Petua melegakan hidung tersumbat
Hidung tersumbat berlaku apabila terjadi satu keadaan yang menyebabkan cecair terperangkap dalam hidung mengakibatkan ia tersumbat dan menyakitkan.

Hidung tersumbat berlaku apabila terjadi satu keadaan yang menyebabkan cecair terperangkap dalam hidung mengakibatkan ia tersumbat dan menyakitkan. Banyak petua bagi melegakan hidung tersumbat secara semulajadi dari rumah termasuklah hidrasi, pengewapan dan meletakkan tuala basah yang hangat di muka anda.

Virus atau selesema merupakan penyebab utama hidung tersumbat. Namun, jangkitan bakteria juga boleh menjadi puncanya. Sekiranya anda mempunyai hidung tersumbat, anda mungkin akan mengalami:

  • Sakit kepala
  • Hidung tersumbat atau berair
  • Sakit tekak
  • Keletihan
  • Batuk

Artikel ini menyediakan 6 petua semulajadi ringkas yang boleh dilakukan di rumah bagi melegakan masalah hidung tersumbat.

Petua di rumah

Terdapat pelbagai petua yang boleh anda lakukan untuk melegakan hidung tersumbat, termasuklah:

1. Kekal hidrat

Membran mukus boleh meradang sewaktu hidung tersumbat. Walau bagaimanapun, kekal terhidrat boleh membantu membran tersebut berfungsi dengan betul.

Minum air dalam jumlah yang banyak boleh melegakan simptom hidung tersumban. Anda mungkin boleh menyediakan sebotol air sepanjang hari di mana sahaja anda berada untuk menggalakkan diri anda sentiasa meminumnya.

2. Bernafas dalam wap

Bernafas wap boleh membantu hidung tersumbat dengan cara mengekalkan kelembapan membran mukus anda. Perkara ini adalah sangat penting terutamanya ketika berada dalam cuaca atau musim sejuk. Mandi air panas dan menghirup wap darinya boleh membantu membuka halangan hidung anda serta melegakan simptom. Anda juga boleh menggunakan ‘humidifier’ bagi tujuan ini.

3. Menaikkan kepala sewaktu tidur

Bagi membantu melegakan hidung tersumbat, anda boleh mempertimbangkan untuk menaikkan kepala semasa tidur. Anda disarankan menggunakan bantal tambahan untuk menaikkan kepala anda.

4. Menggunakan minyak eucalyptus

Minyak eukaliptus boleh melegakan simptom hidung tersumbat. Selain itu, ia juga berkesan untuk membunuh kuman di dalam dan di sekeliling saluran hidung yang mengakibatkan hidung tersumbat.

Anda boleh menggunakannya dengan cara meletakkan minyak eukaliptus pada tisu dan letakkannya di sebelah anda sewaktu tidur atau menambahnya ke dalam air panas dan menghirup wap darinya. Namun begitu, sekiranya meletakkan campuran air panas dan minyak eukaliptus pada kulit, ia boleh mengakibatkan sensasi terbakar.

Minyak yang berasaskan menthol juga sangat terkenal tetapi ia bertindak dengan cara membuatkan anda berasa boleh bernafas. Namun ia tidak membantu hidung tersumbat.

5. Meletakkan tuala basah yang hangat

Tuala basah dan hangat yang diletakkan pada muka boleh melegakan bengkak dan keradangan hidung tersumbat. Malah, ia turut mengekalkan kelembapan membran mukus apabila anda mengirup udara yang lembap, justeru itu membantu membran anda berfungsi dengan baik.

Anda boleh merendam tuala dalam air yang hangat, perah dan letakkan di seluruh muka.

6. Mencuba periuk neti (neti pot)

Periuk neti adalah sejenis periuk kecil seperti teko the yang membantu anda menyalurkan larutan air garam dalam kaviti hidung anda. Ia boleh melegakan simptom hidung tersumbat dengan mengekalkan kelembapan pada membran mukus. Selain itu, ia turut membantu mengeluarkan pengumpulan began yang mengakibatkan sumbatan.

Ubat-ubatan farmasi

Semburan hidung termasuklah dekongestan boleh membantu melegakan hidung tersumbat. Namun begitu, ia juga boleh mengakibatkan masalah. Sebagai contoh, hidung tersumbat anda boleh menjadi lebih teruk setelah anda berhenti menggunakan dekongestan.

Selain itu, mengambil ubat tahan sakit juga boleh melegakan kesakitan akibat hidung tersumbat.

Sekiranya anda mengalami kesan sampingan atau ubat-ubatan tidak memberi sebarang kesan positif, anda perlu berunding dengan doktor anda.

Bilakah anda perlu berjumpa doktor?

Walaupun masalah hidung tersumbat boleh dirawat menggunakan petua rumah, anda mungkin boleh mengalami komplikasi. Dalam kes ini, berjumpalah dengan doktor anda.

Anda disyorkan berjumpa doktor sekiranya:

  • Suhu badan mencecah 38°C.
  • Simptom yang semakin teruk.
  • Simptom hilang selepas 10 hari.
  • Masalah hidung tersumbat yang kerap.
  • Simptom anda tidak hilang walaupun setelah menggunakan ubat farmasi.

Sumber

https://www.healthline.com/health/stuffy-nose-relief

https://www.medicalnewstoday.com/articles/313808

https://www.webmd.com/allergies/sinus-congestion

https://www.everydayhealth.com/cold-flu/treatment/natural-congestion-remedies

Summary
Petua melegakan hidung tersumbat
Article Name
Petua melegakan hidung tersumbat
Description
Hidung tersumbat berlaku apabila terjadi satu keadaan yang menyebabkan cecair terperangkap dalam hidung mengakibatkan ia tersumbat dan sakit.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: