pulut mangga

Pulut Mangga adalah sejenis makanan pencuci mulut yang ‘dipinjam’ dari Thailand, ia kini banyak dijual dan dimakan oleh rakyat Malaysia.

Pulut Mangga Thailand memiliki rasa manis berlemak di mana, kombinasi utamanya ialah berasaskan nasi pulut yang dimakan bersama kuah santan pekat yang agak masin rasanya. Ia kemudian dipadankan pula dengan manis semulajadi pada buah mangga. Ternyata, memang sedap sekali.

Di Thailand ia selalunya dihiasi dengan taburan sejenis kacang, tetapi kalau kacang tersebut tidak ada, memadai dengan cuma ditabur bijan yang dipanggang tanpa minyak.

Makanan ini selalu dihidangkan pada waktu petang, tetapi sebenarnya ia juga sesuai dihidangkan sebagai manisan selepas makan tengahari ataupun makan malam.

Kandungan pulut ini dimasak bersama santan. Oleh sebab itu, kita akan berasa kenyang dan memberikan tenaga yang lebih untuk menjalankan seharian aktiviti.

Ini cara buat Pulut Mangga dengan mudah yang masih mengekalkan rasa manis berlemaknya.

Bahan-Bahan:

Pulut Mangga:

  • Mangga 3 biji
  • Beras pulut 400g ( perlu direndam semalaman)
  • Santan pekat 1 paket
  • Santan cair 1 cawan
  • Gula 2 sudu besar
  • Secubit garam
  • Daun pandan atau daun pisang 3 helai
  • Bijan 2 sudu besar (perlu dibakarkan dulu)

Kuah Santan:

  • Santan pekat 1 cawan
  • Tepung Beras atau Tepung Jagung 1 sudu kecil (bancuh dengan sedikit air)
  • Garam secukup rasa

Langkah-Langkah Penyediaan

Pulut Mangga:

  1. Panaskan pengukus. Pengukus dulang perlu disusun rapat-rapat dengan daun pisang atau daun pandan.
  2. Toskan pulut yang telah direndam semalaman dan bilas pulut dengan air. Kemudian, masukkan ke dalam dulang kukusan dan kukus sehingga pulut lembut. Anggaran pengkukusan selama 20 minit.
  3. Angkat dan masukkan pulut kukus ke dalam mangkuk yang besar jika sudah lembut.
  4. Campurkan santan pekat, santan cair, gula dan garam dan kacau sebati. Kemudian, tuangkan ke dalam pulut yang masih panas tadi sehingga kuah santan tersebut boleh meresap ke dalam pulut. Ambil garfu dan gemburkan pulut apabila pulut sudah kering meresap kuah santan.
  5. Akhirnya, taburkan bijan dan hidangkan buah mangga dengan kuah santan.

Kuah Santan:

  1. Panaskan pekat santan di dalam periuk dan masak di atas sederhana api. Masukkan bahan seperti garam, daun pandan dan bancuhan tepung. Mesti selalu kacau supaya santan tidak jadi berketul. Jika santan andaa kelihatan cair boleh masukkan sedikit bancuhan tepung.
  2. Pastikan kuah berasa masin supaya boleh menyeimbangkan rasa manis buah dan pulut.

Mudah bukan cara buat Pulut Mangga yang penulis kongsikan ni? Diharap ianya dapat membantu anda untuk hasilkan hidangan Pulut Mangga yang asli dan sedap.

Selamat mencuba!

SUMBER

https://www.thespruceeats.com/mango-sticky-rice-dessert-3217361

https://www.epicurious.com/recipes/food/views/sticky-rice-with-mango-12066

Summary
Pulut Mangga Yang Manis Berlemak, Ini Cara Membuatnya
Article Name
Pulut Mangga Yang Manis Berlemak, Ini Cara Membuatnya
Description
Pulut Mangga adalah sejenis makanan pencuci mulut yang 'dipinjam' dari Thailand. Ini cara buat Pulut Mangga dengan mudah yang masih mengekalkan rasa manis berlemaknya.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: