POLIPS HEMPEDU
Polips hempedu adalah pertumbuhan tisu kecil yang tidak normal dengan tangkai yang menonjol dari lapisan dalam pundi hempedu. Ia sering berlaku.

Polips hempedu adalah pertumbuhan tisu kecil tidak normal dengan tangkai yang menonjol dari lapisan dalam pundi hempedu. Ia adalah satu keadaan yang sering berlaku.

Seterusnya, pundi hempedu adalah organ kecil yang menyimpan dan menyebarkan hempedu daripada hati ke usus kecil.

Walaupun keadaa polips ini boleh menjadi kanser (malignan), kira-kira 95 peratus polips tidak bersifat kanser (tidak berbahaya).

Ukuran polips pundi hempedu sering kali menunjukkan adanya kanser:

  • kecil – berdiameter kurang dari 1/2 inci serta biasanya tidak berbahaya dan dalam kebanyakan kes, tidak perlu dirawat.
  • sederhana besar – berdiameter lebih besar dari 1/2 inci serta lebih berkemungkinan menjadi berbahaya.
  • besar – berdiameter lebih besar daripada 3/4 inci serta mempunyai kebarangkalian tinggi untuk menjadi malignan.

Simptom Polips Hempedu

Dalam kebanyakan kes, individu yang mengalami keadaan ini tidak menunjukkan sebarang simptom. Namun, ada beberapa individu yang mengalami:

  • rasa sakit sesekali di bahagian kanan atas perut (hipokondrium)
  • loya
  • muntah

Punca dan Faktor Risiko Polips Hempedu

Individu dengan kadar kolesterol atau garam yang tinggi dalam hempedu mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mendapat masalah ini.

Masalah kesihatan berikut boleh meningkatkan risiko seseorang seperti:

  • Masalah poliposis keturunan, keadaan yang diwarisi
  • Sindrom Gardner, sejenis poliposis keturunan
  • Sindrom Peutz-Jeghers, keadaan genetik
  • Hepatitis B, jangkitan yang boleh menjadi serius atau kronik

Diagnosis Polips Hempedu

Kebanyakan keadaan ini didiagnosis semasa doktor anda memeriksa untuk penyakit lain yang tidak berkaitan.

Sekiranya doktor bimbang bahawa anda mungkin menghidapnya, mereka mungkin melakukan ujian untuk mendiagnosis polip dan ukurannya. Ujian yang boleh dibuat merangkumi:

  • ultrasound perut, prosedur tidak invasif
  • ultrasound endoskopi, prosedur kurang invasif

Rawatan Polips Hempedu

Rawatan polips adalah berkaitan dengan ukuran pertumbuhan.

Untuk polip berdiameter kurang dari 1/2 inci, doktor anda mungkin menjadualkan ultrasound biasa untuk memantau pertumbuhan serta sebarang perubahan yang mungkin menunjukkan tanda kanser. Malah, doktor juga mungkin mengesyorkan prosedur ultrasound perut atau endoskopi.

Seterusnya, bagi polips berdiameter lebih besar dari 1/2 inci, doktor mungkin mengesyorkan anda melakukan pembedahan untuk membuang pundi hempedu. Prosedur ini dipanggil kolesistektomi.

Kebanyakan doktor mengesyorkan rawatan ini sekiranya anda mempunyai kedua-dua masalah iaitu polips dan batu hempedu.

Sumber:

https://www.healthline.com/health/gallbladder-polyps#treatment

https://www.medicalnewstoday.com/articles/326818#complications

https://www.webmd.com/digestive-disorders/picture-of-the-gallbladder

https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/gallbladder-cancer/symptoms-causes/syc-20353370

Summary
Polips Hempedu : Simptom, Punca, Faktor Risiko, Diagnosis, Rawatan
Article Name
Polips Hempedu : Simptom, Punca, Faktor Risiko, Diagnosis, Rawatan
Description
Polips hempedu adalah pertumbuhan tisu kecil yang tidak normal dengan tangkai yang menonjol dari lapisan dalam pundi hempedu. Ia sering berlaku.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: