Pesan Hidangan Sihat Melalui 8 Servis Penghantaran Makanan Sihat Ini!
Memilih makanan sihat boleh menjadi sukar lebih-lebih lagi jika anda baru bermula menjalani diet yang sihat atau anda terlalu sibuk dengan urusan kerja sehingga tiada masa untuk menyediakan makanan sihat sendiri.

Memilih makanan sihat boleh menjadi sukar lebih-lebih lagi jika anda baru bermula menjalani diet yang sihat atau anda terlalu sibuk dengan urusan kerja sehingga tiada masa untuk menyediakan makanan sihat sendiri. Tapi, jangan risau kerana dengan kemudahan servis penghantaran makanan sihat ini, anda boleh memesan hidangan anda dengan mudah secara dalam talian di mana sahaja, pada bila-bila masa!  

Berikut merupakan senarai 8 servis penghantaran makanan sihat di sekitar di Malaysia dan di sekitar Lembah Klang.

The Lunchbox Naked

The Lunchbox Naked menawarkan pelbagai menu berasaskan diet ‘vegan’, paleo dan makanan mentah. Makanan yang disediakan dijamin bersih, ringkas dan tidak akan membuat anda berasa kembung perut. Bahan-bahan yang digunakan dipilih khas dari segi bebas gula, rendah natrium dan tanpa sebarang pemanis tiruan. Walaupun menu yang disediakan agak terhad, tetap ianya diubah setiap bulan. Lawati laman web mereka untuk mengetahui dengan lebih lanjut: http://www.thenakedlunchbox.co/

Caj Penghantaran: RM 5 – RM 15

Harga: RM 15 – RM 20

Kotak Lunch

Kotak Lunch merupakan pilihan yang sesuai bagi anda yang sibuk dan tiada masa untuk menyediakan makanan tengahari yang sihat. Mereka memilih bahan-bahan berkualiti tinggi dan segar pada setiap hari untuk menyediakan makanan tengahari yang lazat dihantar terus ke pintu rumah anda. Lawati laman web mereka untuk mengetahui dengan lebih lanjut: https://www.instagram.com/kotaklunch/

Caj Penghantaran: Penghantaran PERCUMA bagi kawasan terpilih tanpa pesanan minimum

Harga: RM 20

Dietmonsta

Dietmonsta adalah pilihan yang terbaik bagi anda yang sedang berusaha untuk menjadi lebih sihat. Dengan motto, ‘Anda tidak perlu KURANG makan, Anda hanya perlu makan dengan BETUL, mereka menyediakan makanan menggunakan bahan-bahan semulajadi yang rendah garam, kalori dan sesuai untuk pemakanan seimbang. Lawati laman web mereka untuk mengetahui dengan lebih lanjut: https://dietmonsta.com/

Caj Penghantaran: RM 10 – RM 15

Julat Harga: RM 10 – RM 20

Epic Fit Meals

Keistimewaan Epic Fit Meals adalah mereka berusaha menghasilkan bahan sendiri, dari awal hingga akhir termasuklah perasa, sos dan salad. Dengan cara ini, pelanggan dapat memesan dan menikmati makanan yang segar dan sihat. Bukan itu sahaja, mereka juga tidak mengguna semula bahan-bahan lebihan dengan slogannya ‘made by day, gone by night’. Setiap hidangan dipamerkan bersama nilai kalori untuk memudahkan pelanggan dan memupuk kesedaran menganai kepentingan kalori dalam setiap hidangan kepada pelanggan.

Makanan akan dimasak apabila dipesan dan mereka menjamin masa penghantaran mengambil selama 45 minit atau mereka akan memberi baucer bernilai RM 10 kepada pelanggan. Lawati laman web mereka untuk mengetahui dengan lebih lanjut: http://www.epicfmco.com.my/

Caj Penghantaran: Penghantaran PERCUMA dengan pembelian melebihi RM20.

Harga: RM 9 – RM 20

The Lunch Club

The Lunch Club (TLC) bertujuan membina komuniti yang menghubungkan usahawan makanan dengan pelanggan bandar melalui platform dalam talian. Mereka menyediakan hidangan katering bagi setiap majlis khas termasuklah sesi latihan korporat, majlis hari jadi dan makan malam keluarga! Bukan itu sahaja, mereka juga memberi perkhidmatan peralatan majlis seperti meja untuk majlis kecil atau besar-besaran. Anda hanya perlu memesan melalui dalam talian dan mereka akan menyediakan makanan dan persiapan majlis yang diperlukan. Lawati laman web mereka untuk mengetahui dengan lebih lanjut: https://www.thelunchboxclub.com/

Caj Penghantara: Penghantaran PERCUMA dengan pesanan minimum sebanyak 6 hidangan

Harga: RM 16 – RM 38

EZ Diet

Sekiranya anda sedang mencari pelan makanan sihat, anda boleh mencarinya melalui EZ Diet. Mereka menyediakan panduan pemakanan lengkap untuk sekurang-kurangnya 5 hari. Pakej yang ditawarkan membantu anda menjamah makanan sihat setiap hari.

Makanan disediakan khas oleh chef bertauliah dan diolah oleh pakar pemakanan. Jadi, EZ Diet juga boleh membantu anda memulakan program diet untuk penurunan berat badan. Anda hanya perlu memilih rancangan yang sesuai buat diri anda antaranya, Program Berat Badan, Pelan Makanan Eksekutif dan Pelan Pemakanan Diet Atkins. Lawati laman web mereka untuk mengetahui dengan lebih lanjut: https://www.ezdiet.com.my/

Caj Penghantaran: Penghantaran Percuma dengan setiap pembelian pakej

Harga: Pelan 5 hari (termasuklah sarapan, makan tengahari, dan makan malam) bermula dari harga RM 230

The Rebellious Chickpeas

The Rebellious Chickpeas menyediakan satu hidangan setiap hari. Mereka akan berkongsi pelan hidangan pada hari Ahad minggu sebelumnya supaya pelanggan boleh merancang dan memesan makanan mereka. Setiap hari, hidangan yang disediakan berkonsep berbeza.

Pada hari Isnin, mereka menyediakan makanan berkonsep ‘Meatless Monday’ dan pada hari Rabu, hidangan tengahari ‘Surprise me Wednesday’. Pelanggan tidak akan mengetahui hidangan mereka sehinggalah mereka membuka kotak makanan mereka.

Menu The Rebellious Chickpeas dipenuhi dengan kejutan menarik dan pelbagai pilihan hidangan yang memuaskan selera setiap pelanggan.

Lawati laman web mereka untuk mengetahui dengan lebih lanjut: https://www.facebook.com/TheRebelliousChickpea

Caj Penghantaran: Penghantaran PERCUMA dengan pembelian 2 hidangan atau lebih

Harga: RM16

Simply Green Salad Gallery

Simply Green Salad Gallery menyediakan makanan yang sihat dan lazat buat pelanggannya. Mereka mengutamakan falsafah ‘Makan baik, Hidup baik’ dan setiap makanan dimasak khas bertujuan untuk memberi anda tenaga sepanjang hari. Pilihan hidangan mereka terdiri daripada salad segar yang boleh digabung bersama sandwich, mengikut pilihan anda. Anda juga boleh memesan sup panas dan minuman jus bersama hidangan anda. Keistimewaan mereka adalah anda boleh memilih cara hidangan sendiri, sebagai contoh ayam serai atau ayam Cajun dan sebagainya, mengikut citarasa anda. Lawati laman web mereka untuk mengetahui dengan lebih lanjut: https://www.simplygreensalad.com/

Caj Penghantaran: Penghantaran PERCUMA dengan pesanan minimum RM 15

Harga: RM 15 – RM 26

Summary
Pesan Hidangan Sihat Melalui 8 Servis Penghantaran Makanan Sihat Ini!
Article Name
Pesan Hidangan Sihat Melalui 8 Servis Penghantaran Makanan Sihat Ini!
Description
Memilih makanan sihat boleh menjadi sukar tetapi jangan risau kerana kini banyak servis penghantaran telah menawarkan kemudahan mendapatkan makanan anda dengan mudah.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: