priapism
Ereksi tidak boleh berlaku tanpa aliran darah yang betul. Biasanya apabila seorang lelaki terangsang, arteri di pelvik dan zakarnya akan relaks dan berkembang, membawa lebih banyak darah ke tisu span di dalam zakar.

Priaprism adalah keadaan di mana zakar kekal tegang selama berjam-jam walaupun tanpa sebarang rangsangan. Ereksi tidak boleh berlaku tanpa aliran darah yang betul. Biasanya apabila seorang lelaki terangsang, arteri di pelvik dan zakarnya akan relaks dan berkembang, membawa lebih banyak darah ke tisu span di dalam zakar. Pada masa yang sama, injap dalam urat ditutup, memerangkap darah di kawasan tersebut dan menyebabkan ereksi.

Selepas persetubuhan berakhir, injap urat terbuka, darah mengalir keluar, dan zakar kembali ke keadaan biasa.

Jenis Priapism

Terdapat dua jenis utama priapism atau zakar lembut:

  • Pengangkut aliran-rendah atau iskemik priapism: Jenis ini berlaku apabila darah terperangkap dalam tempat ereksi. Selalunya, ia terjadi tanpa sebab yang jelas tetapi ia boleh menjejaskan kesihatan lelaki terutamanya mereka yang mengalami penyakit anemia sel sabit, leukemia (kanser darah), atau malaria. Sekiranya anda tidak mendapatkan rawatan segera, ia boleh menyebabkan parut dan disfungsi ereksi kekal (Erectile Dysfunction).
  • Pengangkut aliran-tinggi atau priapism bukan iskemik: Jenis ini lebih jarang berlaku dan biasanya kurang menyakitkan. Ia sering terjadi apabila terdapat kecederaan pada zakar atau di kawasan antara skrotum dan dubur yang dipanggil perineum. Ia mengakibatkan arteri pecah justeru menghalang darah dalam zakar daripada mengalir secara normal.

Simptom Priapism

Simptom utama priapism atau zakar lembut adalah ereksi yang berpanjangan. Gejala lain bergantung pada jenis zakar lembut yang dialami.

Simptom priapism iskemik termasuklah:

  • Kesakitan zakar yang semakin teruk seiring masa
  • Ereksi berlaku ketika hujung zakar masih lembut

Simptom priapism bukan iskemik biasanya tidak menyakitkan dan hanya menyebabkan ereksi yang tidak tegang sepenuhnya.

Punca Priapism

  • Anemia sel sabit: Para saintis percaya, 42% lelaki dengan penyakit anemia sel sabit berisiko mendapat priapism atau zakar lembut pada satu ketika dalam kehidupan mereka.
  • Ubat: Ramai lelaki akan mendapat penyakit ini apabila mereka menggunakan atau menyalahgunakan beberapa jenis ubat. Ubat yang boleh mengakibatkan priapism termasuklah rawatan depresi trazodone HCL (Desyrel) atau chlorpromazine (Thorazine) yang merawat beberapa penyakit mental. Pil atau suntikan yang merawat disfungsi ereksi (Erectile Dysfunction) juga boleh menyebabkan priapism.

Punca-punca lain adalah:

  • Keracunan karbon monoksida
  • Menggunakan dadah seperti marijuana dan kokain

Ia jarang berlaku tetapi priapism atau zakar lembut juga boleh berpunca dari kanser yang boleh menjejaskan zakar dan mencegah darah mengalir di kawasan tersebut.

Diagnosis Priapism

Sekiranya anda mempunyai ereksi selama lebih daripada empat jam, anda memerlukan rawatan kecemasan. Doktor rawatan kecemasan akan menentukan sama ada anda mempunyai priapism iskemik atau priapism bukan iskemik. Maklumat ini diperlukan kerana rawatan untuk setiap jenis adalah berbeza dan rawatan untuk priapism iskemik perlu dilakukan secepat mungkin.

– Sejarah perubatan dan pemeriksaan

Untuk menentukan jenis priapism atau zakar lembut yang anda alami, doktor akan bertanya beberapa soalan dan memeriksa bahagian kelamin, perut, pangkal paha dan perineum anda. Beliau boleh menentukan jenis priapism anda hadapi berdasarkan kesakitan dan ketegaran zakar anda. Pemeriksaan ini mungkin juga akan mendedahkan sekiranya terdapat kehadiran tumor atau tanda-tanda trauma.

Ujian Diagnostik

Ujian diagnostik juga diperlukan untuk menentukan jenis priapism yang anda hidapi. Ia juga mungkin dapat mengenal pasti punca utama priapism anda.

Dalam keadaan rawatan kecemasan, rawatan anda akan bermula sebelum sebarang keputusan ujian diterima. Ujian diagnostik yang boleh dilakukan termasuklah:

  • Pengukuran gas darah. Ujian makmal yang mengukur jumlah gas tertentu dalam darah boleh mengesahkan jenis priapism. Dalam ujian ini, jarum kecil dimasukkan ke dalam zakar anda untuk mengeluarkan sampel darah. Sekiranya darah berwarna hitam (disebabkan oleh kehilangan oksigen) anda mungkin menghidapi priapism iskemik. Sekiranya ia berwarna merah terang, priapism yang anda alami lebih berkemungkinan jenis bukan iskemik.
  • Ujian darah. Darah anda akan diuji untuk mengukur jumlah sel darah merah dan platelet yang ada. Keputusan mungkin akan menunjukkan bukti penyakit lain seperti anemia sel sabit, penyakit darah lain atau kanser tertentu.
  • Ultrabunyi (Ultrasound). Anda mungkin akan menjalani ultrasonografi Doppler iaitu ujian tidak invasif yang boleh digunakan untuk menganggarkan aliran darah anda melalui saluran darah dengan melantunkan gelombang bunyi frekuensi tinggi (ultrasound) pada peredaran sel darah merah. Ujian ini boleh digunakan untuk mengukur aliran darah di dalam zakar anda dan mengesahkan jenis priapism yang anda hidapi. Selain itu, pemeriksaan ini juga akan mendedahkan sebarang kecederaan atau kelainan pada zakar yang mungkin menjadi punca tersembunyi priapism yang anda alami.
  • Ujian toksikologi. Doktor akan menjalankan ujian air kencing untuk melihat jika pengaruh dadah adalah penyebab utama priapism.

Rawatan Priapism

Rawatan priapism bergantung kepada jenis dan puncanya. Seorang doktor akan melakukan penilaian dan memutuskan sama ada ia iskemik atau bukan iskemik, dan menentukan punca utama yang menjadi penyebab anda menghidap priapism.

Sekiranya zakar telah tegang selama kurang daripada 4 jam, ubat dekongestan untuk mengurangkan aliran darah ke zakar berkesan untuk mengurangkan ereksi tersebut.

Sekiranya ereksi berlangsung selama 4-6 jam pula, sejenis ubat bergelar Intracavernosal phenylephrine berkesan untuk membantu mengawal ereksi.

Selepas 6 jam, atau jika pengambilan ubat tidak berjaya mengurangkan ereksi yang dialami, langkah-langkah lain yang anda perlukan adalah seperti berikut:

  • Pek ais: Jika diletakkan pada zakar atau perineum, pek ais boleh mengurangkan bengkak dan gejala priapism bukan ischemic.
  • Sedutan: Jika doktor memasukkan jarum ke dalam zakar dan membiusnya dengan ubat, ia boleh membantu mengalirkan darah yang terkumpul. Prosedur ini biasanya melegakan rasa sakit dan bengkak dengan cepat.
  • Pembedahan: Jika pek ais dan sedutan tidak berjaya melegakan simptom anda, pembedahan diperlukan untuk mengembalikan aliran darah seperti biasa di dalam zakar. Memasukkan ‘shunt’, atau laluan tambahan, dapat membantu mengalirkan darah yang terkumpul dan memulihkan peredaran darah. Cara ini boleh juga digunakan bagi penghidap priapism iskemik.
    Jika terdapat arteri yang pecah atau rosak semasa pembedahan dijalankan, pakar bedah boleh menyumbat, atau mengikatnya untuk mengurangkan aliran darah. Prosedur ini sesuai dilakukan bagi priapism

SUMBER

https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/priapism/symptoms-causes/syc-20352005#:~:text=Priapism%20is%20a%20prolonged%20erection,who%20have%20sickle%20cell%20anemia.

https://www.webmd.com/erectile-dysfunction/erectile-dysfunction-priapism

https://www.healthline.com/health/priapism

https://www.medicalnewstoday.com/articles/318737

Summary
Priapism atau Zakar Lembut - Jenis, Simptom, Punca, Diagnosis dan Rawatan
Article Name
Priapism atau Zakar Lembut - Jenis, Simptom, Punca, Diagnosis dan Rawatan
Description
Priapism adalah keadaan apabila ereksi berlaku dengan tidak betul disebabkan oleh aliran darah yang terjejas.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: