phazyme
Phazyme membolehkan gelembung gas di dalam perut dan usus keluar dengan lebih mudah, yang membolehkan pengeluaran gas lebih mudah.

Pengenalan

Phazyme membolehkan gelembung gas di dalam perut dan usus keluar dengan lebih mudah, bagi mendorong pengeluaran gas yang lebih mudah.

Kegunaan Phazyme

Ubat ini digunakan untuk melegakan tekanan yang menyakitkan disebabkan lebihan gas di dalam perut dan usus. Ia boleh digunakan pada bayi, kanak-kanak dan individu dewasa.

Cara Menggunakan Phazyme

Ambil produk ini secara oral seperti yang diarahkan. Kunyah ubat hingga lumat sebelum menelannya.

Langkah berjaga-jaga & Amaran Penggunaan Phazyme

Jangan sekali-kali mengambilnya lebih banyak daripada dos (simethicone) yang disyorkan.

Bertanyakan kepada doktor atau ahli farmasi jika pengambilan ubat ini adalah selamat bagi anda sekiranya anda alah pada sebarang ubat, atau jika anda mempunyai penyakit serius (terutamanya yang boleh mempengaruhi perut atau usus anda).

Kesan Sampingan Phazyme

Sembelit mungkin berlaku dengan pengambilan ubat ini. Sekiranya kesan ini berterusan atau bertambah buruk, beritahu doktor atau ahli farmasi anda dengan segera.

Malah, jika doktor telah mengarahkan anda untuk menggunakan ubat ini, ingatlah bahawa dia telah menilai bahawa faedahnya adalah lebih besar daripada risiko kesan sampingan yang boleh berlaku.

Ramai orang yang menggunakan ubat ini tidak mempunyai kesan sampingan yang serius. Beritahu doktor sekiranya terdapat kesan sampingan yang tidak mungkin berlaku tetapi adalah serius.

Walau bagaimanapun, dapatkan rawatan perubatan segera sekiranya anda mengalami gejala reaksi alergi yang serius.

Kontraindikasi Phazyme

Kontraindikasi Phazyme adalah hipersensitiviti terhadap ubat ini atau komponen rumusannya.

Interaksi Phazyme

Interaksi ubat boleh mengubah cara ubat berfungsi atau meningkatkan risiko anda mengalami kesan sampingan yang serius. Beberapa produk yang mungkin berinteraksi dengan ubat ini termasuklah digoxin, suplemen fosfat, sodium polystyrene sulfonate.

Dos Phazyme

Ikuti semua arahan pada bungkusan produk. Sekiranya anda tidak pasti mengenai apa-apa maklumat, berjumpalah dengan doktor atau ahli farmasi anda.

Jika anda merawat diri sendiri dengan ubat ini, jumlah dos maksimum biasa bagi individu dewasa adalah 500 miligram setiap hari.

SUMBER

https://www.webmd.com/drugs/2/drug-9408-8265/phazyme-oral/simethicone-oral/details

https://www.healthline.com/health/digestive-health/get-rid-of-gas-pains-and-bloating

https://www.mayoclinic.org/drugs-supplements/simethicone-oral-route/side-effects/drg-20068838?p=1

https://www.medicalnewstoday.com/articles/323458


Summary
Phazyme (Perut Bergas) : Kegunaan, Amaran Penggunaan, Kesan Sampingan, Kontraindikasi, Interaksi dan Dos
Article Name
Phazyme (Perut Bergas) : Kegunaan, Amaran Penggunaan, Kesan Sampingan, Kontraindikasi, Interaksi dan Dos
Description
Phazyme membolehkan gelembung gas di dalam perut dan usus keluar dengan lebih mudah, yang membolehkan pengeluaran gas lebih mudah.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: