pouchitis
Pouchitis merupakan komplikasi yang terjadi apabila kantung yang digunakan sebagai pengganti rektum anda dijangkiti kuman atau meradang.

Pouchitis merupakan komplikasi yang terjadi apabila kantung yang digunakan sebagai pengganti rektum anda dijangkiti kuman atau meradang. Fungsi usus besar anda adalah untuk membuang segala sisa pepejal daripada badan anda. Tetapi jika doktor perlu membuang usus besar anda akibat penyakit yang anda alami, anda mungkin akan menjalani pembedahan J-pouch supaya anda boleh membuang air besar seperti biasa.

Dalam sesetengah kes, kantung yang digunakan sebagai pengganti rektum anda dijangkiti atau meradang. Komplikasi ini dipanggil sebagai pouchitis.

Simptom Pouchitis

Seramai 1 daripada 5 individu mengalami pouchitis setahun selepas menjalani pembedahan dan separuh daripada mereka mengalaminya selepas 10 tahun. Keadaan ini berlaku apabila sistem imun anda menyerang dirinya sendiri justeru itu mengakibatkan keradangan.

Simptom pouchitis adalah berbeza antara individu. Ia mungkin termasuk:

• Darah dalam najis anda

• Kerap  membuang air besar

• Cirit-birit

• Hilang kawalan untuk membuang air besar (incontinence)

• Kekejangan perut

• Demam atau menggigil

• Penurunan berat badan

Dalam kes yang serius, anda boleh menjadi kurus, kurang sihat atau mengalami Anemia yang memerlukan anda untuk mendapatkan rawatan perubatan kecemasan segera.

Punca Pouchitis

Para penyelidik masih tidak pasti apa yang menyebabkan pouchitis. Namun mereka mengesyaki bahawa tahap kesihatan usus anda mungkin memainkan peranan utama. Satu teori yang berkaitan ialah gabungan antara bakteria “baik” dan “jahat” dalam perut anda mungkin menggalakkan jangkitan bakteria, kulat atau virus yang boleh menyebabkan pouchitis.

Faktor risiko lain termasuklah:

• Kolitis ulseratif yang berlanjutan

• Polip yang meradang atau ketumbuhan di dalam kantung

• Pengambilan ubat anti radang tanpa steriod (NSAIDs)

• Aliran darah yang lemah pada kawasan tersebut

• Saluran hempedu yang meradang atau keras di dalam hati

• Merokok

• Genetik

Diagnosis Pouchitis

Simptom Pouchitis adalah berbeza antara individu atau simptomnya boleh berubah mengikut masa. Doktor anda akan bertanya mengenai sejarah perubatan anda dan menolak sebarang syarat lain, seperti penyakit Crohn, yang mungkin menjadi punca kepada simptom anda.

Alatan diagnostik untuk pouchitis termasuklah:

Ujian pengimejan. Doktor mungkin akan  mengambil gambar bahagian dalam perut atau pelvis anda dengan menggunakan imbasan CT, MRI, atau mesin pengimejan lain.

Rawatan Pouchitis

Penggunaan antibiotickselama dua minggu merupakan rawatan utama Pouchitis dan kebiasaannya ia berkesan. Selain itu, doktor anda juga boleh mengesyorkan rawatan lain seperti:

 Suplemen probiotik yang menggalakkan “bakteria baik” untuk berkembang dalam usus anda

Ubat mengawal cirit-birit

Kurangkan makan karbohidrat dan serat, banyakkan memakan protein

Kortikosteroid dan ubat-ubatan lain yang boleh mengubah suai sistem imun anda

Sumber:

https://en.wikipedia.org/wiki/Pouchitis

https://www.webmd.com/ibd-crohns-disease/ulcerative-colitis/what-is-pouchitis

https://my.clevelandclinic.org/health/diseases/15484-pouchitis

https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/pouchitis/symptoms-causes/syc-20361991

Summary
Pouchitis - Simptom, Punca, Diagnosis, Faktor Risiko dan Rawatan
Article Name
Pouchitis - Simptom, Punca, Diagnosis, Faktor Risiko dan Rawatan
Description
Pouchitis merupakan komplikasi yang terjadi apabila kantung yang digunakan sebagai pengganti rektum anda dijangkiti kuman atau meradang.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: