Pompholyx
‘Pompholyx’ adalah masalah kulit yang menyebabkan lepuhan kecil, kulit kering dan gatal. Ia biasanya terjadi pada bahagian jari, tangan dan kaki. Selain itu, penyakit ini juga dikenali sebagai ekzema dishidrotik (DE) atau ekzema palmoplantar akut.

‘Pompholyx’ adalah masalah kulit yang menyebabkan lepuhan kecil, kulit kering dan gatal. Ia biasanya terjadi pada bahagian jari, tangan dan kaki. Selain itu, penyakit ini  juga dikenali sebagai ekzema dishidrotik (DE) atau ekzema palmoplantar akut.

Ekzema jenis ini adalah keadaan yang kronik (jangka panjang). Dengan bantuan rawatan, kebanyakan orang dapat mengawal gejala mereka. Seterusnya, penyakit Pompholyx ini tidak menular (tidak boleh berjangkit daripada individu kepada individu lain).

Simptom Pompholyx

Masalah kulit ini boleh menyebabkan gejala buat seketika dan hilang begitu sahaja. Tanda-tandanya mungkin bertahan selama beberapa minggu pada suatu masa. Antaran simptom yang paling biasa termasuklah:

  • Lengkungan kecil dan keras di sisi jari, tapak tangan dan tapak kaki.
  • Kulit yang gatal atau bersisik di sekitar lepuhan.
  • Rasa sakit pada atau sekitar lepuhan.
  • Kulit yang terkena lepuh menjadi kering.
  • Kering, kulit retak yang muncul sebagai lepuhan yang pudar
  • Kulit menjadi tebal di mana adanya kulit gatal atau melepuh.

Kulit pada jari, tangan dan kaki anda boleh menebal jika ia tercedera atau tercalar dengan kerap. Lepuhan besar atau kawasan lepuhan yang besar mungkin boleh dijangkiti dan jadi menyakitkan.

Punca Pompholyx

Penyebab sebenar penyakit Pompholyx ini tidak diketahui. Ia mungkin dicetuskan daripada keadaan seperti:

  • Tekanan yang meningkat.
  • Alergi, termasuklah demam Hay.
  • Tangan dan kaki yang kerap berpeluh.
  • Pendedahan atau mengalami alahan kepada bahan-bahan tertentu seperti simen, nikel, kobalt atau kromium.

Diagnosis Pompholyx

Dalam kebanyakan kes, doktor boleh mendiagnosis keadaan ini berdasarkan ujian fizikal. Tiada ujian makmal khusus boleh mengesahkan diagnosis Pompholyx, tetapi doktor mungkin mencadangkan ujian tertentu untuk menolak masalah kulit lain yang mempunyai gejala yang sama.

Sebagai contoh, sampel kulit anda boleh dikikis bagi menguji jenis kulat yang menyebabkan jangkitan kulat. Di samping itu, alahan dan sensitiviti kulit boleh diketahui dengan mendedahkan kulit anda kepada pelbagai bahan.

Faktor Risiko Pompholyx

Faktor risiko penyakit Pompholyx termasuklah:

  • Tekanan. Penyakit kulit ini sering terjadi jika anda mengalami tekanan emosi atau fizikal.

  • Pendedahan kepada logam tertentu. Ini termasuklah kobalt dan nikel yang biasanya dijumpai dalam persekitaran perindustrian.

  • Kulit sensitif. Individu yang mengalami ruam selepas bersentuhan dengan perengsa tertentu lebih cenderung untuk mengalami Pompholyx.

  • Dermatitis atopik. Sesetengah orang yang mempunyai dermatitis atopik juga boleh mengalami penyakit Pompholyx.

Rawatan Pompholyx

Bergantung pada betapa parahnya tanda dan gejala anda, pilihan rawatan termasuklah:

  • Kortikosteroid. Krim dan minyak kortikosteroid yang kuat boleh membantu mempercepatkan penyembuhan lepuhan. Membungkus kawasan yang dirawat dalam balutan plastik boleh meningkatkan penyerapan ubat ini. Selain itu, pemampat lembap juga boleh digunakan selepas meletakkan ubat kortikosteroid bagi meningkatkan penyerapan ubat.

Dalam kes yang serius, doktor mungkin akan menetapkan pil kortikosteroid, seperti prednisone. Namun, penggunaan dalam jangka panjang boleh menyebabkan kesan sampingan yang serius.

  • Fototerapi. Jika rawatan lain tidak berkesan, doktor boleh mengesyorkan sejenis terapi cahaya khas yang menggabungkan pendedahan kepada cahaya ultraviolet dengan ubat-ubatan. Ini boleh membantu menjadikan kulit anda lebih mudah menerima kesan cahaya jenis ini.
  • Krim pencegah imun. Ubat seperti tacrolimus (Protopic) dan pimecrolimus (Elidel) mungkin berkesan bagi individu yang ingin mengehadkan pendedahan mereka kepada steroid. Kesan sampingan ubat ini adalah peningkatan risiko jangkitan kulit.
  • Suntikan toksin botulinum. Sesetengah doktor boleh mengesyorkan suntikan toksin botulinum untuk merawat kes-kes Pompholyx yang teruk.

Kredit: Gambar diambil daripada sumber https://patienttalk.org/pompholyx-what-you-need-to-know/

SUMBER

https://eczema.org/information-and-advice/types-of-eczema/pompholyx-eczema-2/

https://www.nhs.uk/conditions/pompholyx/

Summary
Pompholyx (Ekzema Dishidrotik) - Simptom, Punca, Diagnosis, Faktor Risiko dan Rawatan
Article Name
Pompholyx (Ekzema Dishidrotik) - Simptom, Punca, Diagnosis, Faktor Risiko dan Rawatan
Description
‘Pompholyx’ adalah masalah kulit yang menyebabkan lepuhan kecil, kulit kering dan gatal. Ia biasanya terjadi pada bahagian jari, tangan dan kaki.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: