Now Reading
Pilihan Dettol Hand Sanitisers Yang Betul dan Sesuai

Pilihan Dettol Hand Sanitisers Yang Betul dan Sesuai

Dettol Hand Sanitisers

Mungkin ramai sekarang ini yang sedang mencari Dettol Hand Sanitisers semasa musim Covid-19 ini. Ini khas untuk anda.

Oleh itu, pastikan anda memilih hand sanitizer terbaik untuk menyahkuman. Penggunaan hand sanitizer adalah untuk tujuan sanitasi tangan daripada risiko terkena kuman dan bakteria yang tidak kelihatan.

Ia juga adalah alternatif terbaik untuk membunuh kuman selain amalan membasuh tangan.

Dettol adalah jenama No. 1 pembasmi kuman yang tidak asing lagi. Daripada anda memilih brand yang belum tentu menepati peratusan yang disarankan, baiklah anda memilih Dettol.

Dettol Hand Sanitisers adalah salah satu inisiatif on-the-go. Sanitizers ini mengandungi kandungan etanol alkohol sebanyak 62 peratus.

Peratusan alkohol mengikut isipadu adalah penting dengan memastikan setiap sanitizer mengandungi alkohol tidak kurang daripada 60-70%.

Untuk membeli produk hilang , sila layari healthmart.co, penaja kami yang menjual produk kesihatan yang bermutu and asli. Terima kasih atas sokongan anda.

Elak tangan menjadi kering

Salah satu kriteria ketika memilih dan membeli hand sanitizers selain kandungan alcohol adalah pastikan ia mengandungi kandungan Ceramide.

Apa itu ceramide? Ceramide adalah merupakan lemak yang terhasil secara semulajadi pada lapisan kulit atas.

Ia membantu mengekalkan perlindungan kulit yang sihat. Namun, akibat penggunaan hand sanitizer, lapisan ini berkurang dan menjadikan tangan semakin kering dan menggelupas.

Kelebihan Memilih dan Membeli Dettol Hand Sanitisers Yang Betul

  • mudah digunakan, mudah alih dan menjimatkan masa.
  • Hand sanitizer yang baik mengandungi bahan yang dapat membantu mengurangkan kulit kering.
  • Menggunakan hand sanitizer dapat mengurangkan kerengsaraan akibat daripada kulit kering.

Cara-cara Penggunaan Dettol Hand Sanitisers

  1. Gunakan sejumlah besar dan sapu ke seluruh tangan.
  2. Ratakan hand sanitizer di celah-celah jari, di bahagian depan dan belakang tangan, sehingga pergelangan tangan anda.
  3. Gosok hand sanitizer secara bersungguh-sungguh ke tangan anda.
  4. Sapu hand sanitizer di bawah kuku dan di bawah cincin anda.
  5. Teruskan menggosok hand sanitizer sehingga ia kering selama 20 saat. Jangan lap tangan anda dengan tuala untuk keringkan tangan.

Belum ada lagi Hand Sanitizers di dalam kereta anda? Jadi, apa kata lihat 3 jenis Hand Sanitizers keluaran Dettol dan pilihlah yang sesuai dengan kondisi tangan anda.

1. Dettol Instant Hand Sanitisers

Dettol Instant Hand Sanitisers ini mampu membunuh 99.9% kuman tanpa melibatkan penggunaan air. Juga tidak perlu sabun atau air untuk melarutkannya. Ia sedia untuk digunakan pada bila-bila masa.

Selain itu, formula ini bebas bilas dan tidak melekit. Sangat sesuai untuk anda yang mahu cepat dan meresap dengan serta merta.

Botol bersaiz kecil yang sesuai untuk perlindungan semasa dalam perjalanan, dan sangat sesuai untuk disimpan di dalam kereta, pejabat, beg atau poket anda.

Juga terdapat dalam: Bottle: 50 ml, 200 ml

2. Dettol Refresh Instant Hand Sanitisers

Jika anda mencari hand sanitizers yang memiliki kandungan yang tidak mengeringkan kulit dan tidak merengsa kulit, boleh pilih Dettol Refresh Instant Hand Sanitisers.

Ia diperkaya dengan lidah buaya yang menenangkan, dengan baunya tidak sekuat bau-bauan ubatan seperti Original menjadikan anda selesa setiap kali menggunakannya.

Ia juga bebas bilas dan tidak melekit serta anda boleh menyimpannya di mana-mana tempat yang senang dicapai.

Jadi, anda boleh menggunakan hand sanitizers ini pada bila-bila masa sahaja tanpa mengeringkan kulit. Sesuai untuk semua jenis kulit dan tidakn menyebabkan sebarang iritasi.

3. Dettol Sooth Instant Hand Sanitisers

Dettol Soothe Instant Hand Sanitizer membunuh 99.9% kuman tanpa air.

Diformulasikan dengan bebas bilas, tidak melekit ini juga diperkaya dengan ekstrak chamomile yang menenangkan untuk memberikan kesan kelembapan yang tahan lama untuk memastikan tangan sentiasa lembut dan halus.

Botol bersaiz kecil yang sesuai untuk perlindungan semasa dalam perjalanan, dan sangat sesuai untuk disimpan di dalam kereta, pejabat, beg atau poket anda.

Para wanita pasti sukakan hand sanitizers jenis ini kerana ia tidaklah sekuat Dettol Refresh Instant Hand Sanitizers dan Dettol Original Instant Hand Sanitizers.

Dari sini jelaslah bahawa penggunaan Hand Sanitizer amat penting dan dapat membantu melindungi kesihatan dan menghindarkan kita daripada sebarang penyakit dan bakteria yang tidak diingini.

Terutamanya ketika kita pergi membeli-belah, melakukan aktiviti berkelah dan sebagainya.

Jadi, memiliki Hand sanitizer pada masa kini amatlah wajib. Sekurang-kurangnya setiap orang memiliki satu botol hand sanitizers.

error: Content is protected !!