propolis lebah
Propolis lebah adalah sejenis bahan seperti resin yang dihasilkan oleh lebah daripada tunas pokok poplar dan pokok kon.

Pengenalan Propolis Lebah

Propolis lebah adalah sejenis bahan seperti resin yang dihasilkan oleh lebah daripada tunas pokok poplar dan pokok kon. Propolis adalah bahan seperti resin yang dihasilkan oleh lebah daripada tunas pokok poplar dan pokok kon. Propolis jarang didapati dalam bentuk asalnya. Kebiasaannya, ia diperolehi daripada sarang lebah dan produk lain yang berasaskan lebah. Lebah menggunakan propolis untuk membina sarang mereka.

Propolis digunakan untuk merawat bengkak (keradangan) dan luka di dalam mulut (mucositis mulut). Selain itu, ia juga digunakan untuk merawat luka terbakar, kudis, kencing manis, herpes alat kelamin, kudis, dan keadaan-keadaan lain. Bagaimanapun, tiada bukti saintifik yang bagus untuk menyokong penggunaan tersebut.

Propolis didapati mempunyai aktiviti terhadap bakteria, virus, dan kulat. Malah, ia juga mungkin mempunyai kesan anti-radang dan boleh membantu menyembuhkan kulit.

Kegunaan Propolis Lebah

  • Bengkak (keradangan) dan luka di dalam mulut (mucositis mulut). Kebanyakan kajian menunjukkan bahawa membilas mulut dengan pembilas mulut propolis lebah boleh membantu menyembuhkan luka yang disebabkan oleh ubat kanser atau gigi palsu.

  • Terbakar. Penyelidikan awal menunjukkan bahawa penggunaan propolis lebah pada kulit selama 3 hari mungkin membantu merawat luka terbakar yang ringan dan mencegah jangkitan.

  • Kudis. Penyelidikan awal menunjukkan bahawa pengambilan propolis lebah secara oral setiap hari selama 6 hingga 13 bulan boleh mengurangkan pengembangan kudis.

  • Penyakit yang disebarkan oleh nyamuk (demam denggi). Penyelidikan menunjukkan bahawa pengambilan propolis lebah boleh membantu individu yang menghidap demam denggi meninggalkan hospital dengan lebih cepat. Walau bagaimanapun, adalah masih tidak diketahui sama ada propolis lebah boleh membantu merawat simptom demam denggi.

  • Kencing manis. Penyelidikan menunjukkan bahawa pengambilan propolis lebah mungkin memperbaiki pengawalan gula darah bagi individu yang menghidap kencing manis. Akan tetapi ia dilihat tidak mempengaruhi tahap insulin atau meningkatkan ketahanan insulin.

  • Luka kaki bagi individu yang menghidap kencing manis. Penyelidikan awal menunjukkan bahawa menyapu salap propolis lebah pada luka di kaki individu yang menghidap kencing manis boleh membantu luka sembuh dengan lebih cepat.

  • Luka herpes kelamin. Kajian awal menunjukkan bahawa penggunaan salap propolis 3% setiap hari selama 10 hari mungkin memperbaiki penyembuhan luka bagi individu yang mengalami herpes kelamin. Sesetengah penyelidikan menunjukkan bahawa ia mungkin boleh menyembuhkan luka dengan lebih cepat dan sepenuhnya berbanding rawatan konvensional salap acyclovir 5%.

  • Satu bentuk penyakit gusi ringan (gingivitis). Kajian awal menunjukkan bahawa penggunaan propolis dalam bentuk gel atau bilasan mulut mungkin membantu mencegah atau mengurangkan simptom penyakit gusi.

  • Jangkitan saluran pencernaan yang boleh menyebabkan ulser (Helicobacter pylori atau H. pylori). Kajian awal menunjukkan bahawa mengambil 60 titis larutan yang mengandungi propolis hijau Brazil setiap hari selama 7 hari tidak mengurangkan jangkitan H. pylori.

Kudis alat kelamin (herpes labialis). Kajian awal menunjukkan bahawa penggunaan salap yang mengandungi propolis 0.5% hingga 3% sebanyak lima kali setiap hari boleh mempercepatkan tempoh penyembuhan dan mengurangkan kesakitan akibat kudis alat kelamin.

  • Jangkitan usus akibat parasit. Kajian awal menunjukkan bahawa mengambil sebanyak 30% ekstrak propolis selama 5 hari dapat menyembuhkan giardiasis berbanding ubat tinidazole.

  • Kulat mulut. Penyelidikan awal menunjukkan penggunakan ekstrak propolis hijau Brazil empat kali sehari selama 7 hari boleh menghalang kulat mulut pada individu yang memakai gigi palsu.

  • Jangkitan gusi yang serius (periodontitis). Kajian awal menunjukkan bahawa membilas gusi dengan larutan ekstrak propolis boleh mengurangkan pendarahan gusi bagi individu dengan periodontitis. Pengambilan propolis secara oral boleh membantu mencegah gigi bergoyang bagi individu yang mengalami keadaan ini. Akan tetapi pengambilan propolis melalui oral kelihatan tidak membantu menangani plak atau pendarahan.

  • Kaki makan air (Tinea pedis). Kajian awal menunjukkan bahawa menyapu propolis hijau Brazil pada kulit boleh mengurangkan gatal, mengelupas, dan kemerahan pada pelajar yang mempunyaidengan kaki makan air.

  • Jangkitan saluran pernafasan. Terdapat beberapa bukti awal bahawa propolis lebah mungkin membantu mencegah atau mengurangkan tempoh jangkitan selesema dan jangkitan saluran pernafasan yang lain.

  • Bengkak (keradangan) pada faraj (vaginitis). Penyelidikan awal menunjukkan bahawa penggunaan larutan propolis 5% pada faraj selama 7 hari dapat mengurangkan simptom dan meningkatkan kualiti hidup pada individu yang mengalami pembengkakan faraj.

  • Ketuat. Kajian awal menunjukkan bahawa pengambilan propolis secara oral setiap hari sehingga 3 bulan boleh mengubati ketuat pada sesetengah individu yang mempunyai ketuat plane dan ketuat biasa. Walau bagaimanapun, propolis lebah tidak sepatutnya merawat ketuat plantar.

  • Penyembuhan luka. Kajian awal menunjukkan bahawa penggunaan pembilas mulut propolis sebanyak lima kali sehari selama 1 minggu mungkin mempercepatkan penyembuhan dan mengurangkan kesakitan serta bengkak selepas pembedahan mulut. Walau bagaimanapun, jika seseorang menggunakan alat khas selepas pembedahan gigi, menggunakan larutan propolis di mulut nampaknya tidak memberi manfaat tambahan.

Lebih banyak bukti diperlukan untuk menilai propolis untuk kegunaan berikut:

  • Meningkatkan tindak balas imun.
  • Jangkitan.
  • Keradangan.
  • Kanser hidung dan tekak.
  • Perut dan gangguan usus.
  • Tuberkulosis.
  • Ulser.
  • Keadaan-keadaan lain.

Kesan Sampingan Propolis Lebah

  • Apabila diambil melalui oral: Ia mungkin adalah selamat apabila diambil sewajarnya. Bagaimanapun ia boleh menyebabkan reaksi alahan, terutamanya pada individu yang alah kepada lebah atau produk lebah seperti lozenge. Lozenge yang mengandungi propolis mungkin boleh menyebabkan kerengsaan dan ulser mulut.

  • Apabila digunakan pada kulit: Propolis lebah BERKEMUNGKINAN SELAMAT apabila digunakan pada kulit dengan sewajarnya. Namun ia boleh menyebabkan reaksi alahan, terutamanya pada individu  yang alah terhadap lebah atau produk lebah.

  • Kehamilan dan penyusuan susu ibu: Tiada maklumat yang boleh dipercayai untuk mengetahui sekiranya propolis lebah selamat untuk digunakan semasa hamil atau menyusu. Sebaliknya, utamakan keselamatan dan elakkan penggunaannya dalam tempoh ini.

  • Asma: Sesetengah pakar percaya bahan kimia tertentu dalam propolis boleh menyebabkan asma menjadi lebih teruk. Elakkan menggunakan propolis lebah jika anda mempunyai asma.

  • Pendarahan: Sesetengah bahan kimia dalam propolis mungkin melambatkan pembekuan darah. Pengambilan propolis mungkin meningkatkan risiko pendarahan pada individu yang mengalami masalah pendarahan.

  • Alahan: Jangan gunakan propolis lebah jika anda mempunyai alahan terhadap produk sampingan seperti madu, konifer, poplar, balsem Peru, dan salisilat.

  • Pembedahan: Sesetengah bahan kimia dalam propolis lebah mungkin melambatkan pembekuan darah. Pengambilan propolis mungkin meningkatkan risiko pendarahan semasa dan selepas pembedahan. Hentikan mengambil propolis 2 minggu sebelum pembedahan.

Interaksi Propolis Lebah

Ubat-ubatan yang melambatkan pembekuan darah (ubat Antikoagulan / Antiplatelet): Berhati-hati dengan kombinasi ini. Berbincanglah dengan pembekal kesihatan anda terlebih dahulu.

Ini kerana propolis mungkin melambatkan pembekuan darah dan meningkatkan tempoh pendarahan. Pengambilan propolis bersama ubat-ubatan yang juga melambatkan pembekuan darah mungkin meningkatkan lebam serta pendarahan.

Sesetengah ubat yang melambatkan pembekuan darah termasuk aspirin, clopidogrel (Plavix), dalteparin (Fragmin), enoxaparin (Lovenox), heparin, ticlopidine (Ticlid), warfarin (Coumadin), dan lain-lain.

Dos Propolis Lebah

Propolis boleh didapati dalam pelbagai bentuk, termasuklah tablet, kapsul, serbuk, ekstrak, dan lozenge. Apabila digunakan secara topikal, ia tersedia dalam bentuk salap, krim, losyen, dan produk penjagaan diri yang lain.

Walau bagaimanapun masih tiada saranan pengambilan harian bagi propolis dan tiada kajian manusia yang mencukupi untuk menentukan seberapa banyak propolis yang patut diambil untuk menyokong keadaan kesihatan seseorang.

SUMBER

https://www.webmd.com/vitamins/ai/ingredientmono-390/propolis

https://www.rxlist.com/propolis/supplements.htm

https://www.verywellhealth.com/propolis-what-should-i-know-about-it-88313

Summary
Propolis Lebah (Bee Propolis)
Article Name
Propolis Lebah (Bee Propolis)
Description
Propolis lebah adalah sejenis bahan seperti resin yang dihasilkan oleh lebah daripada tunas pokok poplar dan pokok kon.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: