Placenta Previa
Plasenta previa adalah keadaan yang terjadi apabila plasenta menutupi bahagian serviks.

Previa Plasenta adalah keadaan yang terjadi apabila plasenta menutupi bahagian serviks. Keadaan ini boleh menyebabkan pendarahan, terutamanya jika wanita tersebut mengalami kontraksi. Sekiranya plasenta masih menutupi serviks sehingga waktu bersalin semakin hampir, doktor boleh menjadualkan pembedahan caesar untuk mengurangkan risiko pendarahan kepada ibu dan bayi ketika kelahiran.

Simptom Previa Plasenta

Simptom utama Previa Plasenta adalah pendarahan faraj berwarna merah terang tanpa rasa sakit semasa trimester kedua kehamilan. Sesetengah wanita juga mengalami kontraksi.

Namun begitu, kebanyakan wanita yang didiagnosis pada awal kehamilan dapat menyelesaikan masalah tersebut. Apabila rahim semakin membesar, ia boleh meningkatkan jarak antara serviks dan plasenta. Jika lebih banyak plasenta menutupi serviks dan kekal pada kedudukan itu, maka semakin kecil kemungkinan untuk masalah ini diselesaikan.

Punca Previa Plasenta 

Punca sebenar Plasenta Previa masih tidak diketahui.

Diagnosis Plasenta Previa

Previa Plasenta didiagnosis melalui ujian ultrabunyi yang dilakukan semasa pemeriksaan rutin kehamilan atau selepas mengalami simptom pendarahan faraj. Kebanyakan kes didiagnosis semasa ujian ultrabunyi dalam trimester kedua.

Diagnosis memerlukan gabungan ultrabunyi perut dan ultrabunyi ‘transvaginal’ yang dilakukan dengan menggunakan alat seperti tongkat yang diletakkan di dalam faraj anda. Doktor akan menjaga posisi transduser tersebut dalam faraj anda supaya tidak menjejaskan plasenta atau menyebabkan sebarang pendarahan.

Sekiranya doktor mengesyaki anda mempunyai masalah ini, beliau akan mengelakkan pemeriksaan rutin faraj untuk mengurangkan risiko pendarahan yang berat. Anda mungkin perlu melakukan pemeriksaan ultrabunyi tambahan untuk mengesan lokasi plasenta semasa kehamilan anda.

Faktor Risiko Previa Plasenta 

Terdapat banyak faktor yang mempengaruhi keadaan plasenta, termasuklah:

• Bangsa

• Sejarah Merokok

• Tekanan Darah Tinggi

• Pelbagai Gestasi Kehamilan

• Gangguan Pembekuan Darah Ibu

• Sejarah Pembedahan Rahim Seperti Pembedahan Cesar

• Sejarah Masalah Plasenta

• Penyalahgunaan Dadah Oleh Ibu, Seperti Penggunaan Kokain

• Trauma pada Abdomen, Seperti jatuh Atau tertusuk objek Tumpul

• Umur ibu. Wanita berusia lebih dari 40 tahun mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mengalami masalah plasenta

• Air ketuban pecah awal

Rawatan Previa Plasenta 

Masih tiada rawatan perubatan atau pembedahan untuk mengubati Plasenta Previa, tetapi terdapat beberapa pilihan untuk menguruskan pendarahan yang disebabkan oleh Plasenta Previa.

Pengurusan pendarahan bergantung kepada pelbagai faktor, termasuklah:

• Jumlah pendarahan

• Keadaan pendarahan, masih berdarah atau telah berhenti

• Tempoh kehamilan anda

• Kesihatan anda

• Kesihatan bayi anda

• Kedudukan plasenta dan bayi

Jika masalah Previa Plasenta tidak dapat diselesaikan semasa kehamilan anda, matlamat rawatan adalah untuk membantu anda bersalin secepat mungkin. Hampir semua wanita dengan masalah ini memerlukan pembedahan Cesar semasa melahirkan bayi.

  • Untuk pendarahan sedikit atau tiada pendarahan

Doktor mungkin mengesyorkan anda berehat dengan cara mengelakkan aktiviti yang boleh mencetuskan pendarahan seperti seks dan senaman.

Anda mesti sentiasa bersedia untuk mendapatkan rawatan perubatan kecemasan jika anda mula mengalami pendarahan. Segera pergi ke hospital jika pendarahan berlaku secara berterusan atau menjadi lebih parah.

Sekiranya plasenta adalah rendah tetapi tidak menutupi serviks, anda mungkin dapat melahirkan bayi sepeti normal iaitu melalui faraj. Doktor akan membincangkan pilihan tersebut dengan anda.

  • Untuk pendarahan berat

Pendarahan berat memerlukan rawatan perubatan segera di hospital yang terdekat dengan anda. Keadaan ini mungkin memerlukan pemindahan darah.

Doktor mungkin akan merancang pembedahan ‘C-section’ sebaik sahaja bayi dilahirkan dengan selamat, iaitu setelah 36 minggu kehamilan. Walau bagaimanapun, anda mungkin perlu melahirkan bayi lebih awal daripada Tarikh yang sepatutnya jika pendarahan masih berterusan atau jika anda mempunyai pendarahan yang banyak.

Sekiranya proses melahirkan bayi dirancang sebelum 37 minggu, doktor akan menawarkan anda kortikosteroid untuk membantu paru-paru bayi berkembang.

  • Untuk pendarahan yang tidak berhenti

Sekiranya pendarahan anda tidak dapat dikawal atau bayi anda mengalami sebarang masalah dalam rahim, anda mungkin memerlukan pembedahan kecemasan C-section walaupun bayi masih belum matang.

SUMBER

https://www.healthline.com/health/placenta-previa

https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/placenta-previa/symptoms-causes/syc-20352768

https://americanpregnancy.org/pregnancy-complications/placenta-previa/

Summary
Article Name
Previa Plasenta (Placenta Previa) - Simptom, Punca, Diagnosis, Faktor Risiko dan Rawatan
Description
Previa Plasenta adalah keadaan yang terjadi apabila plasenta menutupi bahagian serviks sehingga boleh menyebabkan pendarahan.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: