Pewangi tandas semula jadi di pasaran!
Pewangi tandas semula jadi adalah penting agar tanda anda sentiasa berbau segar dan harum. Malah, ia juga bagus kerana tidak mempunyai bahan kimia yang boleh membahayakan anda dan seiisi keluarga.

Tandas adalah tempat yang akan anda kunjungi setiap hari. Kadangkala, bau busuk boleh terhasil disebabkan peredaran udara yang tidak bagus, keadaan lembap di tandas dan bermacam lagi.

Jadi, ianya adalah penting agar tandas anda berada dalam keadaan bersih dan wangi untuk menenangkan anda semasa membuat urusan di dalamnya.

Bau wangian biasanya terhasil disebabkan sebatian kimia bagi memberikan hasil yang tahan lama. Walaupun terdapat banyak produk khas yang boleh mewangikan tandas anda, namun kebanyakannya mempunyai bahan kimia yang membahayakan.

Wangian semula jadi sebaliknya adalah lebih baik kerana ia boleh didapatkan dengan mudah dan biasanya merupakan antara barangan yang selalu berada di rumah anda.

Justeru itu, dalam artikel ini, kami akan senaraikan bahan-bahan semula jadi yang anda boleh gunakan di tandas agar ia kekal wangi dan berbau segar.

1. Lemon

Lemon sememangnya berbau harum dan segar serta menjadi antara pilihan wangian yang disukai ramai. Memang banyak wangian yang menggunakan lemon sebagai bahan asasnya kerana kebolehannya dalam meneutralkan bau di udara. Jadi, ia adalah pilihan yang baik jika anda menyukai bau yang segar dan tahan lama.

Anda hanya perlu mengambil beberapa hirisan lemon dan letakkan di atas pinggan atau bekas di kawasan yang sesuai di tandas anda. Untuk mengekalkan kesegaran dalam tandas anda, tukarkan hirisan tersebut setiap minggu.

2. Soda penaik

Soda penaik juga adalah antara bahan semula jadi yang versatil kerana boleh digunakan dengan pelbagai tujuan berbeza. Ia boleh menyerap bau busuk agar tandas anda kekal segar sepanjang masa. Anda hanya perlu mencampurkan setengah cawan soda penaik bersama setengah cawan air berserta beberapa titisan minyak aroma terapi untuk menghasilkan campuran pewangi anda sendiri.

Gunakan bekas yang cantik dan penuhkannya dengan campuran anda tadi. Tandas anda pasti akan berbau segar setiap kali anda masuk ke dalam tandas.

3. Daun pandan

Daun pandan sememangnya mempunyai aroma baunya tersendiri dan boleh digunakan dalam pelbagai cara. Ia bukan sahaja boleh digunakan dalam masakan, tetapi ia juga boleh menjadi pewangi semula jadi yang berkesan. Dalam rumah, dalam kereta mahupun dalam tandas, anda hanya perlu mengambil beberapa helai daun pandan dan racik atau hiris halus bersama beberapa kuntum bunga. Jadikannya seperti pot puri dan letakkan di dalam bekas yang sesuai. Kemudian, letakkannya di satu sudut agar wangiannya tersebar ke seluruh kawasan.

Bagi mengekalkan wangian yang lebih lama, titiskan minyak aroma terapi di dalam bekas tersebut mengikut pilihan anda.

4. Minyak aroma terapi

Menggunakan minyak aroma terapi bukan sahaja mewangikan sesuatu tempat, malah ia juga mempunyai kesan dalam menenangkan fikiran kita dengan baik. Bauan seperti lavendar dan serai adalah sangat sesuai untuk memerangkap bau busuk di tandas dan mengeluarkan bau segar mereka. Sekiranya anda mempunyai ‘diffuser’, letakkannya di rak terbuka dan panaskan beberapa titik minyak aroma terapi selama beberapa minit sebelum baunya mula merebak.

Jika tidak, anda juga boleh mencelupkan minyak ini pada bebola kapas dan biarkan ia di dalam bekas yang sesuai. Gantikan bebola kapas tersebut setiap minggu untuk mengekalkan haruman yang sama di tandas anda.

5. Hampas kopi

Jika anda suka minum kopi, jangan buang hampasnya kerana ia boleh menghilangkan bau tandas. Ada sesetengah orang yang menyukai bau kopi kerana ia seperti bau manis dan sedap apabila dihidu.

Jadi, anda hanya perlu masukkan hampas kopi ke dalam lubang tandas dan biarkan ia terendam seketika sebeluma anda menyiramnya semula. Ini justeru akan menghilangkan bau tidak senang dalam tandas serta menyebarkan aroma kopinya tersendiri.

TUNGGU DULU,

Terdapat juga produk yang menggunakan bahan semula jadi dan boleh didapatkan di pasaran. Jom lihat beberapa di antaranya di bawah.

1. Vanzo Air Freshner

Ini adalah satu-satunya pewangi yang menerima sijil COA dan pengiktirafan ‘Super Health Brand’ di mana ini membuktikan bahawa ia dijamin selamat kepada pengguna. Dengan berasaskan bahan semula jadi, anda juga boleh menggunakan pewangi kereta ini di banyak tempat tertutup seperti bilik tidur serta tandas. Ia boleh tahan sehingga 60 hari dan ini adalah satu kualiti bagus berbanding pewangi-pewangi lain.

2. FLERR Air Freshner

Walaupun ini sebenarnya adalah pewangi kereta, namun disebabkan rekaannya yang bertali dan bertutup, ia boleh sahaja digunakan di mana sahaja termasuklah tandas. Anda hanya perlu menggantungkannya di tempat yang sesuai agar wangiannya boleh tersebar dengan baik dalam tandas anda.

Pewangi ini tidak mengandungi bahan kimia berbahaya dan bebas daripada methanol. Malah, ia juga boleh tahan sehingga 45 hari jadi anda tidak perlulah menukarnya dengan begitu kerap seperti pewangi lain.

SUMBER

https://www.realliving.com.ph/cleaning-organizing/home-care/6-natural-fragrances-for-your-bathroom

https://siraplimau.com/cara-hilangkan-bau-tandas-busuk/

https://www.herworld.com/solutions/how-make-your-own-natural-air-fresheners-and-toilet-bombs-keep-your-bathroom/

Summary
Pewangi tandas semula jadi di pasaran!
Article Name
Pewangi tandas semula jadi di pasaran!
Description
Pewangi tandas semula jadi adalah penting agar tanda anda sentiasa berbau segar dan harum. Malah, ia juga bagus kerana tidak mempunyai bahan kimia yang boleh membahayakan anda dan seiisi keluarga.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: