Neem Foaming Face Wash

Neem foaming face wash adalah pencuci muka keluaran Himalaya yang berasakan daun semambu (neem). Sama ada wanita mahupun golongan lelaki, penjagaan wajah kini sudah menjadi salah satu aspek penting bagi setiap individu. Kalau tidak masakan produk kecantikan wajah menjadi sangat besar ibarat cendawan tumbuh selepas hujan.

Menjadi cantik sememangnya impian bagi setiap wanita yang sangat obses dengan kecantikan dan lelaki juga tidak terkecuali dalam bab ini. Keghairahan mencantikkan wajah juga menyebabkan ramai yang sanggup berhabis duit untuk mendapatkan produk kecantikan atau alat kosmetik yang menjanjikan kesan yang pantas terutama untuk menghilangkan cela dan mencerahkan kulit. Ada juga yang sanggup berhabisan duit untuk memiliki mekap untuk mendapatkan penampilan yang cantik bagi meningkatkan keyakinan.

Jadi anda bingung untuk memilih pencuci muka yang mana untuk memiliki kulit wajah yang bersih berseri? Jawapannya anda harus mencuba Purifying Neem Foaming Face Wash dari Himalaya! Jom baca artikel di bawah untuk mengenal dengan lebih lanjut mengenai pencuci muka ini.

Purifying Neem Foaming Face Wash Himalaya telah dikembangkan formulasinya setelah penyelidikan yang mendalam mengenai gabungan Neem dan Kunyit.

Neem terkenal dengan sifat antibakteria, antivirus dan kuman, yang membantu mengawal jerawat, jerawat dan mencegahnya berulang. Kunyit mempunyai ciri antiseptik bersama dengan sifat menenangkan kulit.

Kebaikan Purifying Neem Foaming Face Wash

  • Tidak mengandungi paraben
  • Bebas SLES
  • 0% Sulfat
  • Mudah diaplikasikan
  • Mempunyai haruman yang menenangkan
  • Harga mesra pengguna
  • Pembungkusan yang baik

Kenali Wajah Anda!

Pencuci muka Himalaya ini menggunakan bahan semulajadi yang menjadikannya sesuai untuk digunakan oleh jenis kulit yang memerlukan penjagaan lebih seperti jenis kulit sensitif, kering mahupun berminyak. Secara umumnya terdapat lima jenis kulit muka iaitu:

  • Normal – Seimbang dari segi kelembapan kulit, minyak dan ketahanan
  • Berminyak – Kulit tampak berminyak dan berkilat selepas beberapa jam dicuci. Pilih pencuci muka dengan pH rendah (acidic) untuk memudahkan proses penyingkiran minyak
  • Kering – Liang roma pada kulit sukar dilihat selepas beberapa jam muka dicuci. Elakkan pencuci muka yang mengandungi alkohol dan minyak
  • Sensitif – Sering merasa gatal-gatal ataupun tegang dan mudah mengalami reaksi alahan apabila terkena bahan kimia tertentu Elakkan pencuci muka yang mengandungi pewangi, minyak atau bahan kimia yang boleh merengsakan kulit
  • Kombinasi – Sebahagian wajah akan berminyak, kebiasaannya pada bahagian zon-T. Sementara bahagian lain adalah kering atau sensitif. Pilih pencuci muka yang lembut pada kulit dan bilas dengan air suam

Bahan Yang Digunakan Dalam Purifying Neem Foaming Face Wash

1. Kunyit

Kunyit mempunyai khasiat yang amat popular untuk membantu mengurangkan jerawat dan parut yang timbul. Kualiti anti-radang dapat mensasarkan pori-pori anda dan menenangkan kulit. Kunyit juga diketahui dapat mengurangkan parut. Kombinasi penggunaan ini dapat membantu membersihkan wajah dari jerawat.

2. Neem

  • Menyembuhkan Parut

Neem atau daun semambu berupaya untuk menyembuhkan tisu parut, menghilangkan kesan parut luka jerawat, luka bakar, dan luka. Kandungan neem yang seimbang dalam pencuci muka keluaran Himalaya ini mampu merawat kulit wajah anda seperti yang sepatutnya. Neem dapat meratakan warna kulit anda. Antioksidan dalam neem bermanfaat untuk mengurangkan pengeluaran melanin kulit anda, yang membantu meratakan warna kulit anda. Ia juga dapat mengurangkan bintik-bintik gelap, cela dan kemerahan pada kulit anda.

Sekiranya anda mengalami masalah pigmentasi dan depigmentasi, anda perlu memiliki pencuci muka Himalaya ini.

Siapa Yang Perlu Menggunakan Purifying Neem Foaming Face Wash

Lelaki atau wanita yang menghadapi masalah kulit berjerawat, kulit kusam atau yang mengalami cela parut hitam di muka perlu menggunakan Purifying Neem Foaming Face Wash untuk merawat wajah mereka agar kelihatan berseri selalu!

Cara Penggunaannya

Lembapkan wajah, sapukan sebilangan kecil Purifying Neem Foaming Face Wash dan lembutkan pembasuhan dengan menggunakan gerakan bulat pada wajah. Basuh dan keringkan. Gunakan dua kali sehari.

Setelah anda mengenali kebaikan hebat bahan yang digunakan dalam Purifying Neem Foaming Face Wash, tiada sebab untuk anda tidak mencuba Purifying Neem Foaming Face Wash hari ini sebagai solusi kepada masalah kulit wajah anda. Dapatkan segera agar masalah anda cepat dirawat.

Summary
Purifying Neem Foaming Face Wash
Article Name
Purifying Neem Foaming Face Wash
Description
Sama ada wanita mahupun golongan lelaki, penjagaan wajah kini sudah menjadi salah satu aspek penting bagi setiap individu. Jika diperhatikan kini, amalan dan tip kecantikan Korea Selatan atau K-Beauty telah menjadi pengaruh besar dalam industri kecantikan dan penjagaan kulit.
Author
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: