Plasenta biri-biri
Plasenta biri-biri, seperti semua plasenta mamalia berkembang di dalam rahim biri-biri yang hamil dan berfungsi untuk memberikan oksigen dan nutrien kepada anak biri-biri. Ia dituai semasa anak biri-biri dilahirkan.

Pengenalan

Plasenta adalah organ yang unik untuk mamalia dan menghubungkan janin yang sedang berkembang ke rahim, membekalkan oksigen dan nutrien ke janin di dalam perut ibu. Setelah bersalin dengan janin, plasenta biasanya akan dibuang atau dimakan oleh ibu (pada beberapa jenis haiwan).

Plasenta biri-biri, seperti semua plasenta mamalia berkembang di dalam rahim biri-biri yang hamil dan berfungsi untuk memberikan oksigen dan nutrien kepada anak biri-biri. Ia dituai semasa anak biri-biri dilahirkan.

Kegunaan

Plasenta biri-biri adalah jenis plasenta yang paling biasa digunakan untuk tujuan kosmetik atau perubatan. Ia telah digunakan untuk mempromosikan kesihatan dan kesejahteraan umum selain mempunyai sifat anti-penuaannya yang sangat terkenal. Beberapa faedah kesihatan plasenta biri-biri termasuk:

  • Sifat anti-penuaan boleh meremajakan kulit sehingga menjadikan wajah kelihatan dan rasa yang lebih muda. Ini dilakukan dengan mencegah atau melambatkan penampilan jeragat, pigmentasi dan bintik-bintik gelap. Ia juga meningkatkan penghidratan dan keanjalan kulit sehingga mencegah berlakunya kedutan dan kendur.
  • Ia berpotensi meningkatkan sistem imun dengan pemindahan imunoglobulin atau antibodi pasif.
  • Ia meningkatkan metabolisme dan meningkatkan tenaga dan daya hidup.
  • Ia mempunyai sifat antioksida yang melindungi sel daripada menjadi rosak. Ini mencegah pigmentasi kulit yang tidak rata kerana sifatnya yang mengatur melanin.
  • Ini membantu dalam proses detoksifikasi hati dengan membuang bahan kimia yang berbahaya.
  • Kandungan hormonnya yang kaya membantu mengatur kitaran haid, sakit ketika haid dan gejala menopaus.
  • Kehadiran asid ‘hyaluronic’ dan faktor pertumbuhan lain menghasilkan rambut dan kuku yang kuat.
  • Plasenta biri-biri mempunyai sifat penyembuhan yang telah digunakan secara efektif dalam mengubati masalah bisul, penyakit keradangan pinggul serta bahkan penyakit jantung.
  • Gonadotropin ‘chorionic’ dari plasenta telah digunakan dalam rawatan masalah obesiti, insomnia, kemurungan, asma, gastritis, neurosis, kerosakan jantung, hiperlipidemia, ekzema, glaukoma dan alkoholisme.
  • Ini adalah ‘aphrodisiac’ yang telah digunakan sejak berabad-abad lamanya dan kononnya boleh meningkatkan tenaga seksual, walaupun kesannya yang baik tidak disahkan oleh penyelidikan.
  • Ia mempunyai kesan anti-parut dan mendorong proses penyembuhan tisu apabila digunakan secara berkala.
  • Ia membantu dalam masalah kemandulan wanita dan tiub fallopio tersumbat kerana komponen hormon dan enzimnya.

Kesan sampingan

Kesan sampingan akibat suplemen ini boleh berlaku disebabkan pergolakan hormon kerana kepekatan estrogen dan progesteron yang tinggi. Jika ada, kesan sampingan kerana bahan aktif lain jarang berlaku.

Plasenta biri-biri telah digunakan sejak zaman kuno dan memberi kesan yang baik. Walaupun terdapat kesan sampingan yang sedikit atau tiada langsung berkaitan penggunaan plasenta biri-biri, ianya adalah penting untuk mempertimbangkan sumber plasenta biri-biri anda untuk diambil atau diaplikasikan.

Sebaiknya, berjumpa dengan ahli farmasi atau doktor sebelum mengambil produk ekstrak plasenta biri-biri. Selain itu, terdapat kekurangan maklumat mengenai ekstrak plasenta biri-biri yang diuji pada wanita hamil atau menyusukan bayi. Oleh itu, penggunaan produk ekstrak plasenta bayi-bayi oleh golongan ini tidak digalakkan.

Dos

Kekuatan ekstrak suplemen ini diukur dengan nisbah pengekstrakannya. Semakin tinggi nisbah plasenta biri-biri yang baru diekstrak, ini bermaksud ia mengandungi kadar ekstrak plasenta yang lebih tinggi. Sebagai contoh, 200mg ekstrak plasenta biri-biri dengan nisbah pengekstrakan 1:20 bersamaan dengan 4000 mg plasenta segar. Kekuatan produk ekstrak suplemen yang berdaftar adalah antara 150mg hingga 600mg, iaitu bersamaan dengan 3000mg hingga 30000mg plasenta segar.

Kredit: Gambar diambil daripada sumber https://shopee.com.my/

SUMBER

http://www.myhealth.gov.my/en/sheep-placenta

https://www.nutrinz.com/blog/sheep-placenta-all-about-its-most-alluring-benefits.html

Summary
Plasenta biri-biri
Article Name
Plasenta biri-biri
Description
Plasenta biri-biri, seperti semua plasenta mamalia berkembang di dalam rahim biri-biri yang hamil dan berfungsi untuk memberikan oksigen dan nutrien kepada anak biri-biri. Ia dituai semasa anak biri-biri dilahirkan.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: