Tidact

Tidact adalah ubat untuk jerawat yang mengandungi antibiotik yang dapat merawat masalah jerawat anda. Jika anda mengalami masalah jerawat, maka anda bolehlah mencuba produk Tidact ini dan melihat hasilnya.

Bahan yang terkandung dalam Tidact ini adalah Clindamycin Phosphate, Isopropyl Alcohol, Propyl Paraben dan Methyl Paraben. Bahan seperti Clindamycin Phosphate membantu dalam merawat dan meredakan jerawat anda dan dapat menghalang penyebaran bacteria jerawat Propionibacterium. Packaging kotak Tidact ini didatangkan dengan warna putih dan merah.

Tidact Gel Treatment

RM22.70

Tidact adalah ubat untuk jerawat yang mengandungi antibiotik yang dapat merawat masalah jerawat anda. Jika anda mengalami masalah jerawat, maka anda bolehlah mencuba produk Tidact ini dan melihat hasilnya. Packaging kotak Tidact ini didatangkan dengan warna putih dan merah. Cara pemakaiannya adalah anda cuma perlu sapu sebanyak dua kali sehari, pada waktu siang lepas anda bangun dan jangan lupa untuk mengikuti cara skincare anda iaitu basuh muka dengan menggunakan cleanser. Elakkan gel daripada terkena kawasan mata dan bibir. Sebelum menggunakan gel, sila pastikan tangan anda dalam keadaan bersih.

Mentholatum Oxy Cover

RM16.50

Oxy Cover Acne Pimple Treatment adalah ubat jerawat mengandungi 10% Benzoyl Peroxide untuk merawat  jerawat yang degil yang tidak bertindak balas terhadap rawatan jerawat ringan. Rawatan ini dapat membunuh bakteria jerawat yang menyebabkan jerawat, membantu mengeringkan minyak berlebihan, membantu membuka liang pori, menyembunyikan jerawat dan mencerahkan kulit. Produk ini tidak berminyak dan tidak berbau. Jauhkan dari cahaya matahari langsung dan simpan di tempat yang sejuk, lebih baik di bawah 25 ˚C. Sekiranya berlaku kesan sampingan seperti kemerahan, pembakaran, gatal atau pengeringan atau pengelupasan, kurangkan dos atau kekerapan penggunaan.

Nixoderm Ointment

RM10.30

Nixoderm Ointment sangat sesuai mengatasi masalah kulit. Boleh digunakan untuk jerawat, bintik hitam, gatal-gatal, ruam, kurap pada kulit dan kulit kepala. Cara pengunaannya: Basuh kawasan yang terkena dengan air suam dan sabun tidak menyakitkan. Sapukan Nixoderm secara rata pada waktu malam dan pagi. Gosokkan dengan lembut. Sebaiknya pakai siang atau malam untuk mendapatkan kesan yang optimum tanpa mencederakan kulit tersayang. Menurut dari laman sesawang rasmi Nixoderm, anda perlu menyapu balsem selama tujuh hari dan berhenti untuk tiga hari. Kemudian sambung rutin seperti biasa sehingga jerawat mengecut. Jangan lupa untuk mengamalkan penjagaan kulit yang asas.


Aiken Tea Tree Oil Pimple Cream

RM10.50

Krim ini merupakan antara ubat jerawat terbaik pada kulit sensitif dan berminyak. Ia diformulasi bersama C12-15 alkyl benzoate bagi memberi hasil kulit lebih lembut dan licin. Jadinya setiap sapuan krim tidak menyebabkan kulit menjadi kilat berminyak malah kekal kemasan matte. Minyak Tea Tree di dalam krim Aiken ini membantu mengecutkan jerawat, mengurangkan minyak dan melindungi kulit dari sinaran UV. Sapukan pada kawasan kulit yang bermasalah sahaja. Jangan risau ia sesuai dipakai bersama produk penjagaan kulit yang lain malah boleh dipakai bersama solekan. 

Cosmoderm Tea Tree Oil Anti Blemish

RM16.91

Krim jerawat Cosmoderm Tea Tree Oil Anti-Blemish X-Press boleh membantu mengecutkan jerawat bukan sahaja pada wajah turut sesuai diguna pada badan. Diperkaya dengan ekstrak tumbuhan semula jadi seperti minyak Tea Tree, lemon dan lavender. Ketiga-tiga bahan ini dipercayai boleh membasmi bakteria, mengurangkan minyak dan mencerahkan kulit yang terjejas. Selain itu, ubat jerawat ini mengandungi Vitamin E bagi pertumbuhan sel kulit yang baharu dan mengurangkan radang. 

Hiruscar Anti-Acne Spot Gel

RM19.40

Jenama Hiruscar mengetengahkan variasi produk memulihkan parut kulit akibat kecederaan, melecur dan bekas jerawat. Buat anda yang ingin mencegah jerawat tumbuh lagi disamping memudarkan tompokan hitam bekas jerawat. Produk Hiruscar Anti Acne Spot Gel adalah jawapannya! Krim gel ini tidak berat, sepadan untuk semua jenis kulit yang dihinggap jerawat sementara. Produk berasaskan Asid Salisilik ini berupaya memulihkan kulit dari masalah jerawat. Yakni mengecut, mencegah dan memperbaiki kulit yang rosak akibat jerawat. Krim gel cepat meresap dan langsung tidak meninggalkan kesan melekit pada kulit. Bahan aktif MSP (Mucopolysaccharide Polysulphate) esen utama memudarkan jerawat dengan menghasilkan kolagen dan elastin baharu. 

Sendayu Tinggi Acne Cream

RM33.90

Jenama Sendayu Tinggi ialah jenama tempatan yang paling dipercayai dan sudah memecah pasaran drugstore. Jadi anda tak perlu rasa ragu-ragu lagi bahan dan formulasi pada setiap produk berstatus mampu milik ini. Krim jerawat ini dirumus khas untuk kulit berminyak, kombinasi dan pro-acne. Kompilasi gabungan bahan semulajadi dan medikasi terbaik supaya dapat memulihkan kulit dari keradangan dan iritasi akibat jerawat. Sama seperti produk yang lain, krim ini mengandungi Asid Salisilik, Aloe Vera dan kelainannya ialah menggunakan sumber bunga-bungaan seperti Willowherb, Chamomile, Lavender, Saponaria Officinalis dan macam-macam lagi. Tujuannya melegakan kulit dari bengkak dan sakit pada kulit berjerawat.

Himalaya Acne-n-Pimple Cream

RM27.75

Kombinasi bahan-bahan semulajadi dalam produk jerawat Himalaya ini sedikit sebanyak boleh menghapuskan jerawat, merawat dan mencegah dari ia tumbuh semula. Silk Cotton Tree, Five-Leaved Chaste Tree dan Lentil merupakan bahan utama untuk merawat jerawat, meredakan radang kemerahan dan membasmi kulit yang dijangkiti bakteria. Barbados Aloe atau lebih dikenali sebagai Aloe Vera diguna meluas dalam produk kecantikan kerana kaya dengan Vitamin A dan C. Seiring itu, Himalaya juga memperkenal agen pelembab ini sebagai fungsi memulihkan kulit dengan berkesan. Bahan terakhir ialah Alum iaitu antiseptik dari komponen kimia yang tidak merbahaya. Efektif menghalang jangkitan bakteria yang dari berulang kembali. 

Clinelle Blemish Clear

RM12.40

Gabungan bahan pro Vitamin B5 dan Asid Salisilik berupaya memelihara kulit dengan mencegah pertumbuhan jerawat serta mengekalkan kulit lembut dan lembab. Hasilnya kulit terus merangsang pemyembuhan dan pembaharuan sel kulit baharu. Ditambah bersama Aloe Vera yang mencipta perlindungan dari persekitaran yang boleh menjejaskan kulit. Konsep ini dikenali sebagai Repair, Refine dan Reshield dari gel jerawat Clinelle. Ubat jerawat ini membersih kulit dari jerawat secara efektif tanpa meninggalkan sebarang kesan parut, kemerahan dan iritasi melampau. Ini kerana semua produk Clinelle bebas dari 7 bahan yang boleh membahayakan kulit.

Kiehl’s Dermatologist Solutions Breakout Control Targeted Blemish Spot Treatment 

RM12.40

Kiehl’s Dermatologist Solutions Breakout Control Targeted Blemish Spot Treatment adalah produk untuk mengatasi dan membantu mengurangkan penampilan jerawat pada kulit dewasa dan penuaan. Dengan 10% Sulfur dan Vitamin B3, formula ini sangat cepat bertindak, menyatu secara merata yang berkesan tetapi lembut untuk noda. Formula yang dihasilkan berfungsi untuk mengurangkan ukuran luka jerawat tanpa merengsakan kulit di sekitarnya pada orang dewasa, yang cenderung mempunyai profil yang lebih kering dan lebih sensitif daripada remaja, juga dapat mengoptimalkan formula untuk menghindari bau yang terkait dengan Sulfur dan memastikan ia menyerap dengan cepat untuk bertindak cepat pada kulit.. ”

Summary
Article Name
10 Produk Tidact dan Alternatifnya untuk Rawatan Jerawat
Description
Tidact adalah ubat untuk jerawat yang mengandungi antibiotik yang dapat merawat masalah jerawat anda. Jika anda mengalami masalah jerawat, maka anda bolehlah mencuba produk Tidact ini dan melihat hasilnya. Bahan yang terkandung dalam Tidact ini adalah Clindamycin Phosphate, Isopropyl Alcohol, Propyl Paraben dan Methyl Paraben. Bahan seperti Clindamycin Phosphate membantu dalam merawat dan meredakan jerawat anda dan dapat menghalang penyebaran bacteria jerawat Propionibacterium. Packaging kotak Tidact ini didatangkan dengan warna putih dan merah.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: