Akreta Plasenta adalah keadaan kehamilan serius yang berlaku apabila plasenta tumbuh terlalu dalam pada dinding rahim. Biasanya, plasenta terasing dari dinding rahim selepas bersalin. Namun dalam keadaan ini, sebahagian atau keseluruhan plasenta kekal terlekat di dinding rahim. Ini boleh menyebabkan kehilangan darah yang teruk selepas kelahiran dan plasenta juga mungkin menyerang otot-otot rahim (Inkreta Plasenta) atau tumbuh menembusi dinding rahim (Perkreta Plasenta).
Akreta Plasenta dianggap sebagai komplikasi kehamilan yang berisiko tinggi. Sekiranya keadaan ini didiagnosis semasa kehamilan, anda perlu melahirkan bayi awal melalui pembedahan C-section diikuti dengan pembedahan rahim (histerektomi).
Simptom Akreta Plasenta
Akreta Plasenta selalunya tidak menyebabkan tanda atau simptom semasa kehamilan. Namun begitu, anda mungkin akan mengalami pendarahan faraj semasa trimester ketiga.
Kadangkala, Akreta Plasenta hanya dikesan semasa rutin pemeriksaan ultrabunyi yang dijalankan.
Punca Akreta Plasenta
Akreta Placenta dianggap mempunyai kaitan dengan kelainan pada lapisan rahim, biasanya disebabkan oleh parut yang ditinggalkan selepas pembedahan C-section atau pembedahan rahim yang lain. Dalam kes yang jarang, ia juga boleh berlaku tanpa sejarah pembedahan rahim.
Diagnosis Akreta Plasenta
Jika anda mempunyai faktor risiko untuk Akreta Plasenta semasa kehamilan seperti sebahagian plasenta atau keseluruhannya menutupi serviks (Plasenta Previa) atau pembedahan rahim sebelum ini, doktor akan memeriksa dengan teliti kedudukan plasenta bayi anda.
Melalui ujian ultrabunyi atau MRI, doktor boleh menilai sejauh mana plasenta tertanam di dalam dinding rahim anda.
Faktor Risiko Akreta Plasenta
Banyak faktor yang boleh meningkatkan risiko Akreta Plasenta, termasuklah:
• Sejarah pembedahan rahim. Risiko Akreta Plasenta meningkat dengan pembedahan C-section atau pembedahan rahim lain yang pernah anda jalani.
• Kedudukan plasenta. Jika sebahagian atau keseluruhan plasenta menutupi serviks (Plasenta Previa) atau ia berada di bahagian bawah rahim anda, anda akan mengalami peningkatan risiko Akreta Plasenta.
• Umur ibu. Plasenta Accreta lebih cenderung berlaku pada golongan wanita yang berusia lebih daripada 35 tahun.
• Pernah melahirkan sebelum ini. Risiko Plasenta Accreta meningkat apabila bilangan kehamilan anda bertambah.
Rawatan Plasenta Accreta
Sekiranya doktor anda mengesyaki anda mempunyai Akreta Plasenta, beliau akan bekerjasama dengan anda untuk merancang kaedah yang selamat untuk melahirkan bayi anda.
Dalam kes yang lanjut, pembedahan C-section akan diikuti dengan pembedahan rahim (histerektomi). Prosedur ini juga dipanggil sebagai ‘histerektomi caesar’. Ia dapat membantu mencegah kehilangan darah yang boleh mengancam nyawa ibu yang boleh berlaku jika terdapat percubaan untuk memisahkan plasenta dari rahim.
Sekiranya anda mengalami pendarahan faraj semasa trimester ketiga, doktor boleh mengesyorkan ‘pelvic rest’ atau anda akan dimasukkan ke hospital.
- Sebelum pembedahan
Pasukan penjagaan kesihatan seperti ahli obstetrik dan pakar ginekologi, subspesialis dalam pembedahan pelvik, pasukan anesthesia dan pasukan pediatrik turut terlibat dalam pembedahan tersebut.
Doktor akan membincangkan risiko dan komplikasi yang mungkin berlaku berkaitan dengan Plasenta Accreta. Beliau juga mungkin akan juga membincangkan sebarang kemungkinan anda:
• Menjalani pemindahan darah semasa atau selepas kelahiran
• Perlu dimasukkan ke unit rawatan intensif selepas melahirkan jika anda mengalami pendarahan yang mengancam nyawa
- Semasa pembedahan
Semasa pembedahan C-section, doktor akan mengeluarkan bayi anda melalui pemotongan awal pada perut dan pemotongan kedua di rahim anda. Selepas kelahiran, seorang ahli pasukan penjagaan kesihatan akan membuang rahim anda bersama dengan plasenta yang masih terlekat bagi mengelakkan pendarahan teruk.
Selepas histerektomi dijalankan pula, anda tidak boleh hamil lagi. Jika anda merancang kehamilan pada masa akan datang, bincangkan pilihan yang mungkin tersedia dengan doktor anda.
Bagi kes yang jarang berlaku, rahim dan plasenta mungkin akan dijaga dengan baik, dengan mmembiarkan plasenta hancur dari masa ke semasa. Walau bagaimanapun, pendekatan ini boleh mengakibatkan komplikasi yang serius, termasuklah:
• Pendarahan faraj yang teruk
• Jangkitan
• Keperluan untuk menjalani pembedahan histerektomi pada masa akan datang
SUMBER
https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/placenta-accreta/symptoms-causes/syc-20376431
https://my.clevelandclinic.org/health/diseases/17846-placenta-accreta
https://americanpregnancy.org/pregnancy-complications/placenta-accreta/