Now Reading
Radiant Apple Cider Vinegar Sebagai Bahan Tambahan Dalam Makanan Anda.

Radiant Apple Cider Vinegar Sebagai Bahan Tambahan Dalam Makanan Anda.

Radiant Apple Cider Vinegar

Radiant Apple Cider Vinegar mempunyai banyak kegunaan dan boleh digunakan dalam pelbagai resepi makanan bahkan untuk tujuan kecantikan! Anda boleh mendapati pelbagai jenis apple cider yang dijual di pasaran samada di supermarket ataupun secara online. Namun begitu, tidak semua apple cider mempunyai kualiti yang baik dan menepati citarasa anda.

Jadi, kalau anda sedang tercari-cari apple cider yang terbaik, apa kata anda cuba apple cider keluaran Radiant ini. 

Dihasilkan daripada epal yang ditanam secara organik dan matang dengan baik setelah disimpan di dalam tong kayu oak untuk memastikan kesegarannya yang semula jadi, ia menjanjikan khasiat yang luar biasa untuk penggunanya

Kandungan Radiant Apple Cider Vinegar

Ia tidak ditapis, tidak dipasteurisasi, dihasilkan tanpa tambahan bahan kimia yang berbahaya untuk kesihatan, tanpa bahan tambahan atau pengawet. Ia juga mengandungi mineral dan vitamin (A, C, E, B1, B2 dan B6), serta semua nutrien penting dan diperlukan untuk ‘membersihkan’ badan, menyembuhkan dan meningkatkan kualiti kesihatan anda. 

Yang paling menarik, ia juga disahkan organik oleh BioGro NZ dan Halal oleh JAKIM. Bagi sesiapa yang muslim, anda tidak perlu ragu-ragu ya!

Kegunaan Radiant Apple Cider Vinegar Dalam Makanan/ Masakan

Okay, mari kita lihat pula apa kegunaannya dalam masakan ataupun makanan.

Sebenarnya, Radiant Apple Cider Vinegar ini tidak mempunyai rasa atau bau cuka yang sangat kuat seperti beberapa jenama lain di pasaran. Oleh sebab itu, ia amat sesuai untuk digunakan dalam pelbagai jenis masakan. 

Antaranya; 

  • Untuk melembutkan daging dengan cepat, anda boleh cuba perapkan daging dengan beberapa sudu apple cider ini.
  • Elakkan buah/kentang yang anda potong menjadi warna kecoklatan dengan merendamnya ke dalam larutan apple cider ni.
  • Campurkan sedikit apple cider ini sebagai bahan campuran dressing salad anda agar menambah kesegaran salad anda. Selain rasa masam yang menyegarkan, ia juga akan membuat salad anda terlihat segar lebih lama.
  • Tambahkan dua sudu larutan apple cider semasa anda  merebus telur untuk memastikan kulitnya tidak retak. Apple cider juga boleh dimanfaatkan untuk membuat poached egg agar putih telurnya tetap padat saat direbus. 
  • Anda juga boleh gunakan apple cider Radiant seperti lemon sebagai penambah rasa segar pada makanan dan minuman

Kegunaan Lain Radiant Apple Cider Vinegar

Selain dalam masakan, apple cider Radiant ini juga berguna untuk membersihkan peralatan masak yang bau dan berkarat. 

Untuk penjagaan wajah, anda boleh menggunakannya sebagai toner buatan sendiri untuk wajah anda. Campurkan setengah cawan Radiant Apple Cider Vinegar, diikuti dengan dua cawan air biasa. Anda juga boleh menambah beberapa titis bahan lain seperti minyak pokok teh untuk lebih banyak manfaat. 

Apa yang menariknya, toner ini tidak akan ada tarikh luput kerana apple cider mempunyai sifat ketahanan yang tinggi hasil proses fermentasi. 

Manfaat toner daripada apple cider Radian ini ialah, ia amat baik untuk kulit berminyak atau berjerawat. Anda cuma perlu berhati-hati dalam mengimbangkan nisbah apple cider dan air agar tidak terlalu pekat.

See Also
toothbrush

Selain itu, anda juga menggunakannya sebagai bahan kumur-kumur, dan campurkan setengah gelas ke dalam tadahan air untuk rendaman kaki.

Manfaat kesihatan apple cider radiant yang lain adalah seperti berikut:

  • Bantu menurunkan berat badan
  • Mengekalkan tahap gula darah
  • Merendahkan tekanan darah
  • Merendahkan kolesterol dan mengurangkan risiko penyakit jantung
  • Memutihkan gigi secara semula jadi
  • Merawat ketuat
  • Bantu melegakan pedih ulu hati dan refluks asid

Cadangan Pengambilan 

Cadangan pengambilan apple cider Radiant adalah sebanyak 1-2 sudu besar bersama lebih kurang 250 ml air untuk diminum. Atau, campurkan ke dalam masakan/makanan anda mengikut cita rasa anda. 

Pengambilan sehari sekali secara konsisten amat digalakkan untuk manfaat yang lebih baik.

Kenapa Anda Perlu Dapatkan Apple Cider Radiant?

Apple cider vinegar: Natural ingredient for pet foods? | PetfoodIndustry.com

Secara ringkasnya, berikut adalah sebab mengapa anda perlu mendapatkan apple cider Radiant ini. 

  • Diperbuat daripada pokok epal yang ditanam secara organik 
  • Dihasilkan melalui proses fermentasi dalam tong Oak secara semula jadi
  • Tidak ditapis, tidak dipanaskan dan tidak dipasteurisasi
  • Tanpa bahan kimia, tanpa bahan tambahan atau tanpa bahan pengawet
  • Mengandungi “Mother of Vinegar”, sedimen yang wujud secara semula jadi (jaminan keaslian proses penapaian organik)
  • Kurang keasidan 5%
  • Bebas gluten
  • Terdiri daripada 93 jenis mineral dan vitamin surih (A, C, E, B1, B2 dan B6)
  • Diperakui oleh BioGro NZ
  • Halal 

Kesimpulan 

Pengambilan apple cider yang organik adalah satu pelaburan yang baik untuk manfaat kesihatan dan kehidupan lebih berkualiti. Dengan apple cider Radiant anda mampu dapatkan semua khasiat yang anda perlukan dalam kehidupan seharian. 

Selamat mencuba!

error: Content is protected !!