program sarapan sekolah
Menteri Pendidikan iaitu Dr Mazlee Malik telah mengumumkan satu program baharu yang bakal dilaksanakan bermula 20 Januari ini iaitu Program Sarapan Percuma (PSP).

Bersempena dengan tahun baru ini, Menteri Pendidikan iaitu Dr Mazlee Malik telah mengumumkan satu program baharu yang bakal dilaksanakan bermula 20 Januari ini iaitu Program Sarapan Percuma (PSP). Program ini melibatkan semua murid sekolah rendah kerajaan serta semua murid yang menerima bantuan kerajaan.

Bagi pengetahuan ibu bapa, berdasarkan artikel di ‘Berita Harian Online’, program ini akan bermula antara jam 7 pagi hingga 8 pagi bagi persekolahan sesi pagi dan jam 1 hingga 4 petang bagi persekolahan sesi petang. Walaupun ia tidak lagi dikira sebagai sarapan bagi persekolahan sesi petang, makanan yang diberikan masih lagi berguna untuk mengisi perut pelajar di sekolah.

Konsep Grab ‘n’ Go digunakan dalam program sarapan ini iaitu makanan atau minuman yang mudah didapati dan ringkas tetapi masih mengenyangkan seperti roti, biskut, bijirin, telur rebus dan minuman produk tenusu.

Ini adalah satu usaha baik bagi memastikan kanak-kanak mengambil sarapan terlebih dahulu sebelum memulakan pembelajaran memandangkan sarapan adalah waktu makan paling penting bagi setiap individu. Sekiranya kita tidak makan dengan betul pada waktu pagi, ia boleh memberi kesan yang ketara pada kemudian hari seperti sakit perut (gastrik) dan pening kepala.

Adakah anda tahu bahawa sarapan pagi adalah sangat penting bagi kanak-kanak yang bersekolah? Ini adalah aspek yang utama kerana sarapan pagi boleh memberikan banyak manfaat kepada mereka yang sedang membesar ini.

Jadi, mari kita lihat beberapa kebaikan sarapan pagi buat pelajar sekolah.

  • Membekalkan tenaga harian

Kanak-kanak yang bersekolah sebenarnya memerlukan lebih banyak keperluan nutrien berbanding golongan dewasa yang bekerja kerana kanak-kanak dalam usia ini adalah lebih aktif dan bertenaga. Memandangkan kebanyakan waktu mereka dihabiskan di sekolah, mereka memerlukan sarapan pagi yang berkhasiat dan betul agar mereka kekal cergas semasa sesi pembelajaran di dalam kelas mahupun ketika bersukan bersama rakan pada waktu petang.

  • Bantu anak anda menjadi lebih fokus

Ini adalah satu kepentingan sarapan pagi bukan sahaja buat golongan kanak-kanak malah bagi golongan dewasa juga. Bersarapan secara sederhana pada waktu pagi membolehkan otak kita menjadi lebih cerdas dan aktif buat tempoh yang lama. Namun, sekiranya pengambilan makanan yang diambil sebagai sarapan adalah salah, ia mampu membuatkan kita mengantuk, tidak fokus dan meragam. Antara makanan sarapan pagi yang perlu dielakkan adalah seperti nasi lemak kerana ia mempunyai kandungan santan yang berlemak dan mudah membuatkan anak-anak menjadi mengantuk.

  • Mengembalikan tenaga yang hilang pada waktu malam
Mengembalikan tenaga yang hilang pada waktu malam

Selepas tidur pada waktu malam, nutrisi badan akan berkurangan termasuklah paras gula dan air dalam badan. Justeru itulah, ramai kanak-kanak yang liat untuk bangun pagi ke sekolah kerana badan mereka terasa letih dan lesu. Pengambilan sarapan pagi boleh membantu mengembalikan tenaga mereka dan memastikan badan mereka mendapatkan semula nutrien yang diperlukan.

Dengan adanya program sebegini, anak anda pasti tidak akan terlepas waktu sarapannya lagi. Walaupun ada segelintir ibu bapa yang lebih gemar menyediakan sarapan buat anak mereka, program ini masih diperlukan terutamanya bagi pelajar yang datang daripada keluarga yang kurang berkemampuan.

Kredit: Sumber gambar diambil daripada arfani.blogspot.my

SUMBER
https://www.webmd.com/diet/features/many-benefits-breakfast#1

https://www.healthline.com/nutrition/healthy-breakfast-for-kids

https://www.mayoclinichealthsystem.org/locations/menomonie/careers/for-students

https://www.thestar.com.my/news/nation/2019/08/26/free-breakfast-for-primary-school-children-nationwide-from-next-january

Summary
Program Sarapan Percuma 2020: Satu usaha baik untuk membantu pelajar sekolah
Article Name
Program Sarapan Percuma 2020: Satu usaha baik untuk membantu pelajar sekolah
Description
Adakah anda tahu bahawa sarapan pagi adalah sangat penting bagi kanak-kanak yang bersekolah? Ini kerana sarapan pagi adalah sangat bermanfaat bagi mereka yang sedang membesar.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: