Putera charles positif COVID-19
Wabak COVID-19 boleh berlaku kepada sesiapa sahaja tanpa diduga. Terbaru disahkan bahawa Putera Charles positif COVID-19.

Wabak COVID-19 boleh berlaku kepada sesiapa sahaja tanpa diduga. Terbaru disahkan bahawa Putera Charles positif COVID-19. Menurut akhbar tempatan TheStar, Putera Charles, anak sulung kepada Ratu Elizabeth II telah diuji positif bagi penyakit COVID-19. Isterinya iaitu Duchess of Cornwall, Camilla tidak mendapatkan virus tersebut. Malah, Putera Charles dikatakan menunjukkan simptom-simptom yang ringan tetapi kesihatannya masih kekal baik. Buat masa ini, kedua-duanya sudah dikuarantinkan di rumah mereka di Scotland.

Ianya mustahil untuk mencari punca sebenar yang menyebabkan Putera Charles dijangkiti virus tersebut memandangkan beliau sememangnya banyak berinteraksi dengan pihak luar dalam tugas awamnya sejak beberapa minggu yang lalu.

Jadi, secara amnya, wabak ini boleh menjangkiti sesiapa sahaja tanpa mengira umur, jantina, kaum mahupun kewarganegaraan anda. Sudah ada kes yang melibatkan bayi baru lahir hinggalah kes yang melibatkan warga tua. Semakin banyak kes positif dan kes kematian dicatatkan setiap hari dan semakin membimbangkan.

Sehingga jam 3 petang tadi, berdasarkan CoronaTracker, keseluruhan kes yang telah disahkan di seluruh dunia adalah sebanyak 471,820 kes manakala keseluruhan kes kematian sebanyak 21,297. Jumlah individu yang telah pulih pula adalah sebanyak 114, 703 individu.

Malaysia kini berada di tangga ke-22 daripada keseluruhan negara yang mengalami wabak ini dengan 1,796 kes yang dicatat dan 21 kes kematian. Pada masa yang sama, Itali mencatatkan terlalu banyak kematian baharu dan meletakkannya di tangga pertama dengan jumlah kes kematian tertinggi di seluruh dunia (7503). Malah, Sepanyol juga kini telah mencecah 3,647 kes kematian dalam tempoh 24 jam lalu. Berdasarkan kes kematian sahaja, Itali dan Sepanyol telah melepasi China yang mula-mula sangat terkesan akan wabak ini.

Jadi, jika kita tidak mahu negara kita menjadi seperti negara-negara dengan kes positif dan kes kematian yang begitu tinggi, ikutilah arahan kerajaan dan duduk di rumah melainkan anda mempunyai urusan penting seperti keluar membeli barangan rumah ataupun hal kecemasan yang tidak boleh ditangguhkan.

Dengan perintah ‘Kawalan pergerakan’ yang telah dilanjutkan sehingga 14 April 2020, bantulah mereka yang bertungkus lumus menjaga negara ini agar mereka boleh membantu anda juga. Janganlah tambahkan penderitaan mereka dengan mengingkari arahan kerajaan. Tangguhkanlah keluar berjumpa keluarga atau rakan, lakukan senaman di rumah sahaja (tidak perlu pergi ke gim atau berjoging di luar) dan kurangkan pergaulan dengan kawasan luar rumah anda.

Mari bersama-sama bendung penularan wabak ini agar Malaysia boleh kembali membangun seperti dahulukala. Doakan yang terbaik buat semua pesakit serta semua pihak yang bekerja keras menangani isu ini bersama.

SUMBER

  1. https://www.coronatracker.com/analytics/
  2. https://www.thestar.com.my/news/world/2020/03/25/britain039s-prince-charles-tests-positive-for-covid-19
  3. https://www.bharian.com.my/dunia/eropah/2020/03/669335/covid-19-lebih-20000-maut-3-bilion-penduduk-dunia-berkurung

Kredit: Sumber gambar diambil daripada https://live.firstnews.co.uk/news/act-now-to-save-the-earth-says-hrh-prince-charles/

Summary
Putera Charles Britain positif COVID-19!
Article Name
Putera Charles Britain positif COVID-19!
Description
Wabak COVID-19 boleh berlaku kepada sesiapa sahaja tanpa diduga. Terbaru, Putera Charles juga telah disahkan positif COVID-19.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: