politeknik ibrahim sultan

Politeknik Sultan Ibrahim yang dibuka kepada pelajar pada bulan Julai 1998 dulunya dikenali sebagai Politeknik Johor Bahru.

Pada tahun 1991, perancangan awal untuk mendirikan politeknik ini bermula dengan mencari tempat yang sesuai di sekitar kawasan Johor Bahru yang akhirnya Ladang kelapa sawit seluas 100 ekar Lot 1957, Mukim Plentong, Daerah Johor Bahru telah terpilih.

Kawasan itu terpilih untuk mendirikan politeknik kerana keadaan tanahnya yang sesuai dan berdekatan dengan kawasan perindustrian Pasir Gudang. Nama politeknik ini adalah bersempena nama Sultan Johor iaitu Sultan Ibrahim.

Disini ditawarkan 6 jurusan pembelajaran iaitu Kejuruteraan Mekanikal, Kejuruteraan Elektrik, Reka Bentuk dan Komunikasi Visual, Pengajian Am Perhotelan dan Pelancongan, dan Matematik dan Sains Komputer.

Hotel berhampiran Politeknik Sultan Ibrahim

Anda atau ahli keluarga diterima masuk ke politeknik ini? Tahniah jika ya, perjalanan hidup anda yang hebat baru hendak bermula. Tapi sekarang anda pasti sedang mencari tempat penginapan berhampiran politeknik ini bukan? Kerana anda mahu menghantar anak atau adik-adik anda mendaftar masuk ke politeknik ini.

Ataupun, anda sedang bercuti dan tengah berada berhampiran politeknik Sultan Ibrahim. Sekiranya anda mencari tempat penginapan berhampiran politeknik ini, kami akan membantu anda.

Di sini kami senaraikan beberapa hotel berhampiran Politeknik Sultan Ibrahim yang anda boleh pilih untuk menginap.

1. Floral Hotel

Floral Hotel terletak di di Pasir Gudang dan 30 minit jarak pemanduan dari Johor Bahru City Square dan 45 minit pemanduan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Senai.

Selain dilengkapi akses WiFi percuma, berhawa dingin, TV, bilik mandi peribadi serta penerimaan tetamu 24 jam, Hotel Floral juga mempunyai dekorasi moden yang unik dan biliknya dilengkapi dengan lantai kayu.

2. Peach Hill Hotel & Cafe

Hotel 3 bintang Peach Hill Hotel & Café ini terletak 5 minit pemanduan dari Today’s Market dan dekat dengan KIP Mart. Dilengkapi dengan televisyen, internet tanpa wayar percuma dan kawalan iklim, hotel ini menyediakan 48 bilik tamu untuk penginapan yang menyenangkan di Masai.

Dari sini, anda boleh menikmati makanan Asia dan Cina di Restoran YX dalam jarak 5 minit berjalan kaki dari hotel. Kite Museum pula tidaklah begitu jauh, iaitu berjarak 2.7 km atau 25 minit pemanduan dari hotel.

3. Hotel De’ Tees, Masai Utama

Hotel De ‘Tees terletak pada jarak 30 minit pemanduan dari Lego Land dan Desaru dan sekitar 25 minit pemanduan dari Bandaraya Johor Bahru . Outlet Premium Johor dan Lapangan Terbang Antarabangsa Senai pula berjarak 40 minit pemanduan.

Hotel ini memiliki dekorasi moden di mana terdapat bilik mandi peribadi dilengkapi dengan pancuran mandian air panas. Selain itu, semua bilik dilengkapi dengan lantai jubin dan TV layar datar.

Selain menawarkan kaunter penerimaan tetamu 24 jam dan tempat letak kenderaan percuma, hotel ini juga ada Wi-Fi percuma di seluruh kawasan untuk tetamu.

4. D Elegance Grand Bandar Seri Alam

Selain menyediakan taman, teres dan parkir valet, hotel 3 bintang ini juga mempunyai kaunter penerimaan tetamu 24 jam, layanan bilik dan pertukaran mata wang untuk para tetamu. Bukan itu sahaja, di sini juga ada sarapan kontinental atau à la carte.

D Elegance Grand Bandar Seri Alam terletak 13 km dari Johor Bahru dan 27 km dari adalah Lapangan Terbang Antarabangsa Senai. Anda pasti dapat berehat dengan tenang di sini kerana semua bilik dilengkapi dengan TV layar datar dengan saluran satelit, cerek, bidet, pengering rambut, almari pakaian, WiFi percuma dan penyaman udara.

5. 7 Heaven Boutique Hotel 

7 Heaven Boutique Hotel, Pasir Gudang terletak 20 km dari Johor Bahru dan , 27 km dari Lapangan Terbang Antarabangsa Senai.

Hotel ini menawarkan kemudahan bilik yang dilengkapi dengan penyaman udara, TV layar datar dengan saluran satelit, cerek, bidet, pengering rambut, almari pakaian dan bilik mandi peribadi.

Bukan itu sahaja, hotel ini juga menawarkan kaunter penerimaan tetamu 24 jam, WiFi percuma, bilik keluarga dan restoran.

Akhir sekali,

Diharapkan perkongsian ini dapat memberi sedikit info mengenai Politeknik Sultan Ibrahim serta dapat membantu anda untuk mencari tempat penginapan sekiranya berada berdekatan politeknik ini.

Sumber:

https://www.booking.com/hotel/my/floral-hotel.html

https://vectorise.net/logo/2011/12/12/politeknik-ibrahim-sultan/

https://peach-hill-hotel-masai.booked.net

https://www.booking.com/hotel/my/de-tees.html

https://www.booking.com/hotel/my/d-elegance-grand-bandar-seri-alam.html

https://www.booking.com/hotel/my/7-heaven-boutique.html

https://afterschool.my/bm/berita/tawaran-kemasukan-ke-politeknik-ibrahim-sultan

Summary
Politeknik Sultan Ibrahim dan 5 Hotel Berdekatannya
Article Name
Politeknik Sultan Ibrahim dan 5 Hotel Berdekatannya
Description
Politeknik Sultan Ibrahim yang dibuka kepada pelajar pada bulan Julai 1998 dulunya dikenali sebagai Politeknik Johor Bahru.
Author
Publisher Name
CERIA SIHAT
Tagged: