gangrenosum pyoderma
Pioderma gangrenosum adalah sejenis penyakit yang jarang berlaku yang menyebabkan luka besar dan menyakitkan (dikenali sebagai ulser) berkembang pada kulit anda.

Pioderma gangrenosum adalah sejenis penyakit yang jarang berlaku yang menyebabkan luka besar dan menyakitkan (dikenali sebagai ulser) berkembang pada kulit anda. Ia sering terjadi di kaki anda.

Penyebab sebenar pioderma gangrenosum tidak diketahui tetapi ia dikategorikan sebagai gangguan sistem imun. Individu yang memiliki penyakit asas tertentu seperti penyakit radang usus atau arthritis mempunyai risiko lebih tinggi untuk menghidap pioderma gangrenosum.

Ulser pyoderma gangrenosum boleh berkembang dengan cepat. Walaupun penyakit ini biasanya sembuh dengan rawatan, tetapi ia boleh berulang dan kembali menyerang pesakit.

Simptom Pioderma Gangrenosum

Pioderma gangrenosum bermula sebagai benjolan atau luka berwarna merah atau ungu yang cepat merebak. Pertumbuhan kecil ini akan berkembang menjadi ulser yang dikelilingi warna biru atau ungu disekitarnya dengan jelas. Saiz dan kedalaman ulser berbeza-beza. Ulser mungkin merebak, melebar dan mendalam dan mungkin menjadi sangat menyakitkan. Dalam kes individu, ulser mungkin terus merebak, kekal dan tidak berubah, atau boleh juga sembuh tanpa rawatan.

Ulser ini boleh menjejaskan mana-mana bahagian badan dan telah dikelaskan kepada empat varian: klasik, atipikal/bullous, pustular, dan vegetatif.

  • Pioderma gangrenosum klasik. Jenis ini kerap berlaku pada kaki dan dicirikan sebagai ulser dalaman. Ulser ini sering bermula sebagai benjolan kecil yang dipenuhi nanah (pustules) yang membesarkan dan merebak dengan cepat. Jenis ini selalunya menyakitkan dan boleh menjejaskan kawasan badan, zakar, kepala dan leher. Pioderma gangrenosum klasik juga berlaku berhampiran bukaan pembedahan (stoma sites) di dalam badan. Keadaan ini dirujuk sebagai gangrenosum pistoderma peristom.
  • Pioderma Gangrenosum atipikal atau bullous. Ia dicirikan oleh luka yang cetek (bullae). Jenis ini menjejaskan tangan pesakit dan dikaitkan dengan penyakit asas terutamanya hematologi seperti leukemia. Sesetengah kes pioderma gangrenosum atipikal sebenarnya mewakili sindrom Sweet.
  • Pustular gangrenosum. Pioderma gangrenosum klasik sering diiringi oleh kehadiran nanah yang bermula dari pustules, yang digelar pustular gangrenosum. Pustular gangrenosum dicirikan oleh lebam yang menyakitkan (pustules) yang sering dijumpai pada lengan dan kaki. Luka-luka ini akhirnya menjadi ulser. Ia sering dikaitkan dengan penyakit radang usus.
  • Pioderma gangrenosum vegetatif. Dikategorikan sebagai ulser kronik yang biasanya tidak menyakitkan.

Simtpom yang dikaitkan dengannya termasuklah demam, sakit sendi (arthralgia), dan rasa sakit yang umum seperti lemah dan pening (malaise). Selain itu ia juga boleh berlaku sebagai ciri sekunder dari gangguan lain seperti kolitis ulseratif atau penyakit Crohn.

Punca Pioderma Gangrenosum

Gangguan autoimun berlaku apabila pertahanan semulajadi tubuh (antibodi) terhadap organisma asing mula menyerang tisu yang sihat tanpa sebab yang tidak diketahui. Walaupun keadaan ini disyaki sebagai penyakit autoimun, punca sebenar pioderma gangrenosum tidaklah diketahui (idiopatik).

Kira-kira 50 peratus daripada kes pioderma gangrenosum dikaitkan dengan penyakit lain, terutamanya penyakit radang usus ulser raditis atau penyakit Crohn. Penyakit lain yang berkaitan dengan pioderma gangrenosum termasuklah rheumatoid arthritis, leukemia myelogenous akut dan kronik, metaplasia myeloid, dan paraproteinemias.

Diagnosis Pioderma Gangrenosum

Doktor akan berbincang dengan anda mengenai sejarah perubatan anda dan menjalankan ujian fizikal. Tiada ujian tunggal yang boleh mengesahkan diagnosis bagi keadaan ini tetapi doktor anda boleh menjalankan pelbagai ujian bagi menolak penyakit lain yang mungkin mempunyai tanda atau gejala yang sama. Ia termasuklah ujian darah, biopsi kulit dan ujian lain.

Faktor Risiko Pioderma Gangrenosum

Faktor tertentu yang boleh meningkatkan risiko penyakit ini adalah seperti:

  • Umur dan jantina anda. Penyakit ini boleh menjejaskan sesiapa sahaja pada semua peringkat umur. Namun, ia lebih cenderung berlaku ke atas individu berumur dalam lingkungan 20 tahun hingga 50 tahun
  • Mempunyai penyakit bengkak usus. Individu yang mengalami penyakit pada saluran pencernaan seperti kolitis ulseratif atau penyakit Crohn berada pada risiko tinggi untuk menghidap pioderma gangrenosum.
  • Mempunyai artritis. Individu dengan arthritis rheumatoid juga berisiko tinggi menghidap pioderma gangrenosum.
  • Mengalami gangguan darah. Pesakit leukemia myelogenous akut, myelodysplasia atau gangguan myeloproliferatif juga berisiko tinggi mendapat pioderma gangrenosum.

Rawatan Pioderma Gangrenosum

Rawatan pioderma gangrenosum bertujuan untuk mengurangkan keradangan, mengawal kesakitan, menggalakkan penyembuhan luka dan mengawal sebarang penyakit dasar. Rawatan bergantung kepada beberapa faktor, termasuklah kesihatan anda, jumlah, saiz, kedalaman dan kadar pertumbuhan ulser pada kulit anda.

Sesetengah pesakit bertindak balas dengan baik terhadap kombinasi pil, krim atau suntikan. Pesakit lain pula mungkin perlu tinggal di hospital atau pusat rawatan untuk menjalani rawatan kecederaan khas. Walaupun selepas rawatan berjaya, tidak mustahil untuk luka baru muncul.

Ubat-ubatan

  • Kortikosteroid. Rawatan lazim yang diberikan adalah dos harian kortikosteroid. Ubat-ubat ini boleh digunakan pada kulit, disuntik ke dalam luka atau diambil secara oral (prednisone). Namun begitu, menggunakan kortikosteroid untuk masa yang lama atau dalam dos yang tinggi boleh menyebabkan kesan sampingan yang serius. Oleh itu, doktor mungkin memberikan ubat steroid-sparing (nonsteroidal) jika anda memerlukan rawatan jangka panjang.
  • Ubat bukan steroid. Ubat bukan steroid yang berkesan adalah siklosporin. Pilihan lain termasuklah mycophenolate (Cellcept), imunoglobulin, dapsone, infliximab (Remicade) dan tacrolimus (Protopic), yang merupakan perencat calcineurin. Cara pengambilannya adalah sama ada disapu pada luka, disuntik atau diambil secara oral, bergantung pada jenis ubat yang digunakan
  • Ubat tahan sakit. Bergantung pada tahap keparahan luka anda, anda mungkin perlu mengambil ubat tahan sakit terutamanya apabila sedang menukar pembalut luka.

– Penjagaan luka

Selain meletakkan ubat secara langsung pada luka anda, doktor atau pakar penjagaan luka akan menutupinya dengan balutan jenis lembap (tidak terlalu basah atau kering) atau balutan elastik. Anda akan diminta untuk sentiasa berhati-hati dan menjaga kawasan yang terjejas.

Ikuti arahan doktor mengenai penjagaan luka. Ini amat penting kerana banyak ubat oral yang ditetapkan untuk pioderma gangrenosum menahan sistem imun anda, justeru boleh meningkatkan risiko jangkitan anda.

– Pembedahan

Oleh kerana pioderma gangrenosum boleh menjadi lebih teruk dengan luka pada kulit, pembedahan untuk membuang tisu mati biasanya tidak dianggap sebagai pilihan rawatan yang baik. Trauma kepada kulit boleh menjadikan ulser sedia ada lagi teruk atau mengakibatkan luka yang baru.

Sekiranya ulser pada kulit anda bersaiz besar, doktor akan mencadangkan graf kulit. Dalam prosedur ini, pakar bedah melekatkan sekeping kulit atau kulit sintetik ke atas luka yang terbuka. Ia akan dilakukan hanya selepas keradangan luka telah hilang dan ulser mula sembuh.

SUMBER

https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/pyoderma-gangrenosum/symptoms-causes/syc-20350386#:~:text=Pyoderma%20gangrenosum%20(pie%2Do%2D,disorder%20of%20the%20immune%20system.

https://www.medscape.com/answers/1294801-87661/what-is-pyoderma-gangrenosum

https://dermnetnz.org/topics/pyoderma-gangrenosum/

https://emedicine.medscape.com/article/1123821-overview

Summary
Pioderma Gangrenosum (Gangrenosum Pyoderma) - Simptom, Punca, Diagnosis, Faktor Risiko dan Rawatan
Article Name
Pioderma Gangrenosum (Gangrenosum Pyoderma) - Simptom, Punca, Diagnosis, Faktor Risiko dan Rawatan
Description
Pioderma gangrenosum adalah sejenis penyakit yang jarang berlaku yang menyebabkan ulser yang menyakitkan pada kulit anda.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: