Adakah anda tergolong dalam mereka yang berpendapatan rendah dan mempunyai tanggungan ramai, jangan risau kerana anda layak untuk memohon rumah Program Perumahan Rakyat (PPR).
Memiliki rumah sendiri sudah tentulah menjadi idaman setiap orang, ditambah pula dengan kadar sewa yang semakin tinggi.
Jadi, bagi menangani masalah ini kerajaan telah memperkenalkan Program Perumahan Rakyat (PPR) di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Program ini menawarkan rumah untuk dibeli dan rumah untuk disewa.
Pada Februari 2021, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Malaysia, Datuk Zuraida Kamaruddin telah menjenamakan semula Projek Perumahan Rakyat (PPR) sebagai Rumah Malaysia bagi mengatasi masalah kediaman tidak berpenghuni.
Jika anda masih tercari-cari syarat kelayakan dan cara mohon, baca sehingga habis ya.
Program Perumahan Rakyat (PPR)
Rumah PPR adalah salah satu inisiatif oleh kerajaan untuk menawarkan kepada golongan berpendapatan di bawah kategori B40 untuk memiliki rumah dan mengurangkan kadar kawasan setinggan di seluruh negara.
Menurut Laporan Tinjauan Pendapatan Isi Rumah dan Kemudahan Asas 2019 oleh Jabatan Perangkaan Malaysia, ambang pendapatan bagi isi rumah di bawah kategori B40 di Malaysia adalah sebanyak RM 4,849 sebulan.
Terdapat dua kategori di bawah inisiatif ini, iaitu:
1. Rumah PPR Dimiliki
- Rumah PPR dibuka dengan harga RM 42,000 di Sabah Sarawak dan RM 35,000 di Semenanjung Malaysia.
2. Rumah PPR Disewa
- Rumah PPR disewa dengan harga yang berpatutan iaitu serendah RM 124 sebulan.
- Terdapat sebanyak 120 rumah baru yang akan dibina di 11 lokasi di seluruh Malaysia, termasuk Kluang, Sembrong dan Pengerang di Johor.
Ciri-ciri Rumah PPR
Standard Perumahan Negara dipatuhi oleh setiap rumah PPR untuk Perumahan Kos Rendah (CIS3: 2005). Berikut adalah ciri- ciri rumah PPR:
Jenis kediaman
Kawasan bandar | Apartment/Flat bertingkat 5 hingga 18 tingkat |
Kawasan Pinggir Bandar | Rumah teres |
Keluasan rumah | Tidak kurang dari 700 kaki persegi. |
Pelan rumah | 3 bilik tidur, 2 bilik mandi, ruang tamu, dan dapur. |
Kemudahan asas | Dewan komuniti Surau Tadika Mesra OKU Taman permainan Gerai makan/niaga Kawasan Pelupusan sampah |
Berdasarkan ciri-ciri di atas, Rumah PPR sangat sesuai bagi mereka yang telah berkeluarga.
Golongan yang berpendapatan rendah berpeluang memiliki rumah yang lebih selesa tanpa terpaksa tersepit dengan masalah kewangan yang lain.
Bukan itu sahaja, ini juga akan dapat meningkatkan taraf hidup mereka dari semasa ke semasa.
Siapa yang Layak Memohon Rumah PPR?
Berikut adalah syarat-syarat kelayakan untuk memohon rumah PPR bagi PPR Dimiliki dan PPR Disewa.
- Warganegara Malaysia
- Berumur 18 tahun dan ke atas
- Pendapatan isi rumah bawah RM3,000 sebulan
- Pemohon belum memiliki rumah
- Mengikut syarat tambahan yang ditetapkan Kerajaan Negeri.
Bagaimana Hendak Memohon Rumah PPR?
Anda boleh melakukan carian senarai PPR yang tersedia di https://teduh.kpkt.gov.my/project
TEDUH adalah portal memberikan banyak maklumat dan fungsi carian untuk hal-hal berkaitan program dan projek perumahan awam dan swasta yang ada di Malaysia.
Di bawah TEDUH terdapat modul iaitu Sistem Pengurusan Perumahan Negara yang berfungsi sebagai gerbang ‘one-stop centre’ bagi anda yang ingin memohon proram perumahan di bawah Jabatan Perumahan Negara KPKT.
Terdapat beberapa cara untuk memohon rumah PPR. Permohonan melalui portal TEDUH oleh Sistem Pengurusan Perumahan Negara (SPRN) adalah cara paling mudah.
Sekiranya anda telah memenuhi semua kriteria untuk memohon Rumah PPR dan bersedia untuk memohon, anda boleh terus menghantar permohonan secara dalam talian melalui laman web Sistem Pengurusan Perumahan Negara.
Hasil kerjasama Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan, portal ini dibina agar semua perkara berkaitan perumahan di seluruh negara berpusat pada satu tempat.
Berikut adalah panduan untuk memohon Rumah PPR menggunakan aplikasi dalam talian.
Langkah 1: Pilih ‘Daftar Akaun’ sekiranya anda pengguna baru. Namun, anda boleh terus ke Langkah 4 jika anda sudah mendaftar sebelumnya.
Langkah 2: Masukkan nama, nombor kad pengenalan (IC), alamat e-mel anda, dan kemudian klik ‘Daftar’.
Langkah 3: E-mel pengesahan akan dihantar kepada anda. Klik pautan di e-mel dan anda akan diarahkan ke halaman di bawah ini untuk menetapkan kata laluan anda:
A: Masukkan kata laluan pilihan anda di bawah ‘Kata Laluan’. Perhatikan syarat untuk membuat kata laluan yang akan dipaparkan.
B: Setelah berjaya membuat kata laluan pilihan anda, anda perlu memasukkan kata laluan anda sekali lagi di bawah ‘Pengesahan Kata Laluan.’
C: Klik ‘Simpan’ setelah anda menyelesaikan kedua-dua langkah tersebut.
Langkah 4: Anda kemudian akan diarahkan kembali ke halaman utama. Ingatlah untuk pilih tab ‘Pemohon’ bukannya ‘setiausaha’, ‘pemaju’, atau ‘ejen’. Masukkan nombor IC anda, kata laluan yang anda simpan, dan klik ‘Log in’.
Langkah 5: Pilih skema PPR pilihan anda sama ada PPR Dimiliki atau PPR Untuk Disewa. Kemudian, hantar permohonan anda.
Sekiranya anda memerlukan penjelasan lebih lanjut mengenai proses permohonan, anda juga boleh menghubungi:
Jabatan Perumahan Negara,
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan,
Tingkat 30-38,
No.51, Persiaran Perdana Presint 4,
62100 Putrajaya
Telefon: 603-8891 4410 (Bahagian Perancangan Perumahan)
Faks: 603 – 8891 4045
Anda juga boleh menghubungi kerajaan negeri anda masing-masing seperti:
Sekarang, jika anda sudah ketahui apa itu PPR, syarat kelayakan dan cara memohon, anda boleh cuba memohon jika memenuhi segala syarat-syarat yang telah ditetapkan.
Rezeki tidak pernah salah alamat. Semoga berjaya!
Sumber:
https://properly.com.my/blog/rumah-ppr-and-pprt-a-beginners-guide/