potassium
Potassium adalah salah satu daripada tujuh makromineral yang penting.

Pengenalan

Potassium adalah salah satu daripada tujuh makromineral yang penting. Badan manusia memerlukan sekurang-kurangnya 100 miligram potassium.

Pengambilan yang banyak mengurangkan risiko kematian secara keseluruhan sebanyak 20 peratus. Ia juga mengurangkan risiko strok, menurunkan tekanan darah, melindungi badan daripada kehilangan jisim otot, mengekalkan kepadatan mineral tulang dan mengurangkan pembentukan batu karang.

Fungsi utama dalam badan termasuklah mengawal keseimbangan bendalir dan aktiviti elektrik jantung serta otot-otot yang lain.

Kegunaan Potassium

  • Tahap rendah Potassium dalam darah (hipokalemia). Pengambilan secara oral atau intravena (oleh IV) boleh menghalang dan merawat masalah kadar Potassium yang rendah dalam darah.
  • Tekanan darah tinggi. Kebanyakan kajian menunjukkan bahawa pengambilan boleh menurunkan tekanan darah. Ia berfungsi dengan baik untuk individu yang mempunyai tekanan darah tinggi, kadar yang rendah, pengambilan natrium yang tinggi, dan individu berketurunan Amerika Afrika. Selain itu, individu yang mempunyai tekanan darah tinggi harus mengambil makanan yang mengandungi 3500 hingga 5000mg Potassium setiap hari. Kaedah ini dijangka dapat menurunkan tekanan darah kira-kira 4 hingga 5mmHg bagi individu dengan tekanan darah tinggi.
  • Strok. Pengambilan yang tinggi daripada makanan telah dikaitkan dengan risiko penurunan strok sebanyak 20%. Mengambil suplemen Ia juga dikatakan dapat menurunkan risiko strok. Namun begitu, penyelidikan berkualiti tinggi masih diperlukan untuk mengesahkan perkara ini. Terdapat beberapa bukti bahawa pengambilan garam yang mengandungi magnesium dan potassium selepas serangan strok boleh meningkatkan fungsi saraf dan sistem saraf.

Tetapi, pengambilan garam yang mengandungi Potassium tanpa magnesium nampaknya tidak membantu. Ianya masih tidak jelas sekiranya pengambilan bersama garam magnesium dapat membantu pemulihan selepas strok bagi individu yang tinggal di kawasan di mana pengambilan mencukupi.

  • Masalah pergigian. Sesetengah kajian mendapati bahawa penggunaan ubat gigi yang mengandungi Potassium nitrite dapat mengurangkan sensitiviti gigi. Walau bagaimanapun, ia mungkin adalah kurang efektif berbanding ubat gigi standard yang lain.
  • Pradiabetes. Kajian terdahulu menunjukkan bahawa pengambilan dapat merendahkan paras gula darah bagi individu yang mempunyai pradiabetes. Tetapi, ia tidak kelihatan dapat memberi kesan positif pada kadar insulin atau HbA1c. Ia juga tidak meningkatkan keupayaan tubuh untuk memecah dan membersihkan gula dari darah selepas makan.

Di samping keadaan di atas, lebih banyak bukti kajian diperlukan untuk menilai Potassium bagi kegunaan hal-hal seperti:

  • Jerawat
  • Pengambilan alkohol
  • Alergi
  • Penyakit Alzheimer
  • Artritis
  • Kembung perut
  • Penglihatan yang kabur
  • Kanser
  • Sindrom keletihan kronik
  • Kolitis
  • Kekeliruan
  • Sembelit
  • Keletihan dan perubahan emosi pada awal menopaus
  • Demam
  • Penyakit Gout
  • Sakit kepala
  • Serangan jantung
  • Penyakit kolik pada bayi
  • Rintangan insulin
  • Kerengsaan
  • Penyakit Ménière
  • Tanda-tanda menopaus
  • Kelemahan otot
  • Distrofi otot.
  • Myasthenia gravis
  • Masalah kulit.
  • Tekanan
  • Masalah tidur (insomnia)
  • Keadaan-keadaan lain

Kesan Sampingan Potassium

Potassium adalah jalan penyelesaian yang selamat untuk kebanyakan orang apabila diambil secara oral dalam jumlah sehingga 100 mEq, atau apabila diberi secara intravena (oleh IV) oleh pakar perubatan. Namun begitu, ada juga sesetengah individu yang mengalami sakit perut, mual, cirit-birit, muntah atau keadaan bergas dalam usus disebabkan Potassium.

Terlalu banyak Potassium adalah tidak selamat dan boleh menyebabkan perasaan membakar atau kebas, kelemahan umum, lumpuh, kekeliruan mental, tekanan darah yang rendah, degupan jantung yang tidak teratur atau kematian.

Langkah berjaga-jaga dan Amaran Penggunaan Potassium

  • Kehamilan atau menyusu: Potassium adalah selamat apabila diambil dalam jumlah 40 hingga 80 mEq sehari. Tetapi, pengambilan yang terlalu banyak boleh membahayakan terutama bagi ibu mengandung atau yang menyusukan bayi mereka.
  • Alergi kepada produk aspirin atau tartrazin: Elakkan suplemen yang mengandungi tartrazin.
  • Dialisis: Kadar Potassium darah mungkin menjadi tinggi atau rendah bagi individu yang menjalani dialisis. Tahap Potassium ini boleh berbeza bergantung pada jenis dialisis yang digunakan. Jika anda menerima dialisis, anda mungkin perlu menambah atau mengehadkan pengambilan Potassium di bawah bimbingan pakar perubatan.
  • Gangguan saluran pencernaan yang mungkin mengubah aliran makanan dan suplemen dalam badan (keadaan pergerakan GI): Jika anda mempunyai salah satu daripada gangguan ini, jangan ambil suplemen kerana ia boleh meningkat sehingga ke paras yang berbahaya dalam badan anda.
  • Penyakit buah pinggang: Gunakan Potassium hanya dengan nasihat dan penjagaan berterusan daripada pakar perubatan jika anda mengalami masalah buah pinggang.

Interaksi Potassium

Interaksi Sederhana

Berhati-hati dengan gabungan ini:

  • Ubat tekanan darah tinggi (perencat ACE) berinteraksi dengan Potassium

Sesetengah ubat untuk tekanan darah tinggi boleh meningkatkan kadar Potassium dalam darah seperti captopril (Capoten), enalapril (Vasotec), lisinopril (Prinivil, Zestril), ramipril (Altace) dan lain-lain.

  • Ubat tekanan darah tinggi (Angiotensin reseptor blockers (ARBs)) berinteraksi dengan Potassium

Sesetengah ubat untuk tekanan darah tinggi boleh meningkatkan kadar Potassium dalam darah seperti losartan (Cozaar), valsartan (Diovan), irbesartan (Avapro), candesartan (Atacand), telmisartan (Micardis), eprosartan (Teveten) dan lain-lain.

  • Pil air (diuretik potassium-sparing) berinteraksi dengan Potassium

Sesetengah “pil air” boleh meningkatkan paras Potassium dalam badan seperti amilorida (Midamor), spironolactone (Aldactone) dan lain-lain serta triamterene (Dyrenium).

Dos Potassium

Pada bulan Mac 2019, Akademi Sains, Kejuruteraan dan Perubatan Kebangsaan (NASEM) memutuskan bahawa terdapat bukti yang tidak mencukupi untuk menentukan cadangan pengambilan (RDA) Potassium yang sesuai. Dengan itu, mereka menentukan bahawa pengambilan yang mencukupi atau AI (pengambilan pada tahap ini diandaikan untuk memastikan kadar nutrisi yang mencukupi) adalah 3,400 mg bagi  lelaki berumur 19 tahun dan ke atas serta 2,300 mg bagi wanita berumur 19 ke atas.

Variasi AI ini bergantung kepada jantina, umur, dan faktor kehamilan dan penyusuan. Ini adalah perubahan yang dilakukan berbanding cadangan sebelumnya yang mendorong individu dewasa untuk mengambil 4,700 mg Potassium setiap hari. Perlu diingatkan juga bahawa AI baharu tidak boleh diguna pakai bagi individu yang mengalami masalah pengeluaran Potassium kerana keadaan perubatan (contohnya penyakit buah pinggang) atau penggunaan ubat-ubatan yang merosakkan pengeluaran Potassium.

Sumber:

https://www.webmd.com/diet/foods-rich-in-potassium

https://www.medicalnewstoday.com/articles/287212

https://www.healthline.com/nutrition/what-does-potassium-do

https://www.healthline.com/health/potassium

Summary
Potassium
Article Name
Potassium
Description
Potassium adalah salah satu daripada tujuh makromineral yang penting. Badan manusia memerlukan sekurang-kurangnya 100 miligram potassium.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: