hutan bakau kedua terbesar

Tahukah anda, Pichavaram adalah hutan bakau kedua terbesar di dunia ini? Jika anda tidak tahu, teruskan baca perkongsian kami ini.

Pichavaram Mangrove Forest Chidambaram, Boating, Attraction

Menurut statistik tahun 2000, jumlah hutan bakau di dunia seluas 137.800 kilometer persegi. Ia meliputi sekitar 118 negara dan wilayah. Ini adalah sejenis hutan pesisir. Untuk penjelasan, ia adalah hutan yang separa tenggelam semasa air pasang dalam air masin, dan di mana air naik semasa air pasang dan ketika air mengalir turun.

Apa itu hutan bakau? Secara umum, hutan bakau adalah di mana tumbuh pelbagai jenis pokok kecil dan sederhana terutama di kawasan air masin pantai atau air payau.

Pichavaram Sebagai Hutan Bakau Kedua Terbesar di Dunia

Pichavaram Mangrove – Disconnect with Yourself; Connect with Nature! –  Zoomcar

Pichavaram adalah hutan bakau terbesar kedua di dunia. Ia terletak di Tamil Nadu, India. Secara amnya, jumlah keluasan kawasan hutan ini adalah 2800 ekar.

Ia dibahagikan kepada dua oleh Bay Of Bengal. Hutan bakau ini adalah rumah ular air, anjing air, rubah, kura-kura, udang, krustasea, tiram, dan unggas air. Anda juga akan menemui 200 spesies burung. Ia juga merupakan tempat bagi beberapa spesies langka seperti Avicennia dan Rhizophora.

Seluruh wilayah hutan bakau ini sangat indah dan menempatkan sebilangan besar burung akuatik. Adakah anda tahu, mengapa hutan bakau penting dan apa faedahnya? Khususnya, ia sangat penting bagi ekosistem.

Ini kerana ia melindungi kawasan pesisir dari ribut atau taufan yang teruk. Kepentingannya yang lain adalah hutan bakau adalah syurga buat habitat haiwan yang hampir pupus. Ia juga adalah kawasan penyimpanan sejumlah besar karbon. Pada masa yang sama, ia membantu mencegah hakisan dari kawasan pesisir.

Bukan itu sahaja, hutan bakau turut mewujudkan banyak peluang untuk mencari nafkah. Kawasan hutan bakau semakin berkurang. Inilah masanya untuk menyedarkan masyarakat dengan langkah yang diperlukan.

Hutan bakau Pichavaram terletak di antara dua muara terkenal, muara Vellar di utara dan muara Coleroon di selatan. Kompleks muara Vellar-Coleroon membentuk perairan belakang Killai dan bakau Pichavaram.

Bahagian bawah air saling bersambung dengan sistem sungai Vellar dan Coleroon dan menawarkan banyak ruang untuk sukan air seperti mendayung, berkayak dan berkanu.

Hutan Pichavaram tidak hanya menawarkan pemandangan laut danaktiviti sukan air, tetapi juga pemandangan lain yang sangat cantik iaitu pohon-pohon hutan bakau yang berakar besar di kaki air. Terdapat lebih daripada 400 laluan air yang tersedia untuk anda berperahu.

Apakah cara untuk sampai ke hutan bakau kedua terbesar di dunia ini ?

Terdapat beberapa cara untuk anda datang ke tempat yang indah ini. Teruskan baca seperti di bawah.

1. Melalui jalan udara

How Many Planes Are in the Sky Right Now | Reader's Digest

Antara lapangan terbang antarabangsa yang terdekat adalah Lapangan Terbang Chennai dengan perjalanan lebih kurang 200km.

Pelabuhan udara terdekat yang lain adalah di Pondicherry yang mempunyai penerbangan sewa yang terletak 25km dari Cuddalore. Lapangan terbang baru juga sedang dalam proses pembinaan di Neyveli di daerah yang sama yang terletak 45Km dari Cuddalore Town.

2. Melalui jalan kereta api

Coronavirus: India to use 500 train carriages as wards in Delhi - BBC News

Terdapat beberapa jalan kereta api, antaranya adalah:

  • Chennai – Villupuram – Cuddalore – Thanjavoor – Trichy Raliways.Laluan ini adalah melalui ibu kota Daerah Cuddalore.
  • Laluan kereta api utama yang lain juga terdapat di daerah ini ialah Chennai -Villupuram – Vridhachalam – Trichy.
  • Ia juga beroperasi, di mana Vridhachalam ditempatkan 50KM dari Bandar Cuddalore. Terdapat laluan rel penghubung yang juga tersedia antara Cuddalore dan Vridhachalam.

3. Melalui jalan darat

Tips for long-distance driving - Feature - Autocar India

Pengangkutan jalan raya sangat baik di daerah Cuddalore. Anda boleh ke hutan bakau ini melalui lebuh raya nasional NH45, NH45A melalui Cuddalore.

Satte Highways 32 & 36 juga melalui Cuddalore District. Lenuh raya Cuddalore terletak 200Km dari ibu negerinya.

Kesimpulannya, Pichavaram yang merupakan hutan bakau kedua terbesar di dunia ini mempunyai banyak kepentingan kepada ekosistem. oleh itu, seharusnya ia dijaga dan dipelihara dengan baik. Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada anda.

Source :

https://www.travelmate.com.bd/top-10-largest-mangrove-forest-in-the-world/

https://timesofindia.indiatimes.com/travel/destinations/a-look-at-top-5-mangrove-forests-in-india/photostory/81405552.cms?picid=81405598

https://cuddalore.nic.in/tourist-place/pichavaram/

Summary
Pichavaram: Hutan Bakau Kedua Terbesar di Dunia
Article Name
Pichavaram: Hutan Bakau Kedua Terbesar di Dunia
Description
Tahukah anda, Pichavaram adalah hutan bakau kedua terbesar di dunia ini? Jika anda tidak tahu, teruskan baca perkongsian kami ini.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: