puasa

Puasa, mempunya hikmah dari sudut Islam dan kesihatan bukan sekadar beribadah kepada Allah SWT bagi sesiapa sahaja yang melakukanya. Mungkin hikmah yang berbeza diperolehi bagi setiap individu, namun terdapat juga beberapa perkara yang sama kita rasai. Hal ini dirujuk melalui hadis dibawah:

كُلُّ عَمَلِ ابْنِ آدَمَ يُضَاعَفُ الْحَسَنَةُ بِعَشْرِ أَمْثَالِهَا إِلَى سَبْعِ مِائَةِ ضِعْفٍ مَا شَاءَ اللَّهُ يَقُولُ اللَّهُ إِلَّا الصَّوْمَ فَإِنَّهُ لِي وَأَنَا أَجْزِي بِهِ يَدَعُ شَهْوَتَهُ وَطَعَامَهُ مِنْ أَجْلِي لِلصَّائِمِ فَرْحَتَانِ فَرْحَةٌ عِنْدَ فِطْرِهِ وَفَرْحَةٌ عِنْدَ لِقَاءِ رَبِّهِ وَلَخُلُوفُ فَمِ الصَّائِمِ أَطْيَبُ عِنْدَ اللَّهِ مِنْ رِيحِ الْمِسْكِ

“Setiap amal anak Adam akan dilipat gandakan, satu kebaikan menjadi sepuluh hingga tujuh ratus kebaikan sekehendak Allah, Allah berfirman, “Kecuali puasa, puasa adalah untuk-Ku dan Aku yang akan membalasnya, ia tinggalkan makan dan minumnya karena Aku. Orang yang berpuasa itu mempunyai dua kebahagiaan, satu kebahagiaan ketika tiba waktu berbuka, dan satu kebahagiaan lagi ketika berjumpa dengan Rabbnya. Dan sungguh, bau mulut orang yang berpuasa di sisi Allah lebih harum dari bau minyak kesturi. ” (HR Ibnu Majah)

Hikmah Berpuasa Dari Sudut Islam

Melatih diri melawan hawa nafsu
Puasa dilakukan dari subuh hingga terbenamnya matahari bukan sesuatu yang mudah bagi sesiapa yang sukar untuk menahan diri kerana anda tidak boleh makan dan minum serta melakuan persetubuhan untuk suami isteri. Ia dapat mengajar kita untuk bersabar mengawal emosi serta hawa nafsu dengan baik.

puasa

Mengajarkan untuk hidup sederhana
Kehidupan sederhana juga boleh dilatih dengan berpuasa kerana kita kurang makan dan minuman serta menahan diri dari menghabiskan masa dengan pekara duniawi. Hal ini juga sekaligus mengajarkan kita untuk hidup berempati sosial pada lingkungan sekitar yang mungkin hidupnya lebih kurang beruntung dari kita.

Menjaga kesehatan
Kesehatan tubuh lebih terjaga dan dapat melakukan detoksifikasi atau pengeluaran racun dalam tubuh dan menyebabkan tubuh kita lebih fit dan sihat. Ia terjadi apabila tubuh kita berehat dari pemprosesan makanan atau minuman dimakan atau minum sepanjang hari dengan kuantiti yang banyak.

Melatih diri membiasakan istiqomah beribadah
Jika kita lakukan ibadah puasa wajib dan sunat maka hal ini akan menambah keistiqomah kita dalam beribadah dan juga melaksanakan perintah-perintah Allah lainnya.

Memperoleh kenikmatan sebagai umat Nabi Muhammad SAW
Untuk ibadah puasa akan membuat kita mendapatkan kenikmatan menjadi ummat Rasulullah SAW jika menjalankannya dengan hati yang ikhlas.

Kebaikan Dari Sudut Kesihatan

puasa


Puasa Memperbaiki Komposisi Dan Kecergasan Badan
Berpuasa membantu kepada keadaan badan yang lebih baik melalui pelbagai cara, terutamanya melalui tindakan hormon dan metabolisma lemak untuk tisu lemak di badan dan pengurangan berat badan.

Puasa Meningkatkan Tahap Kekenyangan Walaupun Makan Sedikit
Tisu lemak berfungsi sebagai sejenis organ endoktrin dan menghasilkan beberapa jenis hormon. Leptin merupakan salah satu hormon yang terhasil untuk memberi kesan kepada tahap kekenyangan anda.
Tahap leptin dalam badan menurun pada peringkat awal semasa berpuasa dan apabila berat badan turut menurun akan menyebabkan rintangan terhadap leptin juga berkurangan. Ia menyebabkan lebih responsif kepada leptin yang meningkatkan tahap kekenyangan.

Puasa Mengurangkan Keradangan
Keradangan boleh disebabkan oleh diet yang tidak sihat dan mempunyai banyak radikal bebas dan reaksi metabolik. Keradangan boleh disebakan juga oleh makanan yang mengandungi gula halus, karbohidrat halus, alkohol, daging, tenusu dan makanan bergoreng.

Keradangan boleh dikurangkan melalui keseimbangan hormon yang lebih baik melalui berpuasa. Kajian juga menunjukkan tahap insulin yang lebih rendah dan sensitiviti insulin yang lebih baik mengurangkan stress oksidatif yang berpunca daripada free radicals.

Puasa Menyokong Pembakaran Lemak Dan Ketosis
Ketosis atau keadaan di mana lemak terbakar boleh berlaku melalui berpuasa atau pengambilan makanan berdiet seperti lemak sihat. Ketosis membantu membakar simpanan lemak pada organ seperti hati dan buah pinggang. Lemak yang banyak pada organ-organ utama ini boleh mengganggu fungsi organ berkenaan.

Berpuasa mampu mencapai ketosis lebih cepat berbanding pengurangan pengambilan makanan berkalori. Satu kajian mendapati bahawa berpuasa meningkatkan metabolisma badan manusia secara mendadak.

Puasa Menambahbaik Kesihatan Kardiovaskular
Berpuasa mempunyai banyak kebaikan kepada kesihatan kardiovaskular, terutamanya kepada yang menghadapi masalah kesihatan berkaitan sindrom metabolisma. Berpuasa memperbaiki fungsi kardiovaskular, komposisi darah dan tekanan darah. Berpuasa juga sangat disarankan pada penghidap type 2 diabetes (kencing manis) dan kolestrol tinggi.

Puasa Mengurangkan Tekanan Darah
Tekanan darah dalam badan manusia akan menurun pada peringkat awal berpuasa iaitu pada minggu pertama berpuasa. Tekanan darah rendah berlaku kerana pengurangan pengambilan garam secara mendadak dan peningkatan kehilangan garam melalui proses pelawasan (kencing).

Puasa Mengurangkan Tahap Gula Dalam Darah
Gula dalam darah akan menurun lebih daripada 30% apabila kita berpuasa dalam masa beberapa hari. Berpuasa baik untuk penghidapi hyperglycemia (gula banyak dalam darah). Tahap gula dalam darah akan stabil apabila puasa berterusan walaupunia akan membuatkan seseorang berasa kurang bertenaga.

Puasa Memperbaiki Proses Kitar Semula Sel (Cell Recycling)
Sel jahat (rogue cells) di dalam dan luar badan boleh membiak ke seluruh tubuh dan menyebabkan kerosakan tisu badan serta menyumbang ke arah penyakit progresif apabila usia kita meningkat.
Berpuasa memperbaiki badan melalui kitar semula sel iaitu melalui proses autophagy. Pencernaan sel-sel rosak dan tisu tua pada peringkat selular dapat dilakukan melaui proses ini.

Puasa Mengurangkan Penghasilan Protein Berbahaya
Berpuasa dan pengehadan kalori menghalang penghasilan radikal dan protein berbahaya seperti inflammatory cytokines dan secara tidak langsung ia dapat melindungi manusia daripada penuaan otak pramatang.

Puasa Menyokong Kolagen Yang Lebih Sihat Di Dalam Kulit
Kulit yang lebih berseri dapat dilakukan dengan diet yang sihat. Berpuasa sebenarnya mampu menambahbaik integriti kulit. Gula yang tinggi dalam darah mengubah struktur kolagen, melemahkan kekuatan dan ketahanannya. Berpuasa berupaya mengurangkan tahap gula dalam darah dan sekali gus dapat membantu rutin penjagaan kulit yang percuma dan semulajadi.

puasa

Lain-Lain Kelebihan Berpuasa

  • Puasa meningkatkan metabolisma badan.
  • Puasa menggalakkan sensitiviti insulin yang lebih baik.
  • Puasa mengurangkan risiko saluran arteri tersumbat.
  • Puasa meningkatkan kesihatan jantung.
  • Puasa berupaya melambatkan penuaan dan meningkatkan umur manusia.
  • Puasa mengurangkan risiko pertumbuhan dan penyebaran tumor.
  • Puasa melindungi otak daripada penyakit berbahaya.
  • Puasa menggalakkan respon sihat terhadap stress.
  • Puasa baik untuk pemulihan daripada kecederaan.

Islam mewajibkan umatnya untuk berpuasa pada bulan Ramadhan, serta menggalakkan mereka untuk turut berpuasa 2 hari seminggu iaitu pada hari Isnin dan Khamis pada lain-lain bulan. Ternyata berpuasa mempunyai kelebihannya yang tersendiri dari sudut islam serta kesihatan.

Wallahu A’lam

Sumber:

https://www.unpak.ac.id/khazanah-ramadhan/inilah-5-hikmah-dan-manfaat-menjalankan-ibadah-puasa-sunnah-dan-ramadan

Summary
Puasa : Hikmah Dan Kebaikan Dari Sudut Islam Serta Kesihatan
Article Name
Puasa : Hikmah Dan Kebaikan Dari Sudut Islam Serta Kesihatan
Description
Puasa, mempunyai hikmah dari sudut Islam dan kesihatan bukan sekadar beribadah kepada Allah SWT
Author
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: