pokok hiasan

Sejak wabak Covid-19 ini melanda, ramai orang jarang meninggalkan rumah sekarang dan mereka mula mengambil inisiatif untuk menghias rumah mereka agar kelihatan lebih meriah. Salah satu caranya ialah dengan membeli pokok-pokok hiasan kerana ianya memberikan suasana estetik terutamanya bagi mereka yang mempunyai rumah minimalis. Pokok hiasan merupakan satu kegemaran hiasan kerana ianya memberikan mood yang menenangkan dalam bilik atau ruang. 

Terdapat pelbagai jenis pokok hiasan seperti yang dalam pasu besar, yang gantung, yang dalam pasu kecil. Letakan saja pokok, bilik anda akan terus nampak cantik dan segar. Contoh pokok yang viral, yang ramai orang guna sampai habis terjual di nurseri tanaman ialah pokok lidah jin atau ada orang yang panggil pokok ular. Fungsi pokok dalam rumah dikatakan ialah untuk membersihkan udara dan sudah tentu untuk membekalkan oksigen. Jadi, suhu dalam rumah pun akan turun sedikit.  

Namun begitu, ianya dikatakan sebenarnya berbahaya untuk letakkan pokok dalam rumah. Ada macam-macam pendapat daripada macam-macam orang. 

Keburukan Pokok Hiasan:

Tanah yang digunakan untuk tanam pokok boleh dikatakan berbahaya kerana tanah mempunyai pelbagai jenis mikroorganisma seperti bakteria dan kulat. Lebih-lebih lagi yang dekat dengan akar pokok. Badan manusia memang ada imuniti untuk lawan tapi ada sebab juga kenapa tanah sepatutnya diletakkan di luar rumah. Sistem imunisasi kita tetap boleh terkesan terutama yang ada sistem imunisasi yang lemah. 

Lagi satu sebab paling perlu dielakkan ialah kesan terhadap kanak-kanak dan haiwan peliharaan. Pokok-pokok macam ni rendah dan sangat senang dicapai oleh kanak-kanak terutamanya. Yang menjadikan pokok ni bahaya ialah sebab kandungan bahan aktif yang dipanggil Saponin. Bahan ni kalau termakan, boleh menyebabkan ruam, cirit birit dan muntah. Kita takkan dapat perhatikan anak-anak kecil kita 24 jam. 

Kadang-kadang mesti ada masa yang kita terlepas pandang. Takut-takut kalau masa tu lah anak-anak kita main dengan pokok-pokok ni. Kalau anda tak ada anak kecil sekalipun, pokok ni tetap ada kesan pada haiwan peliharaan anda. Kesan pada haiwan pula seperti keluar air liur berlebihan, kurang selera makan dan muntah-muntah.

Sebagai alternatif, anda boleh mencari tempat yang tinggi sedikit atau yang susah dicapai oleh anak kecil. Kalau nak elak gunakan tanah, anda boleh juga gantikan dengan tanah liat atau air. Tapi kalau gunakan air, kenalah rajin tukar untuk elakkan nyamuk bertelur.

Kesimpulannya, kalau nak tanam pokok dalam rumah, tengok balik tujuannya. Kalau ada anak kecil, tanamlah di tempat yang tinggi sedikit atau paling baik, di luar rumah.

Sumber:

https://www.activif.com/17-cons-drawbacks-and-disadvantages-of-indoor-plants/

Summary
 Pokok Hiasan Dalam Rumah Boleh Memudaratkan Kesihatan
Article Name
Pokok Hiasan Dalam Rumah Boleh Memudaratkan Kesihatan
Description
Sejak wabak Covid-19 ini melanda, ramai orang jarang meninggalkan rumah sekarang dan mereka mula mengambil inisiatif untuk menghias rumah mereka agar kelihatan lebih meriah. Salah satu caranya ialah dengan membeli pokok-pokok hiasan kerana ianya memberikan suasana estetik terutamanya bagi mereka yang mempunyai rumah minimalis. Pokok hiasan merupakan satu kegemaran hiasan kerana ianya memberikan mood yang menenangkan dalam bilik atau ruang.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: