homestay kuala terengganu

Kuala Terengganu sememangnya destinasi percutian yang popular. Oleh itu, kali ini kami akan kongsikan dengan anda homestay Kuala Terengganu yang selesa untuk percutian anda. Teruskan membaca ya.

Siapa yang tidak pernah mendengar dengan kehebatan dan keindahan Kuala Terengganu?

Semua orang pastinya tahu bahawa ia adalah suatu tempat yang menjadi tarikan di mata dunia kerana kaya dengan tarikan alam semula jadi seperti pantai yang panjang, pulau-pulau eksotik, air terjun yang tertinggi di Malaysia dan banyak lagi.

Tarikan-tarikan di Kuala Terengganu semamangnya sangat banyak sehingga wujudlah banyak tempat penginapan homestay di negeri pantai timur ini untuk para pengunjung yang datang dari serata dunia.

Jadi, di bawah ini kami sediakan untuk anda pilihan homestay Kuala Terengganu untuk penginapan anda semasa bercuti ke sana nanti.

1. AmniDina Apartment

Tempat penginapan ini sesuai untuk keluarga besar kerana ia menawarkan penginapan yang luas dan selesa untuk ditempati.

Apartment ini adalah sebuah homestay jenis rumah banglo yang menawarkan penginapan dengan 2 buah bilik yang mampu menampung 6 orang dan penginapan dengan 3 buah bilik untuk 8 orang.

Anda pasti tidak akan kecewa memilih homestay ini kerana ia telah pun lengkap dengan pelbagai kemudahan seperti ruang dapur yang lengkap dan banyak lagi.

Suasa di homestay ini sangat nyaman kerana terletak berhampiran dengan pantai dan anda akan sentiasa merasi angin lembut dari arah pantai.

Homestay ini menjadi lebih menarik lagi, kerana Masjid Kristal dan Muzium Negeri Terengganu hanyalah sekitar 7 km sahaja dari homestay ini.

2. Jen Homestay

Homestay ini terletak sangat dekat Chinatown iaitu hanya 1 minit jika berjalan kaki dari homestay. Asngat dekat bukan? Jen Homestay adalah lokasi yang tepat bagi anda yang suka suasana penginapan di kawasan yang meriah dengan warna-warna cerah.

Selama anda berada di homestay ini, keselesaan anda akan terjamin kerana homestay ini dilengkapi dengan penyejuk udara yang boleh menyegarkan badan anda setelah berjalan-jalan dalam cuaca panas di Kuala Terengganu.

Jika anda bercuti untuk jangka masa yang panjang, anda tidak perlu risau mencari dobi kerana terdapat kemudahan mesin basuh yang disediakan untuk anda.

Kemudahan lain seperti WiFi juga turut disediakan supaya anda dapat bersantai pada masa lapang di ruang balkoni homestay sambil menikmati pemandangan indah yang penuh denganmeneriahan.

3. Sumai Hotel Apartment

Anda ingin bercuti bersama ahli keluarga yang ramai? Tidak perlu risau kerana Sumai Hotel Apartment mampu memberikan anda tempat penginapan yang terbaik dan selesa untuk anda sekeluarga.

Selain menawarkan tempat penginapan yang terbaik, ia juga lengkap dengan kemudahan WiFi dan kolam renang yang boleh digunakan oleh orang dewasa mahupun kana-kanak.

Oleh itu, setelah puas berehat di dalam bilik, anda boleh membawa anak-anak anda bermandi-manda di kolam renang tersebut.

Lokasi homestay ini sangat mendamaikan kerana ia berada jauh daripada kesibukan jalan raya dan hiruk pikuk bandar.

Ia juga dikatakan strategik kerana destinasi-destinasi menarik seperti Pantai Batu Buruk hanyalah 5 minit dari hotel dan Masjd Kristal yang hanyalah 20 minit dari hotel jika menaiki kenderaan.

Oleh itu, jangan lepaskan peluang anda untuk menempah penginapan anda di sini!

4. Mamaaira Seaview Homestay

Anda mencari tempat penginapan yang tidak jauh daripada tempat-tempat tarikan Kuala Terengganu? Mamaaira Seaview Homestay adalah pilhan yang terbaik untuk anda. Kawasan persisir pantai hanya terletak 6 minit sahaja dari homestay jika berjalan kaki.

Anda dapat menikmati pemandangan pantai yang indah dari kawasan penginapan sahaja. 3 buah bilik yang selesa dan sebuah ruang tamu adalah antara yang ditawarkan di homestay ini.

Selain itu, homestay ini dilengkapi dengan penyaman udara untuk memberi keselesaan daripada cuaca yang panas.

Apartment ini menyediakan tempat tidur yang cukup untuk 9 orang kerana selain katil-katil di bilik tidur, ruang tamunya juga dilengkapi dengan 3 buah katil sofa.

Sebagai tambahan, kemudahan lain seperti minyak, gula, ais, teh, air mineral dan macam-macam lagi turut disediakan untuk sesiapa sahaja yang menginap.

Mengenai tempat makan juga anda tidak perlu risau kerana homestay ini dikelilingi banyak gerai makanan yang menyediakan makanan yang lazat. Pendek kata, semua kelengkapan untuk penginapan yang selesa boleh didapati di sini.

5. Seaview Holiday Apartment

Anda menginginkan penginapan di homestay yang memiliki pemandangan hampran laut yang indah? Seaview Holiday Apartment adalah jawapan bagi homestay yang anda cari.

Dari tingkap bilik sahaja, anda dapat menghirup udara segar sambil melihat pemandangan pantai yang indah. Holiday Apartment. Apartment dengan 3 buah bilik ini menyediakan tempat tidur untuk 6 orang tetamu.

Konsep moden dan ringkas adalah jenis dekorasi yang digunakan bagi homestay ini, aturan dalamannya sangat sedap mata memandang dan sesuai dengan mood percutian.

Anda boleh ke Pantai Batu Buruk pada bila-bila masa sahaja yang anda mahu kerana ia hanya mengambil masa sekitar 10 minit untuk sampai jika berjalan kaki dari homestay.

Kesimpulan

Demikianlah beberapa homestay di Kuala Terengganu yang boleh anda pilih sebagai tempat penginapan yang terbaik untuk anda. Percutian anda di Kuala Terengganu pasti akan menjadi sangat hebat dan memberikan anda pengalaman dan kenangan yang tidak akan dilupakan walaupun setelah pulang dari Kuala Terengganu.

Semoga anda semua dapat menikmati percutian dan penginapan anda dengan kepuasan yang tidak terhingga serta sentiasa menjaga keselamatan anda walau di mana pun anda berada ketika bercuti.

Sumber:

https://www.maisinggah.com/homestay-di-kuala-terengganu/

Summary
Pilihan Homestay Kuala Terengganu Yang Selesa Untuk Anda
Article Name
Pilihan Homestay Kuala Terengganu Yang Selesa Untuk Anda
Description
Kuala Terengganu sememangnya destinasi percutian yang popular. Oleh itu, kali ini kami akan kongsikan dengan anda homestay Kuala Terengganu yang selesa untuk percutian anda. Teruskan membaca ya.
Author
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: