Punca penyakit jantung
Penyakit jantung menggambarkan pelbagai keadaan yang mempengaruhi jantung anda. Ia berlaku apabila plak berkembang di arteri dan saluran darah yang menuju ke jantung.

Penyakit jantung menggambarkan pelbagai keadaan yang mempengaruhi jantung anda oleh bermacam jenis penyebab. Ia berlaku apabila plak berkembang di arteri dan saluran darah yang menuju ke jantung. Masalah sebegini boleh menyekat nutrien dan oksigen penting daripada sampai ke jantung anda dan menjadi punca penyakit jantung.

Masih banyak yang tidak menyedari punca penyakit jantung ini adalah bergantung kepada jenisnya juga. Sekarang, mari kita lihat punca penyakit jantung mengikut jenisnya.

1. Penyakit atherosclerotic (Atherosclerosis)

Atherosclerosis adalah penyakit yang berkembangan dengan perlahan dan progresif yang mungkin bermula seawal usia kanak-kanak. Walaupun penyebab sebenarnya tidak diketahui, keadaan ini mungkin bermula dengan kerosakan atau kecederaan pada lapisan dalam arteri. Punca penyakit jantung jenis ini mungkin terjadi disebabkan oleh:

  • Tekanan darah tinggi
  • Kolesterol tinggi
  • Trigliserida tinggi, sejenis lemak (lipid) dalam darah anda
  • Merokok dan penggunaan sumber tembakau lain
  • Ketahanan insulin, obesiti atau diabetes
  • Keradangan disebabkan penyakit, seperti artritis, lupus atau jangkitan, ataupun keradangan dengan sebab yang tidak diketahui

Setelah dinding dalam arteri rosak, sel darah dan bahan lain sering berkumpul di tempat kecederaan dan menumpuk di lapisan dalam arteri. Lama-kelamaan, simpanan lemak (plak) yang terhasil daripada kolesterol dan produk lain juga bertambah di tempat kecederaan dan mengeras. Ini kemudian boleh menyempitkan arteri anda. Organ dan tisu yang disambungkan ke arteri tersumbat kemudian tidak dapat menerima darah yang mencukupi untuk berfungsi dengan baik. Akhirnya, kepingan lemak boleh pecah dan memasuki aliran darah anda.

2. Heart arrhythmias

Heart arrhythmias

Arrhythmia jantung merujuk kepada sekumpulan keadaan yang menyebabkan jantung berdegup tidak teratur, terlalu perlahan, atau terlalu cepat. Kebanyakan masalah ini tidak serius dan tidak menyebabkan komplikasi. Tetapi, ada juga kes di mana arrhythmiadapat meningkatkan risiko strok atau serangan jantung. Sebarang gangguan pada impuls elektrik yang merangsang pengecutan jantung boleh mengakibatkan arrhythmia.

Beberapa faktor boleh menyebabkan jantung tidak berfungsi dengan betul, termasuk:

  • Penderaan alkohol
  • Diabetes
  • Gangguan penggunaan bahan
  • Minum kopi terlalu banyak
  • Penyakit jantung, seperti kegagalan jantung kongestif
  • Tekanan darah tinggi
  • Hipertiroidisme, atau kelenjar tiroid yang terlalu aktif
  • Tekanan
  • Parut jantung, biasanya disebabkan oleh serangan jantung
  • Merokok
  • Suplemen dan herba tertentu
  • Beberapa jenis ubat-ubatan
  • Perubahan struktur pada jantung

Seseorang yang mempunyai kesihatan jantung yang baik hampir tidak akan mengalami arrhythmia jangka panjang kecuali jika mereka mempunyai penyebab luaran, seperti gangguan penggunaan bahan atau kejutan elektrik. Walau bagaimanapun, masalah jantung yang mendasari bermaksud bahawa impuls elektrik tidak melalui jantung dengan betul. Ini boleh menjadi penyebab berlakunya arrhythmia.

3. Kecacatan jantung kongenital

Kecacatan jantung kongenital

Kecacatan jantung kongenital adalah cara lain untuk mengatakan bahawa jantung anda mempunyai masalah ketika anda dilahirkan. Anda mungkin mempunyai lubang kecil di dalamnya atau sesuatu masalah yang lebih parah. Pakar perubatan mengatakan bahawa kebanyakan kes berlaku apabila terdapat sesuatu perkara yang mempengaruhi perkembangan jantung pada 6 minggu pertama kehamilan. Ini adalah tempoh ketika jantung sedang berkembang daripada struktur seperti tiub sederhana menjadi bentuk lebih seperti jantung yang terbentuk sepenuhnya.

Doktor tidak selalunya tahu mengapa bayi mengalami kecacatan jantung kongenital. Malah, masalah ini cenderung diwarisi dalam keluarga. Perkara yang menjadi penyebab individu mendapat masalah ini adalah:

  • Masalah dengan gen atau kromosom pada anak, seperti sindrom Down
  • Mengambil ubat-ubatan tertentu, alkohol atau penyalahgunaan dadah semasa kehamilan
  • Jangkitan virus, seperti rubella (campak Jerman) pada si ibu pada trimester pertama kehamilan

4. Kardiomiopati melebar (Dilated cardiomyopathy)

Kardiomiopati melebar (Dilated cardiomyopathy)

Kardiomiopati melebar atau DCM adalah jenis paling umum dan berlaku kebanyakannya pada orang dewasa berusia 20 hingga 60 tahun. Ia boleh mempengaruhi ventrikel jantung dan atria, ruang bawah dan atas jantung.

Punca penyakit jantung kardiomiopati, penebalan atau pembesaran otot jantung, mungkin bergantung pada jenisnya seperti:

  • Kardiomiopati melebar. Penyebab kardiomiopati jenis yang paling biasa ini biasanya tidak diketahui. Ia mungkin terjadi disebabkan pengurangan aliran darah ke jantung (penyakit jantung iskemik) yang terjadi disebabkan kerosakan setelah serangan jantung, jangkitan, racun dan ubat-ubatan tertentu. Ia juga boleh diwarisi daripada ibu bapa. Selain itu, biasanya pembesaran melibatkan ventrikel belah kiri.

  • Kardiomiopati hipertrofik. Bagi jenis ini, otot jantung menjadi tebal secara tidak normal, dan ia juga merupakan masalah yang biasanya diwarisi. Seterusnya, ia juga dapat berkembang dari masa ke masa kerana tekanan darah tinggi atau faktor penuaan.

  • Kardiomiopati terhad. Jenis kardiomiopati yang paling jarang berlaku ini menyebabkan otot jantung menjadi kaku dan kurang anjal. Malah, ia boleh berlaku tanpa sebab yang diketahui atau mungkin disebabkan oleh penyakit, seperti gangguan tisu penghubung, penumpukan zat besi yang berlebihan di dalam badan (hemochromatosis), penumpukan protein tidak normal (amiloidosis) atau kerana beberapa rawatan kanser.

5. Endokarditis (Jangkitan injap jantung)

Endokarditis (Jangkitan injap jantung)

Endokarditis adalah keradangan pada lapisan dalam jantung yang disebut endokardium. Ia biasanya terjadi disebabkan bakteria. Namun begitu, endokarditis jarang berlaku pada individu yang mempunyai hati yang sihat.

Penyebab utama endokarditis adalah pertumbuhan bakteria yang berlebihan. Walaupun bakteria ini biasanya hidup di permukaan dalam atau luar badan anda, anda mungkin membawanya ke dalam aliran darah anda dengan cara makan atau minum. Selain itu, bakteria juga boleh masuk melalui luka pada kulit atau rongga mulut anda. Sistem kekebalan tubuh biasanya melawan kuman sebelum menyebabkan masalah, tetapi proses ini gagal berfungsi pada sesetengah orang.

Endokarditis juga boleh berlaku disebabkan oleh kulat atau kuman lain. Makan dan minum bukanlah satu-satunya cara kuman memasuki badan anda. Ia juga dapat memasuki aliran darah anda melalui:

  • menggosok gigi
  • mempunyai kebersihan mulut yang teruk atau penyakit gusi
  • menjalani prosedur pergigian yang memotong gusi anda
  • dijangkiti penyakit kelamin
  • menggunakan jarum yang tercemar
  • melalui kateter kencing atau kateter intravena

6. Penyakit jantung valvular

Biasanya, keempat injap jantung anda perlu berfungsi dengan baik bagi memastikan darah mengalir dengan betul. Walau bagaimanapun, gangguan injap seperti regurgitasi (bocor) dan stenosis (penyempitan), boleh mengganggu fungsi ini.

Penyakit injap mempunyai beberapa punca penyakit jantung valvular yang berkemungkinan seperti:

  • Perubahan yang berkaitan dengan penuaan, termasuklah tisu menjadi lebih lemah dan zat dari darah yang terkumpul pada injap

  • Kerosakan disebabkan:
  1. Serangan jantung
  2. Jangkitan (endokarditis)
  3. Penyakit dan keadaan yang jarang berlaku, seperti penyakit jantung reumatik, sifilis yang tidak dirawat, degenerasi myxomatous, dan sindrom Marfan

  • Penyakit jantung kongenital semasa kelahiran, termasuk:
  1. Injap aorta bicuspid
  2. Ebstein’s anomaly
  3. Tetralogi of Fallot
  4. Tricuspid atresia

SUMBER

https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/heart-disease/symptoms-causes/syc-20353118

https://www.healthline.com/health/heart-disease/causes-risks#causes

https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/arteriosclerosis-atherosclerosis/symptoms-causes/syc-20350569

https://www.medicalnewstoday.com/articles/8887#causes

https://www.nhs.uk/conditions/congenital-heart-disease/causes/

https://www.healthline.com/health/endocarditis#causes

https://stanfordhealthcare.org/medical-conditions/blood-heart-circulation/valvular-heart-disease/causes.html

Summary
Punca Penyakit Jantung
Article Name
Punca Penyakit Jantung
Description
Penyakit jantung berlaku apabila plak berkembang di arteri dan saluran darah yang menuju ke jantung. Mari lihat punca bagi jenis-jenis penyakit jantung yang berbeza.
Author
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: