pika
Pika adalah pengambilan makanan yang berterusan seperti kotoran atau cat yang tidak mempunyai nilai pemakanan.

Pika (Pica) adalah pengambilan sesuatu makanan yang berterusan seperti kotoran atau cat yang tidak mempunyai nilai pemakanan. Masalah ini dilihat paling kerap berlaku pada kanak-kanak dan wanita hamil. Dalam populasi etnik tertentu, Pika boleh diterima secara kultural dan tidak dianggap sebagai satu patologi (masalah berpenyakit).

Simptom Pika

Pengambilan makanan sebegini yang melibatkan bahan-bahan bukan makanan dan tidak memberikan nilai pemakanan boleh berterusan dalam tempoh sekurang-kurangnya satu bulan.

Selain itu, keadaan ini bukanlah sebahagian daripada amalan normatif yang disokong oleh budaya atau sosial (contohnya, beberapa budaya memperkenalkan amalan memakan tanah liat sebagai sebahagian daripada amalan perubatan).

Bahan biasa yang dicerna lebih cenderung bervariasi dari segi usia dan lebih mudah untuk didapati. Ia mungkin termasuk kertas, sabun, kain, rambut, tali, bulu, tanah, kapur, serbuk talkum, cat, gusi, logam, batu kecil, arang, abu, tanah liat, kanji, atau ais.

Memakan bahan-bahan ini tidak bersesuaian dengan perkembangan kita. Bagi kanak-kanak yang berumur di bawah dua tahun, objek mulut – atau meletakkan objek kecil di mulut mereka adalah sebahagian perkembangan yang normal kerana ini membolehkan kanak-kanak meneroka deria mereka. Tambahan lagi, merasa menggunakan mulut kadangkala boleh mengakibatkan masalah penghadaman. Bagi mengecualikan perkembangan objek mulut yang biasa, kanak-kanak di bawah umur dua tahun seharusnya tidak boleh didiagnosis dengan masalah Pika.

Punca Pika

Pengawasan ibu bapa yang kurang dan stimulasi oral yang melebih, masalah Pika semasa mengandung dan penerimaan budaya Pika – keadaan ini adalah lazim terutama dalam keluarga dengan garis keturunan Afrika serta masyarakat Amerika Syarikat selatan. Ini mungkin mewakili tekanan tambahan yang membenarkan Pika untuk wujud dalam persekitaran anak bagi memenuhi keperluan oral kanak-kanak itu yang berada dalam fasa suka meneroka.

Di samping itu, penderitaan psikososial tertentu juga dilaporkan mempunyai hubungan yang signifikan dengan Pika, termasuk ketiadaan ibu, tinggal bersama keluarga yang besar, pengabaian ibu bapa, kehamilan, kekurangan interaksi ibu bapa dan anak serta struktur keluarga yang tidak teratur.

Masalah Pika juga sering dilihat dalam kalangan individu dengan masalah mental atau kurang perkembangan. Beberapa kajian baru-baru ini menunjukkan komorbiditi psikiatri (gabungan beberapa faktor) yang signifikan sebagai punca yang menyebabkan Pika. Pelbagai bahan bukan makanan luar biasa telah didokumentasikan dan bahan-bahan ini dimakan oleh pesakit psikotik sebagai tanda vegetatif bagi keadaan psikosis Pesakit skizofrenia delusi pula mungkin menelan gelas, pin atau pelbagai barangan tidak bernutrien yang lain.

Diagnosis Pika

Jika Pika disyaki, penilaian perubatan adalah penting untuk menilai kemungkinan berlakunya anemia, penyumbatan usus atau masalah toksik daripada bahan-bahan yang ditelan. Sekiranya terdapat gejala, doktor akan memulakan penilaian dengan mengambil kira sejarah perubatan dan melakukan pemeriksaan fizikal yang lengkap.

Seterusnya, doktor mungkin menggunakan ujian tertentu seperti sinar-X (X-ray) dan ujian darah untuk memeriksa anemia dan mencari toksin serta bahan-bahan lain dalam darah. Ujian-ujian ini juga dilakukan untuk memeriksa penyumbatan pada saluran usus. Selain itu, doktor boleh menguji kemungkinan berlakunya jangkitan yang terjadi kerana makan makanan yang tercemar dengan bakteria atau organisma lain. Kajian semula tabiat permakanan seseorang juga boleh dijalankan.

Sebelum membuat diagnosis Pika, doktor akan menilai kehadiran gangguan lain seperti kekurangan mental, ketidakupayaan perkembangan atau gangguan obsesif-kompulsif sebagai penyebab kelakuan makan yang ganjil. Corak tingkah laku ini mesti berlaku sekurang-kurangnya satu bulan sebelum diagnosis Pika dapat dibuat.

Faktor Risiko Pika

Pika sering berlaku dengan gangguan kesihatan mental lain yang berkaitan dengan fungsi yang merosot (contohnya, kekurangan akal, gangguan spektrum autisme, skizofrenia).

Anemia kekurangan zat besi dan kekurangan zat makanan adalah dua punca utama Pika, diikuti dengan faktor kehamilan. Bagi individu dengan keadaan ini, Pika adalah tanda bahawa tubuh seseorang sedang cuba membetulkan kekurangan nutrien penting. Jadi, mengubati kekurangan ini dengan ubat-ubatan atau vitamin seringkali dapat menyelesaikan masalah yang berlaku.

Seorang pakar perubatan harus menilai sekiranya tingkah laku itu cukup parah dan memerlukan pemerhatian klinikal bebas (contohnya sesetengah orang boleh makan barang bukan makanan semasa hamil, tetapi doktor mereka mungkin menentukan bahawa tindakan mereka tidak menunjukkan keperluan untuk penjagaan klinikal yang berasingan).

Rawatan Pika

Memandangkan risiko komplikasi perubatan (seperti keracunan plumbum) dikaitkan dengan Pika, pengawasan perubatan yang rapat diperlukan sepanjang rawatan dilakukan. Di samping itu, kerjasama rapat dengan pasukan kesihatan mental yang mahir dalam merawat Pika adalah sesuai menjadi rawatan optimum bagi kes-kes yang kompleks ini.

Seterusnya, “Buku Panduan untuk Psikologi Kanak-kanak Klinikal” pula kini telah menyokong strategi perilaku umum sebagai pendekatan rawatan yang paling berkesan untuk Pika. Latihan mengasingkan makanan boleh dimakan dan makanan tidak boleh dimakan melalui pengukuhan positif dilihat boleh dilakukan untuk mengatasi masalah ini.

Kredit: Gambar diambil daripada sumber https://www.psychologytoday.com/us/blog/brain-sense/201109/little-known-eating-disorder-is-the-rise

SUMBER

https://www.healthline.com/health/pica

https://www.webmd.com/mental-health/mental-health-pica

https://www.medicalnewstoday.com/articles/326751

https://www.medicalnewstoday.com/articles/326751

Summary
Pika (Pica) - Simptom, Punca, Diagnosis, Faktor Risiko dan Rawatan
Article Name
Pika (Pica) - Simptom, Punca, Diagnosis, Faktor Risiko dan Rawatan
Description
Pika (Pica) adalah pengambilan sesuatu makanan yang berterusan seperti kotoran atau cat yang tidak mempunyai nilai pemakanan.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: