapi dapat juga terjadi disebabkan ketidakseimbangan hormon, fibroid rahim, polip, jenis kawalan kelahiran tertentu, atau kanser, antara yang lain. Biasanya, keadaan ini menyebabkan anemia (jumlah sel darah merah rendah), jadi anda mungkin memerlukan rawatan untuk mengawal pendarahan dan juga rawatan untuk anemia.

Prolaps rahim

Prolaps rahim berlaku apabila otot dan ligamen yang menahan rahim di tempatnya menjadi lemah, dan membolehkan rahim turun berhampiran pundi kencing. Ramai wanita mengalami prolaps rahim ringan hingga sederhana ketika semakin berusia. Gejala yang paling biasa adalah desakan untuk kencing dan kebocoran air kencing, tetapi kes yang teruk juga boleh menyebabkan kesakitan, terutamanya semasa atau selepas melakukan hubungan seksual.

Rahim terbalik

Rahim boleh dicondongkan ke arah belakang tulang belakang, yang digambarkan sebagai rahim yang terbalik. Biasanya, ia tidak bergejala, dan jarang menyebabkan komplikasi semasa kehamilan. Doktor akan menyedari jika anda mengalami keadaan ini semasa pemeriksaan pelvis rutin anda.

Kecacatan uteria kongenital

Kadangkala, rahim itu sendiri berbentuk tidak normal. Ini boleh mengganggu kehamilan dan meningkatkan risiko berlakunya keguguran. Doktor anda akan mengenal pasti kecacatan rahim pada ultrabunyi kehamilan jika anda hamil, dan ia dapat dilihat pada imbasan tomografi (CT) perut atau ultrabunyi walaupun anda tidak hamil.

Penyakit keradangan pelvis

Apabila bakteria atau organisma memasuki serviks dan merebak ke atas, jangkitan boleh mempengaruhi satu atau lebih organ pelvis, termasuk rahim, serviks dan tiub fallopip. Ini dipanggil penyakit keradangan pelvis. Gejala termasuklah ketidakselesaan, keputihan, bau busuk dan desakan kencing atau kesakitan ketika kencing.

Polip

Ramai wanita mempunyai polip rahim, yang mana pertumbuhannya adalah kecil dan lembut di dalam rahim. Ini boleh menyebabkan kesakitan, pendarahan haid yang berat, tompokan di antara tempoh haid dan pendarahan selepas hubungan intim.

Fibroid

Fibroid adalah pertumbuhan di dinding rahim. Kadangkala, fibroid melekat di bahagian luar rahim dengan tangkai. Ia boleh jadi sekecil biji atau kacang polong ataupun bersaiz sebesar tembikai oren atau kecil. Gejala termasuk pendarahan yang berat atau berpanjangan antara atau semasa tempoh haid, sakit dan / atau tekanan pada pelvis, sakit belakang, sakit semasa melakukan hubungan persetubuhan, dan kesukaran untuk hamil.

Hiperplasia endometrium

Hiperplasia endometrium adalah keadaan di mana percambahan sel endometrium yang berlebihan (lapisan dalam rahim) menyebabkannya menjadi terlalu tebal, mengakibatkan pendarahan tidak normal. Ia bukanlah kanser, tetapi dalam beberapa kes, ini boleh menyebabkan kanser rahim, terutama ia terjadi bersama adenomiosis (pertumbuhan jaringan endometrium di dinding rahim otot). Gejala termasuklah pendarahan faraj tidak normal, keputihan, atau ‘pap smear’ yang tidak normal.

Endometriosis

Dengan keadaan endometriosis, jenis tisu sama yang melapisi rahim anda juga tumbuh di bahagian badan yang lain, biasanya di perut atau ovari. Ini boleh menyebabkan tisu parut terbentuk di sekitar organ yang terjejas. Selalunya, wanita yang mengalami endometriosis juga mengalami masalah hiperplasia endometrium, tetapi ia tidak selalu berlaku. Gejala termasuk haid yang menyakitkan atau berat, pendarahan atau bintik yang tidak teratur, sakit semasa atau selepas melakukan hubungan persetubuhan, sakit di perut atau usus, dan sakit semasa membuang air kecil atau semasa buang air besar.

Parut rahim (Sindrom Asherman)

Kehadiran lekatan (parut) selepas pembedahan rahim, radiasi atau kecederaan disebut sebagai sindrom Asherman. Biasanya, ia tidak menyebabkan simptom, tetapi boleh menyebabkan pendarahan ringan dalam tempoh haid serta boleh meningkatkan risiko kemandulan dan keguguran. Kes yang teruk boleh menyebabkan kesakitan atau jangkitan.

Kanser rahim

Kanser rahim, biasanya disebut sebagai kanser endometrium, dapat menyebabkan pendarahan faraj tidak normal dan memerlukan rawatan yang agresif jika ia merebak di luar rahim.

Sakit pelvis kronik

Sekiranya tiada punca kesakitan yang boleh dikenal pasti, anda mungkin didiagnosis dengan sakit pelvis kronik. Malah, anda juga mungkin memerlukan rawatan jika rasa sakit anda bertambah, dan anda mungkin lebih sensitif terhadap keadaan yang menyebabkan kesakitan, seperti jangkitan gastrousus atau jangkitan pundi kencing.

Cara menjaga rahim anda

Otot rahim adalah yang paling kuat di dalam badan, namun kerana pilihan gaya hidup kita yang salah, pemakanan yang buruk dan tabiat tidak tetap, kita akhirnya boleh melakukan banyak kerosakan padanya.

Oleh itu, bagi menjaga rahim anda, anda perlu:

Elakkan produk yang mengandungi xenoestrogen

Xenoestrogen adalah estrogen asing yang meniru fungsi estrogen semula jadi. Ia boleh mengganggu keseimbangan hormon, menghasilkan simptom seperti PMS, tempoh haid berat, perubahan emosi, sindrom ovari polisistik (PCOS), fibroid dan lain-lain.

Makan ikan yang kaya dengan asid lemak omega-3

Prostaglandin adalah zat seperti hormon yang dapat membuatkan rahim mengecut terlalu keras, hingga menyebabkan rasa sakit dan meningkatkan kemungkinan posisi rahim yang salah. Asid lemak omega-3 pada ikan seperti ikan tenggiri dan salmon boleh membantu mengurangkan keradangan dan rembesan prostaglandin.

Lakukan senaman bagi otot pelvis anda

Latihan bagi seluruh badan seperti berjalan kaki, berjoging, berbasikal, menari dan yang lain bukan sahaja baik untuk kesihatan kita, tetapi juga memberi manfaat kepada rahim dengan melancarkan peredaran darah di kawasan pelvis. Aktiviti berenang khususnya, adalah sangat baik untuk menguatkan rahim.

Elakkan menahan air kencing

Air kencing yang ditahan dapat membuatkan bahan buangan terkumpul di dalam pundi kencing. Ini dapat menyebabkan jangkitan pundi kencing, yang juga mendorong kepada jangkitan pada faraj dan pelvis, kerana jaraknya yang dekat.

Berhenti merokok

Merokok dalam jangka masa panjang mempunyai kesan yang sangat berbahaya pada rahim. Penyelidikan di England mendapati bahawa bahan penyebab kanser dalam rokok cenderung menumpukan perhatian pada cairan tubuh di sekitar serviks.

Kekalkan berat badan yang sihat

Menjadi kurus nampaknya menjadi trend baru hari ini. Tetapi, kekurangan lemak badan yang diperlukan untuk mengekalkan kedudukan rahim boleh mengakibatkan rahim (jatuh) yang berlarutan, dan meningkatkan kemungkinan berlaku jangkitan pelvis dan kesakitan ketika haid.

Jangan duduk terlalu lama

Duduk di kerusi dengan terlalu lama tanpa senaman yang mencukupi boleh menghalang peredaran darah dan tenaga yang sihat di kawasan pelvis. Ini boleh menyebabkan penebalan dinding rahim dan meningkatkan kemungkinan berlakunya endometriosis.

SUMBER

https://medlineplus.gov/ency/imagepages/19263.htm

https://teachmeanatomy.info/pelvis/female-reproductive-tract/uterus

https://www.verywellhealth.com/common-uterine-conditions-3521135

https://cycleharmony.com/remedies/menstrualhealth/15-little-tips-to-care-for-your-uterus

Summary
Rahim : Ketahui lebih banyak mengenai organ reproduksi ini
Article Name
Rahim : Ketahui lebih banyak mengenai organ reproduksi ini
Description
Rahim adalah organ seks sekunder yang merupakan komponen saluran pembiakan yang matang semasa akil baligh. Ini berlaku di bawah pengaruh hormon seks yang dihasilkan oleh organ seks primer (ovari pada wanita dan testis pada lelaki).
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: