Petua Merawat Demam Campak Di Rumah
Campak adalah sejenis penyakit virus berjangkit dan boleh menjejaskan sesiapa sahaja.

Campak adalah sejenis penyakit virus berjangkit dan boleh menjejaskan sesiapa sahaja, tidak mengira umur terutamanya orang yang belum menerima vaksinasi campak, mereka lebih mudah dijangkitinya.

Jika anda mendapati diri anda mengalami demam campak, berikut merupakan beberapa rawatan rumah untuk merawat demam campak.

Peria

Peria mempunyai sifat antioksidan kuat yang membantu memerangi banyak simptom penyakit campak. Selain itu, ia juga mengandungi vitamin C, zat besi, zink, kalium, dan serat. Semua bahan ini berupaya untuk meningkatkan imuniti anda dan membantu mempercepatkan proses penyembuhan

Barli

Antara simptom demam campak yang biasa berlaku adalah kerengsaan kulit dan gatal-gatal. Untuk mengatasi masalah ini, gunakan barli. Barli diperkaya dengan mineral, vitamin C, zink, dan antioksidan, yang boleh mempercepatkan proses pemulihan. Untuk menggunakan barli sebagai rawatan rumah, inilah langkah yang perlu anda lakukan:

  1. Campurkan secawan barli dengan tiga cawan air
  2. Rebus campuran tersebut
  3. Kemudian, biarkan ia reneh sehingga air dikurangkan kepada separuh dari jumlah asalnya
  4. Biarkan campuran sejuk
  5. Tambah gula atau garam secukup rasa
  6. Minum 2 hingga 3 gelas setiap hari selama sebulan

Kunyit

Kunyit mempunyai sifat antioksidan dan antiseptik yang baik. Herba ini boleh membantu mengurangkan simptom umum campak. Berikut merupakan resipi menggunakan kunyit untuk merawat demam campak:

  1. Tambah satu sudu madu dan serbuk kunyit ke dalam segelas susu suam
  2. Minum campuran sebanyak dua atau tiga kali sehari selama sebulan untuk membantu meningkatkan imuniti anda

Air kelapa

Dehidrasi adalah salah satu kesan sampingan demam campak. Oleh itu, adalah penting untuk sesorang mengekalkan hidrasi semasa proses pemulihan. Air kelapa juga mengandungi beberapa nutrien yang membantu membersihkan tubuh anda daripada sebarang unsur toksik daripada penyakit. Ia juga kaya dengan antioksidan yang membantu menggalakkan pemulihan yang cepat

Minum air kelapa pada setiap hari sehingga anda pulih sepenuhnya. Air kelapa akan membantu anda sentiasa terhidrasi dan mencegah keletihan akibat kehilangan tenaga.

Licorice

Licorice dikenali dengan ciri antikulat, antibakteria, dan antiviral. Di samping itu, ia juga mengandungi sejenis bahan kimia yang dipanggil saponin. Saponin berfungsi menggalakkan pendaraban sel-sel imun yang dipanggil ‘macrophages’. ‘Macrophages’ merupakan sel imun yang menelan dan mencerna bakteria berjangkit seperti yang bakteria demam campak. Ujian makmal telah mendapati bahawa licorice mempunyai kesan antiviral terhadap demam campak. Jadi, ia adalah salah satu rawatan rumah terbaik untuk penyakit ini.

Untuk menggunakan licorice terhadap campak, lakukan langkah-langkah berikut

  1. Campurkan setengah senduk makan madu dan serbuk licorice dalam segelas air suam
  2. Minum campuran ini sekali sehari untuk menenangkan sakit tekak dan mengurangkan batuk
  3. Selain itu, anda juga boleh makan gula-gula mengandungi licorice

Biji terung

Biji terung kaya dengan zink dan vitamin C yang membantu mempercepatkan proses pemulihan. Selain itu, ia juga memiliki sifat antioksidan yang membantu mengukuhkan sistem imun anda. Anda hanya perlu memakan separuh hingga 1 gram biji terung pada setiap hari selama 3 hari untuk membantu mempercepatkan proses pemulihan anda.

Buah oren

Dehidrasi dan kehilangan selera makan adalah beberapa simptom demam campak yang biasa berlaku. Jus oren boleh membantu anda mengatasi simptom tersebut. Rasa masam jus oren memulihkan selera dan membantu meningkatkan selera makan anda. Ia juga mengekalkan paras air dalam badan anda pada tahap yang sepatutnya untuk mengurangkan risiko dehidrasi.

Minum jus oren segar pada selang waktu rawak setiap hari untuk membantu memerangi simptom penyakit demam campak.

Daun zaitun

Minyak zaitun adalah salah satu rawatan semulajadi yang paling berkesan untuk merawat demam campak. Daunnya juga mempunyai ciri-ciri antiviral dan antimikrob yang membantu membunuh virus yang menyebabkan demam campak. Selain itu, daun zaitun memiliki antioksidan dan kesan antibiotik semulajadi yang membantu proses penyembuhan penyakit ini. Untuk menggunakan daun zaitun sebagai rawatan rumah terhadap campak, ikuti langkah berikut:

  1. Tumbuk atau kisar daun zaitun menjadi pes yang pekat.
  2. Sapukan pes ke kawasan campak pada kulit anda.
  3. Biarkan selama setengah jam.
  4. Kemudian, bilas kawasan yang terjejas dengan air suam untuk menghilangkan pes. Tepuk kulit anda dengan tuala yang bersih sehingga kering.
  5. Untuk hasil yang terbaik, lakukan rawatan rumah ini sebanyak sekali atau dua kali sehari selama 2 minggu.

Walau bagaimanapun, rawatan di rumah ini tidak akan menyembuhkan campak dengan sendiri. Sekiranya anda menghidap campak, anda perlu berjumpa dengan doktor dan berehat secukupnya kerana ini sahaja cara terbaik untuk pulih dari penyakit berjangkit ini.

Sumber

https://www.healthline.com/health/home-remedies-for-chickenpox

https://www.webmd.com/children/understanding-chickenpox-treatment

https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/chickenpox/diagnosis-treatment/drc-20351287

https://www.medicalnewstoday.com/articles/326051

Summary
Petua Merawat Demam Campak Di Rumah
Article Name
Petua Merawat Demam Campak Di Rumah
Description
Jika anda mendapati diri anda mengalami demam campak, berikut merupakan beberapa rawatan rumah untuk membantu anda sembuh.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: