Rawatan Buasir
Petua rawatan buasir di rumah pastinya penting untuk anda yang sering menghadapi masalah buasir dan buntu mencari cara yang berkesan.

Petua rawatan buasir di rumah pastinya penting untuk anda yang sering menghadapi masalah buasir, buntu mencari rawatan rumah yang berkesan. Buasir atau juga dikenali sebagai ‘hemorrhoids’ (Piles), adalah satu keadaan apabila urat dalam dubur dan bahagian bawah rektum menjadi bengkak. Simptom-simptom yang biasa termasuklah kesakitan, kegatalan dan pendarahan dari rektum atau dubur. Buasir boleh berkembang di dalam atau di luar dubur, dan digelar sebagai “Buasir Dalaman” dan “Buasir Luaran”.

Selain itu, buasir adalah masalah biasa yang dihidapi oleh majoriti individu. Walaupun ia boleh hilang dalam beberapa minggu dengan sendirinya, buasir boleh menyebabkan ketidakselesaan yang ringan atau teruk kepada pesakit.

Sekiranya anda telah mencuba pelbagai cara untuk mengurangkan simptom buasir tetapi tiada satu pun yang berkesan, anda boleh cuba petua rawatan dari rumah ini!

Rawatan-rawatan Buasir

Rawatan Buasir #1 ‘Witch Hazel’

Penggunaan tumbuhan ini boleh mengurangkan dua simptom utama buasir iaitu kegatalan dan kesakitan. Ia adalah sejenis agen antiradang (anti-inflammatory) semulajadi, boleh juga mengurangkan bengkak.

‘Witch hazel’ boleh dibeli dalam bentuk cecair dan digunakan terus pada bahagian buasir. Malah, ia juga boleh didapati dalam produk seperti kain lap anti-gatal dan sabun.

– Rawatan Buasir #2 Lidah buaya (Aloe vera)

Gel lidah buaya atau ‘aloe vera’ telah digunakan sejak dulu untuk rawatan buasir dan pelbagai keadaan kulit lain. Ia diketahui mempunyai sifat antiradang, yang membantu mengurangkan kerengsaan.

Walaupun tiada bukti klinikal yang cukup mengenai keberkesanan gel ini untuk merawat buasir, Pusat Kesihatan Tambahan dan Integratif Kebangsaan telah menyenaraikan lidah buaya selamat digunakan untuk tujuan topikal.

Seterusnya, gel lidah buaya boleh juga didapati dalam produk lain, tetapi anda hanya boleh menggunakan gel lidah buaya yang tulen pada buasir anda. Gel yang tulen juga boleh dituai terus daripada daun tumbuhan lidah buaya.

Walau bagaimanapun, sesetengah individu mempunyai alahan terhadap lidah buaya terutamanya mereka yang alah kepada bawang putih atau bawang merah. Periksa tindak balas alergi anda dahulu dengan cara menggosokkan gel lidah buaya bersaiz syiling pada lengan anda. Tunggu selama 24 jam hingga 48 jam. Jika tiada sebarang reaksi, maka ia selamat untuk digunakan.

Rawatan Buasir #3 Mandian hangat garam ‘Epsom’

Mandian hangat boleh membantu menenangkan kerengsaan akibat simptom buasir. Anda boleh menggunakan tab mandian Sitz, iaitu tab plastik bersaiz kecil yang sesuai diletakkan pada tempat duduk tandas atau boleh juga dilakukan dalam tab mandian biasa.

Melakukan mandian hangat selama 20 minit selepas setiap pembuangan air besar berkesan melegakan simptom buasir. Bagi kesan yang lebih bagus, tambahkan garam Epsom ke dalam air mandian anda untuk melegakan dan mengurangkan kesakitan.

Garam Epsom

Rawatan Buasir #4 Minyak dari farmasi

Ubat dan krim seperti penyediaan H (Preparation H) boleh didapati di hampir setiap kedai ubat serta farmasi. Ini boleh melegakan simptom anda dengan segera. Terdapat juga ubat dan krim yang boleh mengurangkan bengkak dan membantu buasir anda sembuh dengan cepat.

Sedikit peringatan, sekiranya anda menggunakan krim yang mengandungi hidrokortison sebagai rawatan buasir, elakkan penggunaannya lebih dari satu minggu pada satu masa.

Rawatan Buasir #5 Pengelap yang melegakan (Soothing wipes)

Menggunakan kertas tandas selepas membuang air besar boleh memburukkan lagi keadaan buasir sedia ada. ‘Soothing wipes’ boleh membantu anda membersihkan kotoran tanpa menyebabkan kerengsaan yang parah. Bagi kesan tambahan, anda boleh mencari tisu lembap yang mengandungi ramuan antibuasir seperti ‘witch hazel’ atau lidah buaya.

Pastikan tisu lembap atau pengelap yang anda pilih tidak mempunyai alkohol, wangian atau bahan perengsa lain di dalamnya. Bahan-bahan seperti ini boleh memburukkan lagi simptom berbanding melegakannya.

Tisu Basah

Rawatan Buasir #6 Pemampat sejuk (Cold Compresses)

Letakkan pek ais atau mampatan sejuk pada dubur selama 15 minit pada satu masa untuk melegakan bengkak. Bagi buasir yang menyakitkan, petua ini boleh jadi rawatan yang sangat berkesan. Sebelum meletakkan pek ais atau mampatan sejuk, bungkusnya terlebih dahulu di dalam kain atau tuala kertas. Elakkan meletakkannya terus pada kulit kerana bimbang ia akan merosakkan tisu kulit.

Rawatan Buasir #7 Pelembut najis

Menurut Institut Kebangsaan Kencing Manis dan Pencernaan dan Penyakit Ginjal, suplemen najis atau suplemen serat seperti ‘psyllium’, boleh membantu mengurangkan masalah sembelit. Ini akan menjadikan najis lebih lembut dan memudahkan pembuangan air besar.

Kebanyakan pelembut najis ini datang dalam bentuk serbuk, kapsul dan cecair yang boleh diambil secara oral sekali hingga 3 kali sehari.

Rawatan Buasir #8 Memakai pakaian diperbuat dari kapas dan longgar

Menggantikan baju ketat yang diperbuat dari poliester kepada kapas bernafas yang ultra (ultra-breathable cotton) terutamanya seluar dalam, boleh membantu menjaga kawasan dubur supaya berada dalam keadaan bersih dan kering. Petua buasir ini dapat mengurangkan simptom yang anda alami. Elakkan menggunakan detergen yang mengandungi pewangi atau pelembut pakaian untuk mengurangkan kerengsaan.

Bagaimana untuk mencegah sembelit?

Gaya hidup dan perubahan diet adalah cara terbaik untuk mencegah sembelit. Menjadi aktif secara fizikal dan makan makanan yang sihat boleh mengekalkan pergerakan usus yang baik secara berkala.

Makan banyak makanan yang kaya dengan serat (terutamanya dari tumbuh-tumbuhan) dan minum banyak air untuk memastikan proses pencernaan anda berjalan lancar dan mencegah sembelit juga antara petua mengubati buasir yang bagus. Senaman yang teratur dan mengelakkan duduk dalam jangka masa yang lama juga dapat membantu mencegahnya.

Petua buasiryang paling berkesan untuk mengelakkan sembelit adalah terus ke tandas apabila anda ingin membuang air besar. Menangguhkan pergerakan usus boleh mengakibatkan usus menyerap semua air daripada najis. Hal ini kemudian menjadikan najis menjadi kering dan lebih sukar untuk keluar dari dubur.

Bilakah anda perlu berjumpa dengan doktor?

Buasir biasanya mudah dirawat dan hilang dengan sendirinya. Dalam kes yang jarang berlaku, buasir juga boleh menyebabkan komplikasi.

Pendarahan kronik yang berpunca dari buasir boleh menyebabkan anemia, iaitu penyakit kekurangan sel darah merah. Bagi buasir dalaman pula, biasanya bekalan darah akan terpotong dari memasuki kawasan buasir menyebabkan masalah buasir tercekik dan kesakitan yang teruk.

Jika petua rawatan buasir di rumah tidak berkesan selepas lebih dua minggu, berjumpa dengan doktor anda. Doktor boleh mendiagnosis dan merawat buasir yang dialami. Beliau juga boleh menulis preskripsi untuk krim ubat, minyak dan suppositori yang sesuai dengan keadaan anda.

Di samping itu, jika rawatan preskripsi juga tidak berkesan pada anda, doktor akan mencadangkan rawatan seperti litigasi pita getah (rubber band litigation) atau pembedahan untuk mengeluarkan buasir. Anda juga harus berjumpa doktor dengan segera jika anda mengalami pendarahan rektum untuk kali pertama atau jika pendarahan rektum anda menjadi semakin teruk.

Sumber:

https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/hemorrhoids/diagnosis-treatment/drc-20360280

https://www.healthline.com/health/home-remedies-for-hemorrhoids

https://www.medicalnewstoday.com/articles/317114

https://www.everydayhealth.com/hemorrhoids/guide/treatment/

Summary
Petua Rawatan Buasir Di Rumah
Article Name
Petua Rawatan Buasir Di Rumah
Description
Petua rawatan buasir di rumah pastinya penting untuk anda yang sering menghadapi masalah buasir dan buntu mencari cara yang berkesan.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: