polio
Polio pernah menjadi salah satu penyakit yang paling ditakuti namun penciptaan vaksin pada tahun 1950-an telah mengakhiri ancaman tersebut.

Polio atau ‘Poliomyelitis’ pernah menjadi salah satu penyakit yang paling ditakuti namun penciptaan vaksin pada tahun 1950-an telah mengakhiri ancaman tersebut. Kebanyakan negara kini bebas penyakit Polio.

Seterusnya, penyakit Polio adalah panggilan ringkas untuk “poliomyelitis.” Ia adalah virus yang mudah tersebar dalam kalangan orang yang tidak mengambil vaksin. Dalam bentuk yang paling parah, ia boleh menyerang saraf tunjang dan otak lalu menyebabkan kelumpuhan.

Individu daripada pelbagai peringkat umur boleh mendapat Polio, namun kanak-kanak di bawah umur 5 tahun mempunyai risiko paling tinggi untuk mendapatkannya.

Simptom Polio

Kebanyakan orang yang mendapat virus Polio tidak mempunyai sebarang gejala. Kira-kira 1 daripada 4 orang akan mengalami gejala yang kelihatan seperti selesema, seperti:

  • Sakit tekak.
  • Keletihan.
  • Sakit perut.
  • Demam.
  • Sakit kepala.
  • Sakit belakang, leher atau kebas.
  • Kelemahan otot.

Gejala-gejala “polio bukan paralitik” seperti ini biasanya tidak menyebabkan anda menjadi lumpuh. Malah, ia selalunya sembuh dengan sendiri dalam masa 10 hari. Sebilangan kecil orang mempunyai jenis Polio atau ‘Poliomyelitis’ lebih teruk yang dikenali sebagai “polio paralitik.” Jika anda memilikinya, gejala anda akan bermula seperti gejala ringan seperti yang dimaklumkan di atas. Dalam masa seminggu, anda juga akan mula mengalami:

  • Kehilangan refleks.
  • Kesakitan atau kelemahan otot yang serius.
  • Anggota badan yang lemah.
  • Rasa mencucuk di kaki anda.
  • Kelumpuhan pada lengan, kaki atau kedua-duanya.
  • Meningitis (jangkitan di otak, saraf tunjang atau kedua-duanya).

Polio boleh mengancam nyawa jika otot-otot yang digunakan bagi proses pernafasan menjadi lemah sehingga tidak lagi berfungsi.

Punca Polio

Virus Polio biasanya memasuki persekitaran najis seseorang yang dijangkiti. Di kawasan yang mempunyai tahap sanitasi atau kebersihan yang buruk, virus itu mudah tersebar daripada kotoran ke dalam bekalan air atau melalui sentuhan kepada makanan.

Di samping itu, hubungan langsung dengan orang yang dijangkiti virus juga boleh menyebabkan penyakit Polio.

Individu yang membawa virus Polio boleh menyebarkannya melalui najisnya sendiri selama berminggu-minggu, walaupun mereka tidak menunjukkan sebarang gejala pada diri sendiri.

Jika virus telah memasuki badan individu, maka ia akan menjejaskan sel-sel di tekak dan usus.

Virus tersebut akan kekal di dalam usus sebelum merebak ke bahagian badan yang lain. Akhirnya, virus itu bergerak ke aliran darah di mana ia dapat tersebar ke seluruh tubuh dengan lebih baik.

Diagnosis Polio

Tiada ujian diagnosis tertentu boleh dibuat untuk mengetahui sindrom pasca-polio. Diagnosis yang dibuat hanyalah berdasarkan sejarah perubatan, ujian fizikal dan menolak keadaan kesihatan lain yang boleh menyebabkan tanda-tanda dan gejala penyakit poliomyelitis ini.

Petunjuk sindrom pasca-polio

Bagi mendiagnosis sindrom pascapolio, para doktor akan mencari tiga indikator iaitu:

  • Pernah didiagnosis dengan penyakit Polio sebelum ini. Ini mungkin memerlukan pencarian catatan perubatan terdahulu atau mendapatkan maklumat daripada ahli keluarga yang lebih tua.
  • Jarak waktu panjang selepas pemulihan. Individu yang pulih daripada serangan awal Polio selalunya hidup selama bertahun-tahun tanpa sebarang tanda atau gejala lanjut. Permulaan kesan yang lewat mungkin bervariasi tetapi biasanya bermula sekurang-kurangnya 15 tahun selepas diagnosis awal dibuat.
  • Permulaan yang beransur-ansur. Simptom kelemahan iaitu kesan yang lewat biasanya terjadi pada otot yang terjejas pada peringkat awal penyakit Polio. Kelemahan ini biasanya tidak ketara sehingga mengganggu aktiviti harian. Anda mungkin berasa segar pada awalnya tetapi berasa letih pada waktu petang dan penat selepas melakukan aktiviti ringan.

Memandangkan tanda-tanda dan simptom sindrom pascapolio adalah sama dengan gangguan lain, doktor akan cuba untuk mengecualikan sebab-sebab lain seperti artritis, fibromialgia, sindrom keletihan kronik dan skoliosis.

– Ujian untuk menolak syarat-syarat lain

Oleh sebab tiada ujian lain boleh mengesahkan diagnosis sindrom pascapolio, doktor mungkin akan menggunakan ujian tertentu untuk menolak syarat-syarat lain, termasuk:

  • Elektromiografi (EMG) dan kajian pengaliran saraf. Elektromiografi akan mengukur pelepasan elektrik kecil yang dihasilkan dalam otot. Elektrod jarum nipis dimasukkan ke dalam otot untuk dikaji. Instrumen ini kemudian boleh mencatat aktiviti elektrik di otot semasa anda berehat serta ketika anda mengecutkan otot.

Dalam variasi EMG yang dikenali sebagai kajian konduksi saraf, dua elektrod yang dibenamkan ke kulit di atas saraf akan dikaji. Kejutan kecil akan melalui saraf untuk mengukur kelajuan isyarat saraf. Ujian ini membantu mengenal pasti dan mengecualikan keadaan seperti keadaan saraf tidak normal (neuropati) dan gangguan tisu otot (miopati).

  • Ujian pengimejan. Doktor mungkin mengesyorkan anda membuat imbasan MRI atau CT untuk melihat imej otak dan saraf tunjang anda. Ujian ini dapat membantu mengecualikan masalah gangguan tulang belakang, seperti keadaan tulang belakang degeneratif spondilosis atau penyempitan ruang tulang belakang yang memberikan tekanan pada saraf (stenosis tulang belakang).
  • Biopsi otot. Biopsi otot mungkin dilakukan untuk membantu doktor mencari bukti tentang keadaan lain yang boleh menyebabkan kelemahan otot.
  • Ujian darah. Individu yang mengalami sindrom pascapolio biasanya mempunyai keputusan ujian darah biasa. Hasil ujian darah yang tidak normal dapat menunjukkan masalah asas yang menyebabkan gejala anda.

Faktor Risiko Polio

Faktor-faktor yang boleh meningkatkan risiko anda membangunkan sindrom pasca-poliomyelitis termasuk:

  • Tahap keparahan jangkitan Polio terdahulu. Semakin teruk jangkitan awal, semakin besarlah kemungkinan anda mempunyai tanda-tanda dan gejala sindrom pascapolio.
  • Umur anda ketika permulaan penyakit awal. Sekiranya anda mendapat penyakit Polio semasa remaja atau dewasa bukannya sebagai seorang kanak-kanak, peluang anda mendapat sindrom pascapolio adalah lebih tinggi.
  • Pemulihan. Semakin besar pemulihan anda selepas Polio akut, semakin besar kemungkinan terjadinya sindrom pascapolio. Ia mungkin terjadi sebegini kerana pemulihan yang lebih besar boleh memberikan tekanan tambahan pada neuron motor.
  • Aktiviti fizikal yang berlebihan. Sekiranya anda kerap bersenam hingga keletihan atau kelelahan, anda mungkin telah menyebabkan neuron motor bekerja dengan terlalu keras dan meningkatkan risiko anda terhadap sindrom pascapolio.

Rawatan Polio

Tiada rawatan yang khusus bagi merawat pelbagai tanda dan gejala penyakit Polio atau poliomyelitis. Matlamat rawatan yang dibuat hanyalah untuk menguruskan simptom-simptom dan membantu anda berasa selesa dan berdikari:

  • Pemuliharaan tenaga. Ini melibatkan penetapan intensiti aktiviti fizikal dan berehat secara kerap untuk mengurangkan keletihan. Peranti bantuan seperti tongkak, ‘walker’, kerusi roda atau skuter motor boleh membantu anda menjimatkan tenaga. Mempunyai tab mandi atau tandas duduk juga mungkin dapat membantu dalam masalah ini. Di samping itu, ahli terapi boleh menunjukkan cara untuk bernafas sambil menjimatkan tenaga.
  • Terapi fizikal. Doktor atau ahli terapi mungkin menetapkan latihan yang boleh membantu menguatkan otot anda tanpa meletihkannya. Ini biasanya termasuklah aktiviti kurang berat, seperti berenang atau aktiviti aerobik air yang anda lakukan setiap hari pada kadar yang santai.

Bersenam untuk mengekalkan kecergasan adalah penting, tetapi elakkan menggunakan otot dan sendi dengan terlalu banyak atau bersenam hingga berasa sakit atau keletihan.

  • Terapi ucapan. Ahli terapi ucapan boleh menunjukkan cara untuk mengimbangi masalah kesukaran untuk menelan. Latihan penguatan suara juga boleh membantu.
  • Rawatan apnea tidur. Anda mungkin perlu menukar corak tidur anda seperti elakkan tidur pada bahagian belakang anda atau menggunakan peranti yang membantu membuka laluan udara semasa tidur.
  • Ubat-ubatan. Ubat tahan sakit seperti aspirin, acetaminophen (Tylenol, lain-lain) dan ibuprofen (Advil, Motrin IB, lain-lain) boleh mengurangkan kesakitan otot dan sendi.

SUMBER

https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/polio/symptoms-causes/syc-20376512

https://www.healthline.com/health/poliomyelitis

https://www.medicalnewstoday.com/articles/155580

Summary
Polio - Simptom, Punca, Diagnosis, Faktor Risiko dan Rawatan
Article Name
Polio - Simptom, Punca, Diagnosis, Faktor Risiko dan Rawatan
Description
Penyakit Polio adalah panggilan ringkas untuk "poliomyelitis." Ia adalah virus yang mudah tersebar dalam kalangan orang yang tidak mengambil vaksin.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: