Punca dan Cara Merawat Gigi Sensitif
Memiliki gigi yang sensitif kala boleh menjadikan perlakuan untuk makan dan minum sebagai pengalaman yang menyakitkan.

Memiliki gigi yang sensitif kala boleh menjadikan perlakuan untuk makan dan minum sebagai pengalaman yang menyakitkan. Walau bagaimanapun, kepekaan gigi ini adalah keadaan biasa dan boleh dirawat.

Kepekaan gigi, atau juga dikenali sebagai “hipersensitiviti dentin” adalah rasa sakit atau ketidakselesaan pada gigi sebagai tindak balas terhadap rangsangan tertentu, seperti suhu panas atau sejuk. Walaupun rasa sakit yang terjadi disebabkan makanan panas atau sejuk boleh menjadi tanda kaviti, ia juga biasa berlaku pada individu yang mempunyai gigi sensitif.

Bagaimana untuk mengetahui jika anda mempunyai gigi sensitif?

Sekiranya kepekaan gigi menyebabkan anda sukar untuk makan atau minum, berbincanglah dengan doktor gigi anda untuk mencari jalan penyelesaian. Terdapat banyak ubat gigi dan ubat kumur yang boleh membantu merawat masalah gigi sensitif yang boleh dibeli di farmasi.

Sekiranya kaedah ini tidak berkesan, berbincang dengan doktor gigi mengenai ubat gigi dan ubat kumur yang boleh dipreskripsikan. Anda juga harus membuat janji temu dengan doktor gigi jika anda mempunyai gejala kaviti atau berkemungkinan mempunyai kerosakan akar. Dapatkan rawatan dengan segera bagi mencegah komplikasi lebih serius. Gejala-gejala ini mungkin termasuk:

  • sakit gigi spontan yang berlaku tanpa sebab yang jelas
  • kepekaan gigi di kawasan tertentu pada satu gigi
  • sakit yang lebih tajam berbanding sakit yang lebih ringan
  • menyebabkan kekotoran pada permukaan gigi anda
  • rasa sakit ketika menggigit atau mengunyah

Apakah yang boleh menyebabkan kepekaan gigi?

Bagi gigi yang sihat, enamel melindungi lapisan dentin di dasarnya yang lebih lembut daripada enamel. Akar gigi pula dilindungi oleh gusi. Tetapi, jika enamel sudah haus atau jika garis gusi telah surut, maka dentin boleh menjadi terdedah. Kaviti, gigi retak, kemerosotan gusi, enamel dan hakisan akar juga mampu menyebabkan dentin terdedah.

Sesetengah individu secara semula jadi mempunyai gigi yang lebih sensitif berbanding yang lain kerana mempunyai enamel yang lebih nipis. Dalam kebanyakan kes, enamel gigi boleh menjadi haus kerana:

  • menggosok gigi dengan terlalu keras
  • menggunakan berus gigi yang keras
  • mengasah gigi pada waktu malam
  • makan makanan atau minum minuman berasid secara berkala

Kadangkala, keadaan lain juga boleh menyebabkan kepekaan gigi. Refluks gastroesophageal (GERD), boleh menyebabkan asid naik dari perut dan esofagus, dan merosakkan gigi dari masa ke masa. Keadaan yang menyebabkan muntah secara kerap termasuk gastroparesis dan bulimia juga boleh menyebabkan asid yang merosakkan enamel.

Selain itu, kemerosotan gusi boleh menyebabkan bahagian gigi terdedah dan tidak dilindungi, yang juga boleh menyebabkan kepekaan. Kerosakan gigi, gigi yang patah, gigi pecah-pecah, dan penutup atau mahkota yang haus juga dapat menyebabkan dentin gigi terdedah seterusnya menyebabkan kepekaan. Sekiranya ini berlaku, anda mungkin hanya merasakan kepekaan pada satu batang gigi atau kawasan tertentu di dalam mulut bukannya sebahagian besar gigi.

Seterusnya, gigi anda mungkin menjadi sensitif buat sementara waktu selepas melakukan rawatan gigi seperti mendapatkan tampalan, mahkota, atau pemutihan gigi. Dalam kes ini, kepekaan gigi juga akan terbatas pada satu gigi atau beberapa gigi yang mengelilingi gigi lagi satu. Ini akan reda selepas beberapa hari.

Bagaimana untuk merawat masalah ini?

Sekiranya anda terganggu oleh gigi sensitif, berjumpa dengan doktor gigi anda. Beliau akan dapat mengenal pasti atau menyenaraikan sebarang penyebab bagi sakit gigi anda. Bergantung pada keadaan, doktor gigi anda mungkin mengesyorkan:

  • Menggunakan ubat gigi kurang sensitif. Selepas beberapa kali penggunaan,  ubat gigi jenis ini kadangkala dapat membantu menyekat kesakitan yang berkaitan dengan gigi sensitif. Terdapat pelbagai produk yang terdapat di pasaran jadi bertanyakan pada doktor gigi anda tentang produk mana yang paling sesuai untuk digunakan.

  • Fluorida. Doktor gigi anda mungkin menggunakan fluorida di kawasan sensitif gigi anda untuk menguatkan enamel gigi dan mengurangkan kesakitan. Malah, beliau juga mungkin menyarankan penggunaan fluorida yang dipreskripsi bagi penggunaan di rumah.

  • Desensitizing atau bonding. Kadangkala, permukaan akar yang terdedah dapat dirawat dengan menggunakan resin ikatan pada permukaan akar yang sensitif. Anestetik tempatan mungkin diperlukan.

  • Graf gusi pembedahan. Sekiranya akar gigi anda kehilangan tisu gusi, sebilangan kecil tisu gusi boleh diambil dari tempat lain di mulut anda dan dilekatkan pada kawasan yang terkesan. Ini dapat melindungi akar yang terdedah dan mengurangkan kepekaan.

  • Terusan akar. Sekiranya gigi sensitif anda menyebabkan kesakitan yang serius dan rawatan lain tidak berkesan, doktor gigi anda mungkin mengesyorkan terusan akar – prosedur yang digunakan untuk merawat masalah pada inti lembut gigi (dental pulp). Walaupun ini mungkin merupakan rawatan yang signifikan, ia dianggap sebagai teknik yang paling berjaya untuk menghilangkan kepekaan gigi.

Bagi mengelakkan gigi sensitif yang berulang, gosok gigi dua kali sehari dengan berus gigi yang lembut dan ubat gigi fluorida dan flos gigi setiap hari. Sekiranya anda mengisar gigi, bertanyakan kepada doktor gigi anda mengenai pelindung mulut. Mengisar gigi secara salah boleh mematahkan gigi dan menyebabkan kepekaan.

Anda juga mungkin perlu berhati-hati ketika makan makanan atau minum minuman berasid, seperti minuman berkarbonat, buah sitrus dan wain kerana semuanya dapat membuang sejumlah kecil enamel gigi dari masa ke masa. Apabila anda minum cecair berasid, gunakan penyedut untuk membataskan sentuhan dengan gigi anda. Selepas makan atau minum zat berasid, minum air kosong untuk mengimbangkan tahap asid dalam mulut anda.

SUMBER

https://www.healthline.com/health/sensitive-teeth#1

https://www.mayoclinic.org/healthy-lifestyle/adult-health/expert-answers/sensitive-teeth/faq-20057854

https://www.livescience.com/44377-sensitive-teeth.html

https://www.medicalnewstoday.com/articles/324731

Summary
Punca dan Cara Merawat Gigi Sensitif
Article Name
Punca dan Cara Merawat Gigi Sensitif
Description
Memiliki gigi yang sensitif kala boleh menjadikan perlakuan untuk makan dan minum sebagai pengalaman yang menyakitkan. Walau bagaimanapun, kepekaan gigi ini adalah keadaan biasa dan boleh dirawat.
Author
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: