radikal bebas dan antioksida
Radikal bebas dan antioksida mempunyai perkaitan yang mempunyai peranan antara satu sama lain. Jom ketahui lebih lanjut tentangnya dalam artikel ini.

Radikal bebas adalah atom tidak stabil yang dapat merosakkan sel, menyebabkan penyakit dan penuaan. Ia dikatakan mempunyai perkaitan dengan kedua-dua aspek ini, tetapi hanya sedikit maklumat yang diketahui tentang peranan radikal bebas dalam kesihatan manusia, atau bagaimana untuk mencegahnya daripada membuatkan individu jatuh sakit.

Apakah itu radikal bebas?

Radikal bebas dikaitkan dengan penyakit manusia, termasuklah kanser, aterosklerosis, penyakit Alzheimer, penyakit Parkinson dan banyak lagi. Ia juga mungkin mempunyai kaitan dengan proses penuaan, yang didefinisikan sebagai kerosakan disebabkan radikal bebas secara bertahap.

Tubuh kita menghasilkan ratusan zat yang disebut sebagai “radikal bebas” ketika menukarkan makanan menjadi tenaga. Bahan yang menghasilkan radikal bebas ini terdapat dalam makanan yang kita makan, ubat-ubatan yang kita ambil, udara yang kita hirup dan air yang kita minum. Bahan-bahan ini termasuklah makanan bergoreng, alkohol, asap tembakau, racun perosak dan pencemaran udara.

Setelah radikal bebas ini terbentuk, sebatian toksik ini dapat memulakan tindak balas berantai seperti domino. Sel mungkin berfungsi dengan buruk atau boleh juga mati. Tekanan oksidatif yang terhasil dikaitkan dengan lebih daripada 200 penyakit.

Bagaimanakah radikal bebas mempengaruhi badan kita?

Menurut teori penuaan berkaitan radikal bebas, ia memecahkan sel-sel dari masa ke masa. Seiring pertambahan usia, badan akan kehilangan keupayaannya untuk melawan kesan radikal bebas. Hasilnya adalah peningkatan penghasilan radikal bebas, tekanan oksidatif yang lebih banyak, serta lebih banyak kerosakan pada sel. Ini boleh menyebabkan proses degeneratif, serta penuaan “normal”.

Pelbagai kajian dan teori telah menghubungkan tekanan oksidatif akibat radikal bebas dengan:

Bagaimanakah kehadiran radikal bebas dapat dikesan?

Ianya adalah tidak mustahil untuk mengukur jumlah radikal bebas di dalam badan secara langsung. Menurut artikel dalam American Journal of Clinical Nutrition pada tahun 2000, ada kaedah tidak langsung untuk mengukur tekanan oksidatif, biasanya melibatkan analisis produk sampingan lipid peroxidation. Artikel yang lebih terbaru dalam Kaedah Biologi Molekul pula menyatakan bahawa alat untuk menguji tekanan oksidatif semakin tersedia, walaupun ketepatan dan kesahihannya masih dalam peringkat pemeriksaan.

Sekarang, apakah pula perkaitan antara penggunaan antioksida dan radikal bebas?

Antioksida adalah bahan kimia yang dapat mengurangkan atau mencegah kesan radikal bebas. Ia menyumbangkan elektron untuk radikal bebas, yang mana ini dapat mengurangkan tahap reaktif radikal bebas. Apa yang menjadikan antioksida unik ialah ia dapat menyumbangkan elektron tanpa menjadi radikal bebas yang reaktif.

Tiada antioksidan tunggal yang dapat melawan bagi kesan setiap radikal bebas. Sama seperti radikal bebas yang mempunyai kesan berbeza di kawasan tubuh yang berbeza, setiap antioksida juga mempunyai sifat berbeza kerana sifat kimianya.

Walau bagaimanapun, dalam konteks tertentu, beberapa antioksida dapat menjadi pro-oksida yang mengambil elektron daripada molekul lain bagi mewujudkan ketidakstabilan kimia. Ini seterusnya dapat menyebabkan tekanan oksidatif.

Antioksida terkenal pada tahun 1990-an ketika para saintis mula menyedari kemungkinan kesan radikal bebas terhadap perkembangan kanser, aterosklerosis dan keadaan kronik yang lain. Selama beberapa dekad berikutnya, para saintis telah melakukan banyak kajian mengenai kesan penggunaan antioksida dengan hasil yang bercampur baur.

Para saintis tidak sepenuhnya memahami hasil bercampur aduk daripada ujian atau mekanisme tepat yang menjadikan antioksida berkesan atau tidak terhadap radikal bebas. Tetapi, hasil kajian menunjukkan bahawa ia adalah lebih berkesan dan lebih selamat untuk mendapatkan antioksida melalui makanan keseluruhan berbanding mengambil suplemen.

SUMBER

https://www.medicalnewstoday.com/articles/318652

https://www.livescience.com/54901-free-radicals.html

https://www.pharmacytimes.com/publications/issue/2013/January2013/Fighting-Free-Radicals-Do-You-Need-Antioxidants

Summary
Radikal bebas dan Antioksida
Article Name
Radikal bebas dan Antioksida
Description
Radikal bebas adalah atom tidak stabil yang dapat merosakkan sel, menyebabkan penyakit dan penuaan. Sementara itu, antioksida adalah bahan kimia yang dapat mengurangkan atau mencegah kesan radikal bebas.
Author
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: