Pickupline

Pickupline adalah ayat manis yang ramai orang guna untuk memikat sang kekasih hati. Untung-untung, memang menjadi tau?!

Kalau anda rasa macam “crush” tu tak nak melayan. Janganlah berputus asa dahulu. Apa kata anda cuba bagi ayat manis berupa pickupline power ni, confirm si dia terus cair.

Ayat Pickupline ni memang agak ‘menggelikan’ tapi, jangan main main ya… Sebab memang ada yang boleh jatuh cinta tau kalau dah termakan ayat-ayat yang hebat macam ni. Tak kisah la anda lelaki ke perempuan, tapi kalau ada orang bagi ayat tangkap jiwa yang padu ni dekat anda, mesti anda tak boleh tidur malam!

Di sini, penulis nak berikan idea untuk 25 ayat Pickupline unik yang boleh anda cuba untuk mengorat ‘crush’ anda. Kalau dah dapat mengorat, jangan lupa ajak kawan anda cuba sekali ok! Eh?!

IDEA #1

“Awak, tolong saya ambikkan air tu.”

“Air apa?”

“’Ai’ love you.”

IDEA #2

“Awak ni memang hari-hari keluar malam ke?”

“Eh mana ada.”

“Habis tu yang tiap-tiap malam awak datang dalam mimpi saya tu apa?”

IDEA #3

“Awak cuci muka pakai gula ke?”

“Pakai pencuci muka la.”

“Tapi kenapa muka awak manis sangat?”

IDEA #4

“Awak ada peta tak?”

“Takde. Awak nak buat apa dengan peta?”

“Nak cari jalan ke hati awak.”

IDEA #5

“Sebenarnya nama awak ni macam saya selalu dengar lah.”

“Awak dengar dekat mana?”

“Dekat dalam setiap doa saya.”

IDEA #6

“Cuba awak kira bintang dekat atas tu.”

 “Tak boleh lah, banyak sangat.”

“Banyak kan. Macam tu lah banyaknya cinta saya pada awak.”

IDEA #7

“Saya tak suka buat jenayah sebab nanti kena tangkap.”

“Tapi kalau mencintai awak suatu jenayah, saya rela masuk penjara.”

IDEA #8

“Awak, saya nak minta sesuatu boleh tak?”

“Nak apa?”

“Nak kunci ke hati awak.”

IDEA #9

“Amboi jauhnya termenung. Termenung apa tu?”

“Termenung memikirkan masa depan kita berdua ke?”

IDEA #10

“Awak, boleh tak kalau saya nak ambil gambar awak?”

“Boleh je tapi kenapa?”

“Sebab saya nak tunjuk dekat ibu saya yang bidadari tu benar-benar wujud.”

IDEA #11

“Awak, saya rasa phone saya rosak lah.”

 “Apa yang rosak?”

 “Sebab dari tadi saya cari nombor awak tak ada pun dalam ni.”

IDEA #12

“Saya bukan jenis yang suka berangan tau, tapi saya ni asyik berangan je sekarang ni.”

 “Awak berangan apa?”

 “Saya berangan terbayangkan majlis pernikahan kita.”

IDEA #13

“Awak, saya rasa saya dah tak ada hati lah?”

“Kenapa pulak?”

 “Sebab awak dah ambik hati saya.”

IDEA #14

“Awak ada pembalut luka tak?”

“Tak ada. Awak nak buat apa dengan pembalut tu?”

 “Saya rasa saya dah jatuh cinta”

IDEA #15

“Bintang cantik kan? Tapi tahu tak kenapa malam ni tak ada bintang?”

 “Cantik. Tak tahu la. Kenapa?”

 “Sebab dia ada dekat sebelah saya ni”

IDEA #16

“Awak tahu kan sepasang stokin yang sama warna dan corak kita panggil sepadan kan?”

 “Mestilah tahu, habis tu kenapa?”

 “Walaupun kita ni bukan stokin, tapi saya rasa kita sepadan.”

IDEA #17

“Saya nak beli kapal selam la.”

“Kenapa pulak?”

“Sebab saya nak selami hati awak tu.”

IDEA 18

“Awak tahu tak kenapa air laut masin?”

“Tak tahu.”

“Sebab manisnya ada pada awak.”

IDEA #19

“Cuba awak tutup mata. Awak nampak apa?”

‘Gelaplah, mana nampak apa apa.”

“Ha, macam tu la hidup saya tanpa awak.”

IDEA #20

“Ada satu benda je saya tak boleh baca sampai sekarang.”

“Apa dia tu?”

“Baca isi hati awak.”

IDEA #21

“Awak, jom teman saya beli jam.”

“Jam apa lagi? Tu awak dah ada jam kan?”

“JAMbatan ke hati awak saya takde lagi.”

IDEA #22

“Awak, barang saya hilang!”

“Apa yang hilang??!”

“Hati saya sebab awak dah curi.”

IDEA #23

“Awak, jom teman saya beli baja.”

“Awak nak tanam apa guna baja tu?”

“Tanam cinta kita berdua supaya terus mekar.”

IDEA #24

“Apa beza awak dengan sardin?”

“Sardin? Tak tahu la wak.”

“Sardin ada dalam tin tapi awak dalam hati saya.”

IDEA #25

“Dalam banyak banyak baju, baju apa yang paling cantik kalau awak pakai?”

“Baju apa tu?”

“Baju nikah kita.”

Fuh, berpeluh tak baca ayat-ayat Pickupline ni? Apa-apa pun cubalah dulu,baru tahu.

All the best!

SUMBER

https://suamisihat.com.my/kehidupan/pickupline/

https://kakikecoh.com/korang-memang-sweet-kalau-pernah-buat-pickup-line-ni/

Summary
Pickupline! Idea Ayat "Rare" Untuk Korang Mengorat Crush
Article Name
Pickupline! Idea Ayat "Rare" Untuk Korang Mengorat Crush
Description
Pickupline adalah ayat manis yang ramai orang guna untuk memikat sang kekasih hati. Untung-untung, memang menjadi tau?!
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: