Now Reading
Pulau Di Sabah Yang Menakjubkan Harus Anda Kunjungi!

Pulau Di Sabah Yang Menakjubkan Harus Anda Kunjungi!

pulau di sabah

Malaysia sememangnya dikurniakan dengan beberapa pulau yang paling di indah dunia sesuai untuk kunjungan para pelancong dari seluruh negara. Pulau di Sabah khususnya adalah rumah bagi pulau-pulau yang indah ini.

Perkara yang paling mengagumkan ialah sebahagian daripada pulau-pulau ini tidak diterokai dengan aktiviti manusia kerana tidak mempunyai sebarang pembangunan dari segi resort dan hotel.

Pulau-pulau di Sabah yang Harus Anda Kunjungi:

Pulau Tiga

Pulau Tiga ialah pulau yang termuda di Sabah yang terbentuk pada tahun 1897 setelah letusan gunung berapi. Pulau ini menjadi popular sebagai destinasi pelancongan setelah tampil dalam rancangan realiti TV Survivor, Pulau Tiga dengan hutan hujan dan gunung berapi lumpur.

Kini, para pengunjung yang datang ke pulau ini boleh bermalam di Pulau Tiga Resort dan boleh bersantai menikmati spa lumpur gunung berapi. Perjalanan untuk sampai ke pulau ini mungkin agak mencabar kerana sebelum menaiki bot ke Pulau Tiga, para pengunjung perlu ke Kuala Penyu terlebih dahulu yang berjarak lebih dari 100 kilometer (62 batu) di barat daya Kota Kinabalu.

Pulau Mantanani

Kepulauan kecil Mantanani di sebelah barat laut Kota Belud memiliki beberapa lokasi menyelam yang terbaik di Sabah. Di sekitar pulau ini mempunyai lebih daripada 20 tempat menyelam termasuk kawasan suci, kawasan yang belum diterokai serta tiga bangkai kapal.

Beberapa spesies hidupan laut seperti ikan pari, kuda laut, ikan besar dan dugong kadang kala dapat dilihat dari luar pantai ini. Selain melihat hidupan laut yang menakjubkan, anda juga boleh melakukan aktiviti lain seperti bersantai di tepi pantai, melihat matahari terbenam pada waktu petang, dan menjelajahi pulau antara Mantanani Besar, Mantanani Kecil dan Mantanani Lungisan.

Pulau Layang-layang

Pulau Layang-layang mungkin tidak tersenarai dalam salah satu pulau di Sabah yang tercantik. Namun, kecantikan pulau ini bukanlah dilihat dari luaran tetapi dilihat dari dalam laut pulau ini. Pulau Layang-layang tidak hanya berjarak 300 kilometer (186 batu) dari Kota Kinabalu di perairan yang tidak tercemar tetapi di kawasan ini juga kurang aktiviti perikanan oleh manusia.

Di pulau ini memiliki 12 pemandangan untuk menyelam, dan lagun berukuran 20 meter yang menjadi tempat hidupan batu karang dan pelbagai hidupan laut. Jika melakukan aktiviti menyelam di pulau ini, anda mungkin berpeluang untuk melihat kuda laut, ikan jerung, paus, dan ikan lumba-lumba dan hiu tukul. Sangat menarik bukan? Pengalaman sebegini pasti sukar untuk didapatkan dan dilupakan.

Pulau Sipadan

1 jam perjalanan dari Semporna dengan menaiki kapal di pesisir pantai timur Sabah terletak sebuah pulau kecil digelar Pulau Sipadan. Pulau Sipadan mengakui bahawa ia adalah pulau dengan tempat menyelam yang terbaik di dunia.

Pulau ini sangat dipelihara sejak tahun 2002 lagi oleh itu tiada sebarang pembangunan didirikan untuk tempat tinggal mahupun kemudahan untuk pelancongan. Penyelam yang berlesen mendapat kelebihan untuk menyertai lawatan sehari ke kawasan yang belum diterokai.

Walau bagaimana pun, disebabkan status pulau yang dilindungi, pulau ini hanya membenarkan 120 orang penyelam sahaja untuk menyertai aktiviti menyelam dalam masa sehari. Bagi pengunjung yang bukan penyelam, mereka tetap boleh mengunjungi pulau ini dan menyertai aktiviti menyelam melalui terumbu karang.

Pulau Bodgaya

Pernahkah anda mendengar nama pulau ini? Jika anda hendak tahu, Pulau Bodgaya bersama Pulau Bohey Dulang dan Tetagan membentuk sekelompok pulau semi-bulat yang merupakan sebahagian daripada tepi kawah gunung berapi. Pulau ini menjadi pulau yang terbesar daripada 8 pulau di Taman Laut Tun Sakaran kerana mempunyai panjang pulau sekitar 8 km manakala lebarnya adalah 1.5 km.

Sangat besar bukan? Sekiranya anda seorang yang gemar aktiviti meneroka alam semula jadi, maka Pulau Bodgaya ini adalah tempat yang sangat sesuai untuk anda. Dengan perairannya yang berwarna biru kehijauan dan flora dan fauna yang unik, pulau ini berfungsi sebagai pusat sehenti yang sempurna untuk memuaskan hati para pecinta alam.

Menurut laman pelancongan Pulau Mabul, Bodgaya memiliki tiga puncak utama dengan ketinggian antara 366 dan 455 meter. Ia dilitupi dengan pepohon dan tumbuh-tumbuhan sementara di sepanjang hujung utara pulau ini memiliki aliran air tawar yang sentiasa mengalir. Menariknya lagi mengenai pulau ini adalah, pulau ini tidak memiliki pantai berpasir seperti pulau-pulau lain yang pernah anda lihat. Pulau Bodgaya terbentuk dari batu-batuan gunung berapi yang dipercayai berusia hampir 2.58 juta tahun!

Pulau Bohey Dulang

Pulau Bohey Dulang sebenarnya adalah gunung yang terbentuk dari sisa letusan gunung berapi kuno dan terletak betul-betul di sebelah pulau terbesar iaitu Pulau Bodgaya. Keindahan pulau ini tidak pernah mengecewakan berkat kawah yang mengelilingi pulau serta dibanjiri air laut. Tambahan pula, wujud lagun yang luar biasa dengan kedalaman kira-kira 25 meter. Pulau ini tidak hanya menawarkan kepelbagaian hidupan laut yang kaya, tetapi juga merupakan habitat bagi Giant Clams and Marine Invertebrate History yang merupakan gabungan kerjasama antara Taman-Taman Sabah Malaysia dan Persatuan Pemuliharaan Laut Inggeris. Ia terletak berhampiran dengan jeti Bohey Dulang dan menempatkan makmal, ruang pameran, kebun broodstock dan kandang laut terbuka.

Demikianlah beberapa pulau yang menakjubkan di Sabah. Siapa sangka sebenarnya negeri Sabah di Malaysia ini kaya dengan pulau-pulau yang tercantik bahkan terkenal di seluruh dunia. Jika para pelancong dari luar negara sanggup ke Sabah untuk berkungjung ke pulau-pulau di Sabah, mengapa kita sebagai rakyat tempatan Malaysia tidak? Jadi, pastikan anda tidak melepaskan peluang anda untuk melawat pulau-pulau menakjubkan di Sabah.

Sumber:

https://theculturetrip.com/asia/malaysia/articles/the-5-most-beautiful-islands-in-borneo/

https://says.com/my/lifestyle/must-visit-sabah-islands

error: Content is protected !!