Pulau di Johor

Pernah terfikir untuk bercuti di pantai yang setanding Maldives, Mauritius dan Bora-bora, anda boleh bercuti pulau di Johor. Jangan terkejut kerana Malaysia juga mempunyai pulau dengan kejernihan air dan pemandangan flora dan fauna yang sangat menyejukkan mata yang memandang.

Mana kan tidak, di Malaysia sahaja mempunyai sebanyak 878 pulau yang menakjubkan. Manakala, di Johor sahaja terdapat lebih daripada beberapa pulau untuk dilawati, tetapi kami kongsikan 8 pulau di Johor yang paling cantik dan menarik untuk anda teroka.

1. Pulau Rawa

Salah satu destinasi pulau yang paling popular di Johor, Pulau Rawa hanya mengambil masa kira-kira 20 minit perjalanan dari Mersing. Dengan pantai berpasir putih dan perairan jernih, pulau ini tiada yang lebih standing dengan Maldives.

Untuk mengekalkan eksklusifnya, pulau ini hanya memiliki dua pusat peranginan, jadi pastikan anda menempah bilik lebih awal kerana biasanya dikemas pada hujung minggu dan cuti umum.

Keistimewaan Pulau Rawa pastinya merupakan luncuran air oren yang besar dan ikonik. Tidak ada yang lebih baik daripada meluncur ke laut dan menikmatinya sekali dalam seumur hidup! Yahoo!

2. Pulau Sibu

Seolah-olah satu tidak cukup, Pulau Sibu adalah merupakan gabungan 4 pulau, iaitu:

  • Pulau Sibu Besar
  • Pulau Sibu Tengah
  • Pulau Sibu Kukus
  • Pulau Sibu Hujung.

Oleh kerana sebahagian besar pusat peranginannya tertumpu di pulau utama iaitu Pulau Sibu Besar, jadi anda boleh bersiar-siar dan menikmati keindahan setiap pulau disitu.

Pulau ini adalah bahagian dari kawasan perlindungan Taman Laut. Tidak hairanlah mengapa ia memiliki perairan biru kehijauan , karang yang tidak disentuh dan hidupan laut menjadikannya tempat percutian pulau yang sempurna.

Jangan lepaskan peluang untuk berjemur, snorkeling, selam skuba, mendaki di hutan, menerokai paya bakau atau mengunjungi kampung tempatan.

3. Pulau Harimau

Jika anda penyelam lautan yang sukakan air yang jernih bak kristal, selamat datang ke syurga Pulau Harimau. Tidak ada misteri disebalik nama ‘Harimau’ melainkan nama tersebut diberikan kerana jika dilihat dari sudut atas, bentuk pulau tersebut mirip harimau.

pulau di Johor

Jangan lupa mengambil gambar saat melihat pemandangan yang menakjubkan ini! Memang takkan dapat dimana-mana ya. Selain pantai berpasir putih dan air jernih yang sangat menakjubkan, Pulau Harimau menawarkan lebih dari itu.

Ia menyembunyikan kolam semula jadi rahsia dengan air zamrud, dikelilingi oleh ukiran batu yang unik. Ahaa, jangan terlepas peluang untuk berenang ketika anda mengunjungi pulau ini.

4. Pulau Tinggi

pulau di Johor

Seperti pulau-pulau di sekitarnya, Pulau Tinggi ini juga mempunyai perairan jernih, hidupan laut yang sangat indah dan gunung yang tertinggi antara gunung di sekitarnya. Selain itu, pulau ini juga menjadi tempat penetasan penyu. Malah, terdapat juga aktiviti pendakian.

Jika anda bermalam di sana, anda boleh memilih lawatan perahu di sekitar hutan bakau untuk melihat kunang-kunang. Ini akan memberi anda banyak pengalaman dan kenangan yang paling manis dan diingati sampai bila-bila.

5. Pulau Tioman

Baiklah, Pulau Tioman bukanlah sepenuhnya milik Johor kerana ia sebahagian dari Pahang, tetapi secara teknikal, pulau ini sangat dekat dengan Johor. Hanya mengambil kira-kira 2 jam perjalanan dengan kapal dari Jeti Mersing untuk sampai kesini. Anda boleh mendapatkan tiket feri ke Pulau Tioman dengan harga istimewa.

Pulau Tioman adalah salah satu pulau terbesar di antara kumpulannya. Terdapat beberapa kampung di sekitar pulau ini dengan pelbagai pantai dan air terjun untuk dijelajahi. Terletak sekitar 56 km dari Mersing, Pulau Tioman adalah pulau terbesar di Nusantara dan dikelilingi oleh banyak terumbu karang, menjadikannya tempat selam skuba yang popular.

Ia pasti pilihan pulau yang tepat untuk peminat selam skuba dan snorkeling. Anda pasti akan menyukai alam semula jadi yang indah dan suasana damai di tempat yang asli dan indah ini.

6. Pulau Dayang

pulau di johor

Jangan keliru dengan Pulau Dayang di Langkawi ya kerana di Johor juga mempunyai Pulau Dayang. Berbeza dengan pulau yang lain, pulau dayang lebih menenangkan mungkin kerana lokasinya yang terletak jauh dari jeti dan mengambil masa kira-kira 5 jam untuk sampai kesini.

Pastikan anda membawa kelengkapan snorkeling kerana suasana yang sunyi membuatkan anda bebas untuk buat apa sahaja.

Juga, jika anda seorang pendaki, pastikan anda membawa kasut hiking kerana sesuai untuk mendaki hingga ke puncak. Sebagai ganjaran, anda pasti tidak dapat melupakan pemandangan menakjubkan dari atas sana!

7. Pulau Besar (Pulau Babi Besar)

Seperti yang anda fikirkan, pulau ini dahulu dikatakan mempunyai banyak babi hutan namun begitu, kini selamat untuk dikunjungi.

Jika anda bosan, ada beberapa aktiviti air yang disediakan oleh pihak resort seperti snorkeling dan skuba. Selain itu, disini juga mempunyai aktiviti lasak seperti trekking hutan atau bersantai di tempat tidur gantung sambil menikmati hembusan angin yang meniup lembut.

Untuk sampai kesini, perjalanan hanya mengambil masa dalam 30 minit dari Jeti Mersing, sesuai untuk anda yang mabuk laut dan tidak sukakan laut yang bergelora. Anda juga boleh berkelah dan berjemur sambil menikmati keindahan pemandangan pantai dengan tenang dan damai.

8. Pulau Mensirip

Jangan tak tahu, pantai mensirip bukan sahaja dimiliki oleh Sultan Johor, malah ia juga tidak berpenghuni sehingga keajaiban alam semula jadi betul-betul terjaga.

Bagaimanapun, jika anda ingin pergi kesini, pastikan anda mendapat kebenaran terlebih dahulu kerana ia merupakan salah satu pulau persendirian. Sama seperti pulau yang lain, anda boleh melakukan snorkeling dan skuba.

Hakikatnya, ada banyak lagi pulau di Johor dan inilah di antaranya. Jika anda tiada masa untuk bercuti di luar negara, apa kata anda habiskan dahulu semua pulau yang terdapat di Malaysia.

Barulah anda tahu bahawa negara kita juga memiliki khazanah alam yang tidak ternilai.

Sumber:

https://en.blog.kkday.com/32327/asia-malaysia-8-breathtakingly-beautiful-islands-you-can-visit-around-johor

https://johorfoodie.com/8-beautiful-islands-in-johor/

https://malaysia.tripcanvas.co/johor/hidden-islands-weekend-escape/

Summary
Pulau di Johor: 8 Pulau Yang Paling Cantik dan Menarik Untuk Diteroka
Article Name
Pulau di Johor: 8 Pulau Yang Paling Cantik dan Menarik Untuk Diteroka
Description
Pernah terfikir untuk bercuti di pantai yang setanding Maldives, Mauritius dan Bora-bora, anda boleh bercuti pulau di Johor.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: