PRP
Prosedur Platlet-Rich Plasma (PRP) menjadi buah mulut dan diinginkan atlet elit untuk membantu mereka pulih daripada kecederaan sukan.

Prosedur Platlet-Rich Plasma (PRP) menjadi buah mulut dan diinginkan atlet elit untuk membantu mereka pulih daripada kecederaan sukan.

Beberapa doktor kini menggunakan prosedur Platlet-Rich Plasma atau suntikan PRP untuk beberapa sebab, menggalakkan pertumbuhan rambut sehinggalah meningkatkan penyembuhan tisu lembut.

Walau bagaimanapun, kajian penyelidikan tidak membuktikan secara pasti bahawa PRP bermanfaat untuk keadaan tersebut.

Bagaimanakah ia berfungsi?

Platlet adalah sel darah yang memainkan peranan penting di dalam badan manusia. Salah satunya adalah untuk membentuk pembekuan darah agar seseorang tidak kehilangan terlalu banyak darah ketika tercedera.

Selain itu, platlet mengandungi protein dalam darah yang membantu menyembuhkan luka.

Berdasarkan teori penyelidik, apabila konstretasi pekat platlet disuntik pada bahagian yang mengalamai keradangan ataukerosakan tisu platletia dapat membantu luka untuk sembuh.

Sedikit sampel darah kecil diambil dan dimasukkan ke dalam alat khusus dan diputar pada kelajuan tinggi. Proses ini memisahkan platlet daripada komponen darah yang lain.

Konstretasi platlet kemudian disuntik ke bahagian badan yang ingin dirawat.

Disebabkan suntikan mengandungi konstretasi platlet yang tinggi, 5 hingga 10 kali lebih banyak daripada darah yang tidak dirawat, doktor berteori bahawa platlet akan membantu mempercepatkan penyembuhan.

Kelebihan

Beberapa contoh PRP digunakan untuk merawat termasuklah:

Pertumbuhan rambut

Doktor akan menyuntik PRP pada kulit kepala, untuk mengurangkan keradangan yang menyebabkan keguguran rambut.

Penyembuhan tisu

Pertama kali PRP digunakan adalah  untuk membantu individu sembuh daripada pembedahan plastik dan rahang. Contoh tisu yang digunakan untuk PRP adalah:

  • tendon
  • ligamen
  • otot

Ligamen agak sukar dan boleh memakan masa untuk sembuh, dengan adanya PRP membantu individu yang mengalami kecederaan pada bahagian tisu ini untuk mendapatkan rawatan.

Mengurangkan keradangan

Doktor menggunakan PRP untuk mengurangkan keradangan yang disebabkan oleh osteoartritis. Keradangan ini boleh menyebabkan sendi menjadi sakit dan kebas.

Prosedur

Sebelum prosedur , anda mungkin perlu berhenti mengambil ubat tertentu yang menipiskan darah anda, seperti aspirin dan ibuprofen, sebelum anda mendapat suntikan PRP.

Anda mungkin juga perlu menghentikan pengambilan vitamin atau makanan tambahan tertentu untuk sementara waktu, seperti asid lemak omega-3.

Doktor anda akan memberitahu anda info tepat tentang apa yang perlu anda lakukan seperti suntikan PRP ini. PRP biasanya tidak menyebabkan kesan sampingan yang serius.

Tetapi disebabkan ia melibatkan pengambilan darah, pastikan anda makan sebelum prosedur dijalankan. Itu akan membantu anda mengelakkan ada berasa pening atau pengsan ketika mendapatkan suntikan PRP.

Pada permulaan prosedur, doktor akan mengumpulkan plasma. Oleh itu doktor mengeluarkan darah daripada badan anda dan menggunakan mesin untuk memisahkan platlet yang kaya dengan plasma daripada sel darah.

Kemudian doktor akan membius bahagian yang ingin dirawat dengan suntikan PRP. Kemudian, doktor menggunakan jarum untuk menyuntik plasma ke bahagian yang ingin dirawat.

Contohnya, jika anda dirawat kerana kecederaan otot, doktor anda akan menyuntik plasma ke beberapa bahagian otot tersebut.

Dalam beberapa kes, doktor menggunakan teknologi ultrasound semasa suntikan untuk memastikan mereka menyuntik pada bahagian yang betul.

Suntikan PRP biasanya memakan masa sekitar 30 minit, bergantung pada bahagian yang disasarkan.

Setelah platlet berada di bahagian yang ingin dirawat, platlet akan terpecah dan membebaskan sebatian yang membantu pembaikan dan pembaharuan sel. Dengan itu proses penyembuhan badan anda akan meningkat.

Selepas suntikan, anda tidak boleh membasuh bahagian yang dirawat selama 48 jam. Anda mungkin akan berasa sakit dan lebam akan kelihatan di bahagian yang menerima suntikan.

Sekiranya anda merasa sakit yang teruk dan pedih, pastinya doktor anda diberitahu.

Sumber:

Summary
PRP - Bagaimana ia berfungsi , kelebihan dan prosedur
Article Name
PRP - Bagaimana ia berfungsi , kelebihan dan prosedur
Description
Prosedur Platlet-Rich Plasma (PRP) menjadi buah mulut dan diinginkan atlet elit untuk membantu mereka pulih daripada kecederaan sukan.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: