polidipsia
Polidipsia adalah keadaan dahaga yang mana anda mempunyai keinginan untuk minum sesuatu cecair.

Pengenalan

Polidipsia adalah keadaan dahaga yang mana anda mempunyai keinginan untuk minum sesuatu cecair. Ia berlaku apabila badan anda mengalami dehidrasi disebabkan oleh sesuatu.

Mana-mana keadaan yang boleh mengakibatkan kehilangan air dalam tubuh boleh menyebabkan rasa dahaga atau dahaga yang berlebihan.

Disebabkan inilah, dahaga adalah gejala merupakan ciri-ciri keadaan perubatan tertentu, terutamanya seperti diabetes mellitus.

Di samping itu, keadaan polidipsia ini boleh disertai dengan tanda-tanda dehidrasi lain seperti pengeluaran air kencing yang berkurangan, penurunan kuantiti peluh dan air mata, kekejangan otot, rasa lemah, ringan dan loya. Dehidrasi dan dahaga yang berlaku mungkin bersifat ringan atau teruk, bergantung kepada jumlah kehilangan air dalam badan. Inilah yang mendefinisikan keadaan polidipsia yang merujuk kepada peningkatan atau dahaga yang berlebihan.

Penerangan

Gejala dahaga yang paling jelas adalah rasa kehausan yang melampau. Ini boleh menjadi amat ketara terutama apabila anda masih berasa begini walaupun selepas minum air dengan banyak.

Simptom lain termasuklah:

Anda mungkin melihat tanda-tanda lain jika keadaan ini terjadi disebabkan faktor kesihatan lain  seperti diabetes. Sesetengah simptom kencing manis yang mungkin menyebabkan polidipsia atau rasa dahaga yang berlebihan adalah seperti:

  • Rasa lapar yang tidak normal.
  • Mempunyai penglihatan yang kabur.
  • Keletihan.
  • Kehilangan berat badan yang tidak normal.
  • Mendapat kesakitan atau jangkitan yang kerap.
  • Proses penyembuhan luka atau jangkitan yang lambat.

Minum terlalu banyak air juga boleh mengakibatkan mabuk air, yang kadangkala dipanggil sebagai keracunan air. Melakukan perkara ini boleh mencairkan jumlah natrium dalam darah dan menurunkan tahap natrium darah anda ke tahap yang rendah, yang juga dikenali sebagai hiponatremia. Ini kemudian boleh menyebabkan gejala seperti:

  • Sakit kepala.
  • Perasaan pening atau disorientasi.
  • Kekejangan otot atau kebas.
  • Kejutan yang tidak dapat dijelaskan.

Penyebab yang berkemungkinan

Rasa dahaga boleh berlaku kerana anda tidak meminum air yang cukup selepas  kehilangan banyak cecair. Jika anda berpeluh dengan banyak atau minum cecair tertentu, seperti kopi atau teh hijau dan teh pekat, anda akan sering berasa sangat dahaga kerana tubuh perlu untuk menggantikan cecair yang hilang. Anda boleh merasakan hal ini sama ada anda telah berpeluh atau buang air besar atau tidak. Polidipsia juga boleh berlaku disebabkan keadaan di mana anda membuang air kecil dalam jumlah yang banyak dan dikenali sebagai ‘Poliuria’.

Keadaan dahaga yang melampau juga merupakan gejala awal bagi penyakit diabetes mellitus dan diabetes insipidus. Diabetes mellitus menyebabkan polidipsia kerana paras gula darah anda menjadi terlalu tinggi dan membuatkan anda berasa dahaga, tanpa mengira berapa banyak air yang anda telah minum. Manakala, diabetes insipidus pula berlaku apabila paras cecair dalam badan anda tidak seimbang. Walaupun anda boleh meminum banyak air, anda masih merasakan keperluan untuk minum lebih banyak cecair. Anda juga mungkin buang air kecil dengan banyak walaupun dengan pengambilan air yang kurang.

Penyebab keadaan dahaga yang lain termasuklah:

  • Pengambilan ubatan tertentu, seperti kortikosteroid atau diuretik dalam bentuk pil seperti pil air.
  • Memakan garam atau vitamin D yang banyak dalam makanan atau minuman.
  • Kebosanan atau kebimbangan yang menyebabkan anda minum lebih banyak air kerana kegelisahan.

Bila perlu menghubungi doktor

Sesiapa yang mengalami rasa dahaga yang melampau tanpa sebab yang diketahui perlu berjumpa doktor kerana ia mungkin merupakan petanda bagi penyakit diabetes.

Jika individu tersebut belum pernah mengukur berapa banyak cecair yang diminum setiap hari dan berapa banyak ubat yang mereka ambil, doktor mungkin akan meminta mereka untuk melakukan hal ini.

Di samping itu, cara mudah untuk mengukur cecair yang telah diambil adalah dengan memulakan hari dengan meminum dari bekas air yang boleh diukur dan kemudian hanya meminum dari bekas tersebut sahaja. Isi semula bekas itu sepanjang hari dan lihat berapa banyak kuantiti air yang telah diminum dalam masa 24 jam.

Ini juga mungkin melibatkan sumber lain, seperti buah jus buah dan kopi yang diambil dalam masa itu.

Seterusnya, bagi mengukur pengeluaran air kencing pula, individu boleh menggunakan bekas khusus untuk tujuan pengumpulan.

Jika seseorang sudah didiagnosis dengan diabetes jenis 1 atau jenis 2, mereka harus memeriksa tahap gula darah mereka terlebih dahulu. Tahap glukosa yang sedikit tinggi mungkin dapat dikurangkan melalui senaman atau pengambilan insulin, jika perlu.

Sekiranya rasa dahaga berterusan atau semakin teruk, mereka perlu berjumpa dengan doktor. Ini boleh menunjukkan bahawa mereka memerlukan rawatan untuk DKA, atau mereka mungkin perlu menyesuaikan rawatan sedia ada.

Dengan mengekalkan rekod mengenai tahap dahaga, pengambilan cecair, dan tahap gula darah boleh membantu doktor bagi menentukan langkah yang perlu dilakukan seterusnya.

Doktor juga boleh meminta anda menjalani ujian darah dan ujian air kencing untuk memeriksa kadar gula darah bagi membantu mengenal pasti punca gejala.

Sekiranya tahap gula dalam darah adalah normal, doktor mungkin mencadangkan ujian lain untuk memeriksa:

  • Tahap vasopressin yang rendah.
  • Ketidakseimbangan natrium dan kalium dalam darah.
  • Kekurangan lemak.

Sesetengah ubat boleh menyebabkan atau menjadikan keadan polidipsia dan poliuria yang semakin teruk. Justeru itu, individu haruslah membuat senarai berkenaan semua ubat yang diambil ketika berjumpa dengan doktor.

Rawatan

Dalam sesetengah kes, anda mungkin mengesyaki keadaan dahaga yang sementara tersebut adalah petanda bagi polidipsia. Sebelum berjumpa dengan doktor kerana fahaman sebegitu, kenalpasti dahulu akan perasaan dahaga anda yang melampau seperti:

  • Berapa kerap anda berasa dahaga?
  • Berapa lama anda berasa dahaga pada satu masa?
  • Adakah anda melihat apa-apa gejala lain apabila berasa dahaga?
  • Adakah anda hanya berasa sangat dahaga setelah melakukan aktiviti tertentu?
  • Adakah anda masih berasa sangat dahaga selepas minum 64 oz air atau lebih sepanjang hari?

Berjumpa dengan doktor jika anda perasaan bahawa rasa dahaga yang melampau berlangsung lebih dari beberapa hari dan tidak banyak berubah mengikut tahap aktiviti atau jumlah air yang anda minum. Rawatan untuk keadaan ini mungkin bergantung kepada faktor yang menyebabkannya.

Jika diabetes mellitus menyebabkan polidipsia anda, doktor mungkin akan memberikan ubat untuk mengawal kadar gula darah anda. Anda juga perlu mendapatkan suntikan insulin secara tetap. Di samping itu, doktor juga boleh mengesyorkan anda untuk menguruskan pelan pemakanan bagi mendapatkan diet yang seimbang. Ini boleh membantu mengubati penyakit diabetes anda. Malah, pelan senaman juga dapat membantu menjaga kesihatan anda secara fizikal dan sihat.

Sebaliknya, jika anda mempunyai diabetes insipidus, doktor akan menasihati anda untuk minum pada waktu tertentu. Ini perlu dilakukan untuk memastikan anda tidak mengalami dehidrasi. Doktor juga boleh memberikan ubat untuk mengurangkan gejala yang dialami termasuk desmopressin dalam bentuk pil atau suntikan.

Sekiranya keadaan dahaga anda mempunyai sebab secara psikologi, doktor mungkin menyarankan anda untuk berjumpa seorang kaunselor atau ahli terapi. Mereka akan  membantu anda mengawal perasaan ingin minum air secara kerap dengan lebih baik.

Doktor juga mungkin akan mencadangkan terapi pelakuan behavioral (CBT) jika masalah kesihatan mental yang menyebabkan polidipsia. Ini boleh membantu anda menjadi lebih berhati-hati dengan pencetus yang mungkin menyebabkan adanya keperluan untuk minum dengan terlalu banyak daripada persekitaran atau peribadi. Ia juga boleh mengajar anda bagaimana untuk mengatasi perasaan ini dengan cara yang lebih sihat.

Sumber:

https://www.webmd.com/diabetes/polydipsia-thirsty

https://www.healthline.com/health/diabetes/polydipsia

https://www.diabetes.co.uk/symptoms/polydipsia.html

https://en.wikipedia.org/wiki/Polydipsia

Summary
Article Name
Polidipsia (Polydipsia)
Description
Polidipsia adalah keadaan dahaga yang mana anda mempunyai keinginan untuk minum sesuatu cecair. Ia berlaku apabila badan anda mengalami dehidrasi.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: