Pulau Mersing: Jadual Perjalanan dan Aktiviti-aktiviti

pulau mersing

Pulau Mersing terletak di Laut Cina Selatan. Populasi majoriti ialah orang Melayu dan hidup dalam komuniti memancing sebagai sumber rezeki utama.

Terdapat beberapa bandar perlombongan timah dan ladang getah di kawasan ini. Mersing dihubungkan melalui jalan darat ke Batu Pahat dan selatan ke Johor Bahru dan Singapura.

Mersing juga adalah titik utama untuk Pulau Tioman dan pelabuhan biasa di laluan perdagangan pesisir timur.

Pulau Mersing

Pilihan Pakej (Harga per Individu)

Trip Harian: RM170

DewasaRM170
Kanak-kanak (2 – 11 tahun)RM85

Kandungan di dalam Pakej

  • Makanan (1x makan tengahari dan 1 minum petang)
  • Pemindahan bot balik
  • Snorkeling dan lawatan pulau-pulau
  • Alatan snorkeling (topeng, snorkel, jaket keselamatan dan panduan bot)
  • Perkhidmatan panduan lawatan

Tidak Termasuk di dalam Pakej

  • Barangan yang tidak disebut di dalam jadual perjalanan
  • Insurans melancong (RM10/pax/hari)
  • Yuran pemuliharaan (RM5)

Nota

Deposit dan Pembayaran

Selepas Al Masyhur International Travel & Tours mengesahkan tempahan anda, anda haruslah membayar deposit* tempahan (tiada pulangan) dengan jumlah penuh.

Sekiranya anda tidak membayar pembayaran di dalam 45 hari sebelum tarikh melancong, Al Masyhur International Travel & Tours berhak untuk membatalkan tempahan anda.

*Deposit sebanyak 30% atau lebih diperlukan semasa tempahan, bergantung kepada pakej yang anda ambil.

*Untuk pakej melancong bagi kumpulan Muslim, cas sebanyak RM500 dikenakan untuk lebih dari tiga bulan.

Pindaan

  • Dalam masa 48 hari sebelum berangkat, tiada sebarang perubahan boleh dilakukan.
  • Sekiranya peserta berhasrat untuk balik ke Malaysia lewat atau lebih awal dari tarikh ketibaan yang telah dijadualkan, peserta harus memberitahu pihak Al Masyhur International Travel & Tours melalui emel atau surat 45 hari sebelum tarikh melancong, ini juga atas budi bicara dari pihak kami.
  • Sebarang kos tambahan, jika dibenarkan, adalah tanggungjawab peserta sepenuhnya. Bayaran pentadbiran juga akan dikenakan.

Pembatalan

Jangka masaBayaran pembatalan
40 hari atau lebih dari tarikh melancong100% deposit
30 – 39 hari dari tarikh melancong50% dari harga pakej
30 hari dari tarikh melancong100% dari harga pakej

*Untuk mengelakkan sebarang salah faham, anda diminta membuat pembatalan tempahan melalui emel atau surat dan hantarkan kepada Al Masyhur International Travel & Tours.

Penting

  • Harga terhadap setiap item boleh berubah mengikut peredaran semasa mata wang.
  • Al Masyhur International Travel & Tours berhak untuk membuat perubahan kepada jadual perjalanan pada bila-bila tanpa sebarang notis.
  • Insurans melancong diperlukan untuk pakej antarabangsa buat pelancong Malaysia.
  • Al Masyhur International Travel & Tours tidak akan menghantar ketua lawatan pada trip ini.
  • Bayaran balik mengambil masa lebih dari dua bulan untuk tiba.
  • Semua maklumat hotel dan kapal terbang disediakan khusus untuk memudahkan anda dan akan berubah bila anda mendapat pengesahan dari Al Masyhur International Travel & Tours.
  • Cerek elektrik dan papan menggosok pakaian tidak disediakan di hotel. Sangat digalakkan untuk membawa cerek dan papan milik anda dari rumah.
  • Triple room tidak tersedia di setiap hotel. Hasilnya, triple room boleh didapati berdasarkan pemilihan twin room dengan tambahan katil.
  • Sekiranya anda ingin menempah tiket penerbangan bersama kami, anda akan dikenakan cas sebanyal RM40 per tiket/orang melainkan item ini disebut di dalam pakej.
  • Paspot mestilah sah sekurang-kurangnya 6(enam) bulan dari tarikh kemasukan.

Jalan Santai Di Air Papan Pantai Mersing

Anda sedang mencari sesuatu untuk dilakukan sementara menunggu feri di Mersing? Air Papan Pantai Mersing hanya 15 minit perjalanan dari bandar Mersing, cara termudah untuk ke sana adalah dengan menaiki kereta.

Pantai memutih yang cantik ini merupakan destinasi popular. Air yang bersih, sangat ideal untuk dijadikan tempat bermandi-manda, bagi hilang sikit bahang matahari.

Syurga Makanan Di Mersing

Mari kita lihat beberapa makanan tempatan terbaik di Mersing:

  • Brother Joe Ikan Bakar and Seafood
  • Nasi Dagang Mak Yah

Pengalaman Memancing Di Ah Fatt Kelong Fishing

Pakej 2 Hari 1 Malam (RM180) ini termasuk dengan:

  • Penginapan
  • Makanan (5 hidangan/hari)
  • Isian semula percuma untuk kopi dan teh
  • Televisyen – Astro (Malaysian Satellite Service Provider)
  • Mahjong
  • Wi-Fi
  • Kipas

Kemudahan lain-lain:

  • Rod memancing (yuran sewaan)
  • Udang hidup sebagai umoan (dengan bayaran)
  • Snooker (dengan bayaran)
  • Bot untuk pergi jauh dari kelong (yuran sewaan)

Membeli-belah Produk Tempatan

Kuantan Seafood Mangrove Port Co. Ltd

Antara produk-produk yang tersedia:

See Also
Kanak-kanak

  • Sotong kering
  • Ikan bilis kering
  • Ikan masin kering
  • Organ dalam ikan yang dikeringkan
  • Pastri yang dibungkus

Perusahaan Keropok Hj Puteh

Antara produk-produk yang tersedia:

  • Keropok lekor kering
  • Keropok udang kering
  • Keropok ikan kembung kering
  • Keropok ikan kering

Perusahaan Keropok Hj Ramli

Antara produk-produk yang tersedia:

  • Potongan keropok lekor segar (wajib dicuba)
  • Keropok lekor losong segar (wajib dicuba)
  • Keropok udang kering
  • Keropok ikan kembung kering
  • Keropok ikan kering

Berehat Di Mersing Harbour Centre

Mersing Harbour Centre ialah kedai sehenti buat para pelancong untuk mendapatkan maklumat dan terletak betul-betul bertentangan dengan jeti.

Anda boleh membeli tiket Cateferry atau Bluewater Express dan membayra yuran Marine Park Conservation dalam waktu yang sama. Pusat ini tersedia dengan kemudahan seperti penghawa dingin, Wi-Fi, kerusi kayu, tandas yang bersih dan beberapa kiosk makanan serta kedai cenderahati.

Pulau Mersing dan segala yang berada di sekitarnya ada banyak sekali perkara yang ingin ditawarkan kepada anda, pengunjung yang sudah lama ditunggu-tunggu. Jangan tunggu waktu yang tepat untuk berehat macam bos, ambil peluang yang ada. Dijamin tidak akan menyesal!

Sumber:

https://www.britannica.com/place/Mersing

https://www.amitravel.my/package-pakej/5-islands-mersing-snorkeling-island-hopping-pulau-sibu-kukus-pulau-lima-pulau-tetek-pulau-metingi-pulau-tinggi/

https://www.sgmytaxi.com/things-to-do-in-mersing/

error: Content is protected !!