Bio Life Glucosamine

Kalau anda tengah mencari makanan tambahan untuk sakit sendi, Bio Life Glucosamine mungkin pilihan yang baik. Ia mampu melegakan sakit lutut.

Glucosamine ialah bahan kimia yang dijumpai secara semulajadi di dalam badan anda. Walau bagaimanapun, ia juga tersedia sebagai makanan tambahan. Hydrochloride dan sulphate adalah dua bentuk yang paling biasa didengari.

Jadi, apa yang ia boleh buat?

Glucosamine di dalam badan anda bantu mengekalkan kesihatan tulang rawan, iaitu bahan getah yang menenangkan tulang pada bahagian sendi. Namun, semakin lanjut usia anda, tahap sebatian ini akan mula menurun dan menyebabkan sendi anda beransur-ansur rosak.

Rheumatoid arthritis dan penyakit lain seperti penyakit keradangan usus, asma, alahan, kekurangan vena kronik, kecederaan bersukan, temporomandibular joint issues (TMJ), dan sakit belakang jangka masa panjang, semuanya boleh dirawat dengan bahan kimia ini.

Dos yang dicadangkan untuk Bio Life Glucosamine

Dewasa: 1 tablet 3 kali sehari ketika makan.

Siapa yang perlukan makanan tambahan ini?

Kepada sesiapa yang mengalami simptom osteoarthritis seperti:

  • Ketidakselesaan yang teruk pada bahagian sendi.
  • Pada bahagian, terdapat kemerahan atau sensasi panas.
  • Aktiviti-aktiviti mudah yang menyebabkan rasa sakit (e.g menyarungkan stoking, berdiri tegak dari posisi duduk, pada postur yang menanggung berat badan, melutut).

Kelebihan Bio Life Glucosamine

glucosamine

Beberapa tisu haiwan dan bukan manusia seperti kulit kerang, tulang haiwan dan kulat ada je bahan kimia ini. Sumber semulajadi ini seringkali digunakan untuk membuat makanan tambahan seperti produk kita kali ini.

Ini adalah sedikit fakta menarik sebelum kita pergi kepada kelebihannya pula.

Keradangan Mungkin Berkurang

Glucosamine biasanya digunakan untuk merawat simptom bagi penyakit keradangan. Ternyata ia sangat berkesan dalam mengurangkan radang.

Apabila bahan ini diberikan kepada sel yang terlibat dalam penghasilan tulang di dalam penyelidikan Tabung uji, ia mempunyai jumlah anti-radang yang kuat.

Sebilangan besar kajian  glucosamine termasuk gabungannya bersama kondroitin juga terlibat dalam pembentukan dan pemeliharaan tulang rawan yang sihat.

Menyokong Kesihatan Sendi

Salam satu daripada fungsi terpentingnya ialah menggalakkan pertumbuhan tisu sihat yang bersambung dengan sendi anda. Tulang rawan articular ialah bahan berwarna putih yang halus dan menutupi bahagian hujung tulang anda yang datang bersama untuk membentuk sendi.

Tisu jenis ini ialah kombinasi bersama cecair melincirkan yang disebut sebagai synovial fluid, membenarkan tulang meluncur dengan lancar menerusi antara satu sama lain, mengurangkan geseran dan membolehkan pergerakan sendi tanpa rasa sakit.

Ia juga bantu membentuk tulang rawan articular dan synovial fluid dengan bentuk pelbagai komponen kimia. Makanan tambahan ini dapat tolong melindungi tisu sendi dengan mengelakkan tulang rawan tadi daripada rosak.

Gangguan pada Sendi & Tulang Sering Diubati

Makanan tambahan ini biasanya digunakan untuk merawat masalah tulang dan sendi-sendi. Bahan kimia yang telah dikaji ini mempunyai potensi yang tersendiri untuk merawat simptom dan perkembangan osteoarthritis rheumatoid arthritis, dan osteoporosis.

Beberapa kajian menunjukkan dengan mengambil makanan tambahan ini setiap hari boleh bantu pesakit yang menghidapi osteoarthritis untuk kurangkan sakit, mengekalkan ruang sendi dan kurangkan pembentukan penyakit.

Sementara untuk tikus, ianya dirawat dengan pelbagai jenis glucosamine dan ia mengurangkan petunjuk rheumatoid arthritis (RA) dengan sangat banyak.

Cystitis Interstitial

Interstitial cystitis (IC) ialah gangguan yang disebabkan oleh kekurangan kimia glycosaminoglycan. Glucosamine dipasarkan secara meluas sebagai rawatan kepada IC.

Oleh kerana ia adalah pendahulu bahan kimia ini, dianggap pengambilan makanan tambahan ini dapat membantu pengurusan IC.

Glaucoma

Terdapat pelbagai pendapat yang yakin glucosamine berkesan dalam merawat glaucoma. Menurut kajian awal dulu, glucosamine sulphate ini boleh memperbaiki kesihatan mata dengan mengurangkan keradangan dan memberi kesan antioksida kepada retina.

Bio Life Glucosamine mempunyai misi mereka sendiri dari aspek medik, ingin membantu anda mencari makanan tambahan yang terbaik untuk kesihatan sendi. Gaya hidup yang sihat dan pengambilan dos yang tepat mampu memberikan anda sendi yang sihat!

Summary
Pilih Bio Life Glucosamine Untuk Pelega Sendi
Article Name
Pilih Bio Life Glucosamine Untuk Pelega Sendi
Description
Kalau anda tengah mencari makanan tambahan untuk sakit sendi, Bio Life Glucosamine mungkin pilihan yang baik. Ia mampu melegakan sakit lutut.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: