pulau langkawi

Pulau Langkawi ialah pulau pelancongan paling popular di Malaysia. Ia adalah salah satu daerah dalam negeri Kedah.

Pelancong yang ingin melawat pulau ini boleh menaiki kapal terbang atau feri dari Jeti Kuala Kedah, Jeti Kuala Perlis atau Jeti Penang. Pulau ini terkenal dengan aktiviti membeli-belah. Ia telah di isytihar sebagai pulau bebas cukai pada tahun 1987.

Keistimewaan Pulau Langkawi ialah kerana adanya beberapa tarikan alam semulajadi yang unik. Antara destinasi pelancongan yang popular ialah Kilim Geoforest Park, Pulau Dayang Bunting, Pantai Chenang dan air terjun Telaga Tujuh.

Selain itu, pelancong boleh melihat pemandangan seluruh Pulau Langkawi dari puncak Gunung Mat Chinchang dengan menaiki kereta kabel.

Selain tarikan alam semulajadi, banyak usaha telah dilakukan bagi menarik kehadiran pelancong. Berbagai aktiviti diatur saban tahun seperti LIMA, Tour de Langkawi, Iron Man Malaysia Langkawi dan sebagainya. Berbagai tempat menarik dibangunkan seperti Underwater World, Laman Padi, Taman Buaya dan lain-lain.

Bagi pengunjung yang mencari destinasi percutian menarik, Pulau Langkawi mempunyai banyak hotel, resort dan chalet. Anda boleh memilih lokasi ditepi pantai, kawasan kampung, hutan semulajadi atau ditengah pekan.

Samada bercuti bersama keluarga, honeymoon atau bersama kawan-kawan, pulau ini tidak akan mengecewakan.

TEMPAT MENARIK DI PULAU LANGKAWI

Pertama kali ke Pulau Langkawi? Berikut adalah tempat menarik yang mesti anda lawati. Semua destinasi ini merupakan tarikan pelancongan utama yang menjadi tumpuan pelancong dalam dan luar negeri.

SKYCAB PANORAMA LANGKAWI

Gondola Kereta Kabel Langkawi

Kereta Kabel Langkawi atau lebih dikenali sebagai Langkawi Cable Car ialah salah satu tarikan pelancongan utama di Pulau Langkawi. Mula beroperasi pada 25 Februari 2005, ia sering menjadi tumpuan pelancong dalam dan luar negeri.

Apa yang menarik tentang Kereta Kabel Langkawi adalah ia mempunyai laluan yang paling curam di dunia. Ia juga merupakan pengangkutan utama untuk ke puncak Gunung Mat Chinchang (Machincang) dimana pengunjung dapat melihat keindahan alam semulajadi, pemandangan menarik Langkawi dan pulau-pulau diperairannya.

Jika ini adalah kali pertama anda akan menaiki kereta kabel Langkawi, bacalah dengan teliti kerana artikel ini pasti berguna.

Kereta Kabel Langkawi akan membawa penumpang ke puncak Gunung Mat Chincang. Disepanjang perjalanan lebih-kurang 15 minit ini, penumpang akan dapat melihat pemandangan hutan semulajadi yang menghijau dari udara, kata orang putih bird eyes view.

Apabila semakin tinggi, lautan dan pulau-pulau kecil diperairan Langkawi mula kelihatan. Penumpang juga dapat menyaksikan kelainan jenis pokok-pokok apabila ketinggian berbeza serta struktur batuan yang berusia lebih 500 juta tahun.

Terdapat tiga stesen kereta kabel iaitu:

  • Stesen Bawah – Stesen pertama dimana penumpang mula menaiki gondola.
  • Stesen Tengah – Stesen kedua untuk bergambar.
  • Stesen Atas – Stesen terakhir iaitu lokasi utama untuk melihat pemandangan.

UNDERWATER WORLD LANGKAWI

Ikan

Underwater World Langkawi ialah salah satu tempat menarik paling popular dikalangan pelancong yang melawat pulau bebas cukai ini.

Hampir semua ejen pelancongan memasukkan tempat ini sebagai salah satu lokasi lawatan didalam pakej mereka.

Underwater World Langkawi menawarkan koleksi akuarium yang menempatkan berbagai spesis hidupan air tawar dan hidupan laut dari serata dunia.

Apa yang menarik di Underwater World Langkawi semestinya koleksi pelbagai spesis ikan dan hidupan laut yang dipamerkan. Selain itu, rekaan dalaman dan suasana ruang pameran juga unik dan tidak membosankan.

Ruang pameran dibahagikan mengikut seksyen iaitu:

  • Preview Tank
  • River Ecosystem
  • Tropical Rainforest
  • Temperate Section
  • Sub-Antarctic Section
  • Hexagonal Tank
  • Tunnel Tank
  • Koi Pond
  • Invertebrate Section
  • Coral Reef Section
  • Venomous & Poisonous Section

Akuarium disini dihias dengan cukup menarik. Batu karang dan rumpai laut menghiasi ruangan akuarium bagaikan habitat semulajadi spesis ikan berkenaan. Pihak Underwater World Langkawi mengakui sendiri yang itu adalah objektif mereka.

Pengunjung dapat melihat bukan sahaja ikan-ikan yang cantik malah terdapat penyu dan penguin yang comel. Kedua-dua binatang ini memang jarang dilihat dan menyaksikan sendiri ia berenang didepan mata terasa begitu menakjubkan.

KOTA MAHSURI LANGKAWI

Bangunan Kota Mahsuri

Kota Mahsuri Langkawi adalah antara tarikan pelancongan utama di Pulau Langkawi, Kedah. Ia dibangunkan di kampung asal Mahsuri dimana beliau dikebumikan.

Selain Makam Mahsuri, berbagai artifak peninggalan sejarah dikumpulkan di dalam sebuah kompleks yang luas. Perkampungan kecil termasuk rumah-rumah tradisional dibina semula berdasarkan seni rekabentuk pada zaman itu.

Jika ini adalah kali pertama anda ke Langkawi, Kota Mahsuri adalah destinasi yang mesti ada dalam senarai tempat lawatan atau itinerari anda. Disini ialah penerangan ringkas beserta maklumat yang perlu anda ketahui.

Kota Mahsuri Pulau Langkawi adalah destinasi tarikan pelancongan Warisan dan Sejarah. Tarikan utama adalah Makam Mahsuri yang terkenal dengan lagendanya.  Namun ia tidak terhenti disitu sahaja.

Pengunjung dapat melihat dan mempelajari budaya, rekabentuk dan senibina serta artifak selain sejarah itu sendiri. Tempat pertama yang anda akan lalui setelah membayar tiket masuk ke kota ini ialah bangunan Kota Mahsuri. Ia agak luas dan pengunjung akan mengikut laluan dimana pameran kebudayaan, lukisan dan artifek sejarah dapat dilihat.

Antara yang menarik disini ialah:

  • Persembahan muzik tradisional Caklempong
  • Persembahan muzik tradisional Gamelan
  • Bilik audio visual dimana video dan filem Mahsuri ditayangkan
  • Kedai cenderahati yang menjual berbagai barangan menarik

Pulau Langkawi mempunyai banyak hotel, resort dan chalet. Anda boleh memilih lokasi ditepi pantai, kawasan kampung, hutan semulajadi atau ditengah pekan. Samada bercuti bersama keluarga, honeymoon atau bersama kawan-kawan, pulau ini tidak akan mengecewakan.

Sumber:

https://www.percutianbajet.com/pulau-langkawi

https://www.percutianbajet.com/kedah/langkawi/kereta-kabel-langkawi

https://www.percutianbajet.com/kedah/langkawi/underwater-world-langkawi

Summary
Pulau Langkawi: Tempat Menarik Yang Harus Anda Lawati!
Article Name
Pulau Langkawi: Tempat Menarik Yang Harus Anda Lawati!
Description
Pulau Langkawi ialah pulau pelancongan paling popular di Malaysia. Ia adalah salah satu daerah dalam negeri Kedah.
Author
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: