Produk Cosmoderm
Cosmoderm menjadi pilihan ramai kerana produknya yang bebas paraben, berstatus halal serta selamat digunakan.

Produk Cosmoderm menjadi pilihan ramai kerana produknya yang bebas paraben, berstatus halal serta selamat digunakan. Ini merupakan senarai pilihan produk Cosmoderm terbaik 2020:

1. Cosmoderm Tea Tree Oil Cleanser

Bertekstur krim tapi mampu mencuci kulit dengan lembut dan mendalam tanpa mengeringkan wajah anda.

Mengandungi tea tree oil serta vitamin E membantu membersihkan wajah dengan pantas dari kekotoran serta pori yang tersumbat akibat debu.

Cosmoderm Tea Tree Oil Cleanser

2. Cosmoderm Vitamin E Toning Lotion

Pelembap wajah yang mengandungi ekstrak teh kamomile, lemon dan minyak rosehip membantu melindungi kulit dan memberi keanjalan selepas mencuci muka. Sesuai untuk anda yang jenis kulit kombinasi dan berminyak.

Cosmoderm Vitamin E Toning Lotion

3. Cosmoderm Gentle Cleansing Milky Foam

Sangat sesuai untuk anda yang jenis kulit sensitif, pencuci muka ini mempunyai sabun susu yang lembut dan mengurangkan kesan merta akibat iritasi kulit. Produk Cosmoderm ini juga tidak akan mengeringkan wajah anda

Cosmoderm Gentle Cleansing Milky Foam

4. Cosmoderm Vitamin E Facial Scrub

Masalah jeragat tiada lagi dengan adanya skrub ini.

Ia sangat lembut dan tidak akan membuatkan wajah anda merekah kerana ia kaya dengan antioksidan yang mampu menghidrat kulit kering serta mengekalkan kelembapan dan melembutkan kulit anda.

Cosmoderm Vitamin E Facial Scrub

5. Cosmoderm Luminous Pearl Brightening Night Serum

Ia menggantikan sel mati serta menambah nutrien ke dalam kulit anda akibat stres, cuaca dan persekitaran yang kotor. Ia sangat sesuai pada anda yang akan menganjak ke usia 40-an.

Cosmoderm Luminous Pearl Brightening Night Serum

6. Cosmoderm Gentle Night Revival Cream

Produk Cosmoderm ini adalah kunci utama penjagaan wajah anda, menjadi penghalang kulit dari pencemaran berbahaya. Sangat penting untuk anda yang berkulit kering agar kekal hidrat pada malam. Ia membantu kulit anda tampak segar dan berseri hari demi hari.

7. Cosmoderm Tea Tree Oil Purifying Mask

Masker ini membantu mencuci kulit anda dengan lembut serta mendalam tanpa mengeringkan wajah.

Mengandungi tea tree oil dan vitamin E membantu membersihkan wajah dengan pantas serta daripada pori tersumbat akibat debu.

Malah ia membantu mengawal penghasilan minyak berlebihan serta menghilangkan dan mencegah jerawat degil.

Cosmoderm Tea Tree Oil Purifying Mask

8. Cosmoderm Makeup Remover

Ia sesuai untuk semua jenis kulit, diperkaya dengan anti-oil seed produk 2 dalam 1 ini selamat digunakan pada bahagian sekitar mata serta bibir.

Tak perlu digosok dengan kasar, ia cukup mudah digunakan untuk menanggalkan solekan dan kotoran.

Cosmoderm Makeup Remover

9. Cosmoderm Eye Treatment Gel With Co-Enzyme Q-10

Tiada lagi mata panda!

Ia merupakan cecair penghidratan tanpa minyak yang mengandungi Co-Enzim untuk meningkatkan keanjalan kulit dengan pantas malah mengurangkan garis halus serta kedutan yang terdapat di lingkaran mata anda.

Cosmoderm Eye Treatment Gel With Co-Enzyme Q-10

10. Cosmoderm Vitamin E-Oil with Rosehip Oil

Produk Cosmoderm terakhir ini adalah sebagai pelindung daripada sebarang jerawat yang tidak diingini selain membekalkan kelembapan berpanjangan kepada kulit anda.

Kulit anda akan Nampak lebih sihat, cerah dan bermaya.

Cosmoderm Vitamin E-Oil with Rosehip Oil

SUMBER

Productnation

Gambar daripada: https://www.cosmeticsdesign-asia.com/Article/2019/04/03/Malaysian-beauty-manufacturer-gears-up-to-tackle-surging-demand-for-halal-beauty

Summary
Pilihan produk Cosmoderm 2020
Article Name
Pilihan produk Cosmoderm 2020
Description
Produk Cosmoderm menjadi pilihan kerana produknya yang berstatus halal serta selamat digunakan.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: