persoalan kaedah puasa selang-seli
Beberapa persoalan kaedah puasa selang-seli sering diutarakan bagi mereka yang ingin tahu lebih lanjut. Kaedah puasa telah lama diamalkan.

Beberapa persoalan kaedah puasa selang-seli sering diutarakan bagi mereka yang ingin tahu lebih lanjut. Kaedah puasa telah lama diamalkan. Memandangkan ia menawarkan manfaat yang banyak kepada individu, kaedah ini sudah menjadi semakin terkenal kerana tidak begitu ketat untuk diamalkan. Namun begitu, tidak semua orang sesuai untuk melakukannya.

Jadi, jika anda berminat untuk mencubanya, anda pasti mahu mengetahui lebih lanjut tentang kaedah berpuasa ini bukan?

1. Bolehkah saya minum air ketika berpuasa?

Jawapan persoalan kaedah puasa selang-seli ini adalah ya. Anda masih boleh minum ketika mengamalkan kaedah berpuasa secara selang-seli ini. Air kosong, kopi, teh dan minuman yang tidak berkalori lain boleh diambil semasa berpuasa. Pastikan anda tidak menambah gula terutamanya pada minuman seperti teh dan kopi. Gantikan gula tersebut dengan susu atau krim yang sedikit. Selain itu, pengambilan kopi juga boleh memberi manfaat kepada mereka yang berpuasa sebegini kerana ia boleh mengurangkan kelaparan.

Seterusnya, elakkan minuman seperti soda dan jus kerana ia biasanya mengandungi kandungan gula yang tinggi. Minum lebih banyak air kosong sekiranya anda dahaga. Pilihan minuman yang betul adalah penting agar anda masih mendapatkan manfaat daripada kaedah berpuasa ini.

2. Bukankah melangkau sarapan itu tidak bagus?

Jawapan persoalan kaedah puasa selang-seli ini adalah tidak. Masalah bagi kebanyakan individu adalah mengambil makanan yang tidak sihat atau berlebihan sebagai sarapan. Perkara ini boleh dicegah sekiranya anda cuba berpuasa. Walaupun sarapan pagi boleh memberikan tenaga yang mencukupi selama seharian buat badan anda, namun sekiranya anda memastikan diri anda mengambil makanan yang sihat selepas itu, berpuasa pada pagi hari tidak mendatangkan sebarang masalah.

Malah, tidak mengambil sarapan pagi sebenarnya memberikan badan lebih banyak masa untuk membakar lemak sebagai sumber tenaga anda. Memandangkan tahap kelaparan adalah paling rendah pada waktu pagi, jadi ianya tidak bermasalah sekiranya anda berpuasa dahulu dan makan pada kemudian hari.

3. Bolehkan saya mengambil ubat-ubatan semasa berpuasa?

Jawapan persoalan kaedah puasa selang-seli ini adalah bergantung. Perkara ini bergantung kepada jenis ubat yang diambil serta bagaimana reaksi badan anda sekiranya anda berpuasa. Sentiasa ingat bahawa terdapat ubat seperti vitamin larut lemak yang berfungsi dengan lebih berkesan jika diambil selepas makan.

Oleh itu, berbincanglah dengan doktor yang menetapkan ubat anda sebelum anda cuba berpuasa sambil meneruskan pengambilan ubat-ubatan. Ada sesetengah ubat yang perlu diambil pada masa tertentu, dan mengambilnya ketika perut kosong mungkin boleh memberi kesan negatif pada badan anda. Sekiranya ubat-ubatan tersebut tidak mempunyai tempoh pengambilan yang spesifik, anda boleh mengambilnya ketika anda tidak berpuasa.

Selain itu, sekiranya anda perlu berhenti seketika daripada kaedah berpuasa ini oleh kerana faktor pengambilan ubat, itu tidak mengapa. Anda masih boleh mendapatkan manfaatnya pada kesihatan anda ataupun mengurangkan simptom bagi sesetengah penyakit dengan beralih kepada diet yang tinggi kandungan lemak dan rendah toksin.

4. Bolehkah saya melakukan senaman sambil berpuasa?

Jawapan persoalan kaedah puasa selang-seli ini adalah dibenarkan. Anda sebenarnya tidak perlu makan sebelum bersenam untuk mendapatkan tenaga yang cukup. Sebaliknya, badan anda boleh membakar sumber tenaga lain seperti lemak badan bagi memastikan badan anda kekal bertenaga walaupun ketika berpuasa.

Walau bagaimanapun, bagi senaman aerobik dengan tempoh yang lama, makan sebelum melakukan senaman boleh meningkatkan prestasi latihan tersebut. Ianya juga bagus untuk dilakukan terutama sekali sekiranya anda mempunyai pertandingan.

Jadi, pastikan anda tahu bahawa pengambilan cecair adalah sangat penting untuk menggantikan kadar sodium (garam) yang hilang setelah bersenam terutamanya ketika anda berpuasa.

5. Bolehkah berpuasa menyebabkan kehilangan otot?

Jawapan persoalan kaedah puasa selang-seli ini adalah ya. Semua kaedah yang boleh menurunkan berat badan pasti dapat menyebabkan kehilangan otot. Oleh itu, ianya penting agar anda bersenam dan menjaga pengambilan protein bagi memastikan masalah ini tidak berlaku.

Ketika berpuasa, badan akan memecahkan molekul glikogen kepada glukos yang kemudian menjadi sumber tenaga bagi badan. Selepas itu, proses memecahkan lemak akan meningkat untuk menghasilkan tenaga. Asid amino berlebihan (blok protein) juga digunakan sebagai tenaga, namun badan tidak akan membakar otot dengan sendirinya kecuali jika terdesak sahaja.

Ianya penting untuk mengetahui bahawa tanpa senaman, pengurangan berat badan selalunya berlaku kerana kehilangan kedua-dua jisim lemak dan jisim tanpa lemak. Jisim tanpa lemak adalah segalanya selain lemak, termasuklah otot. Sesetengah penyelidik mempercayai bahawa kaedah puasa secara selang-seli ini lebih berkesan untuk mengekalkan jisim tanpa lemak berbanding jenis diet yang lain. Namun begitu, lebih banyak kajian perlu dijalankan untuk mendapatkan kepastian mengenai isu ini.

6. Adakah berpuasa akan memperlahankan metabolisme saya?

Jawapan persoalan kaedah puasa selang-seli ini adalah tidak. Kajian menunjukkan bahawa berpuasa dalam tempoh yang tidak lama sebenarnya boleh meningkatkan kadar metabolisme anda. Apabila anda makan, anda sebenarnya akan mengalami sedikit peningkatan kadar metabolisme badan. Keadaan ini dikenali sebagai ‘Thermic Effect of Feeding (TEF)’ yang merupakan satu ukuran tenaga dan melibatkan proses pencernaan, penyerapan dan penggunaan makanan yang anda ambil.

Selain itu, jumlah TEF ini ditentukan berdasarkan pengambilan makanan bukannya kekerapan anda makan. Jadi, ianya tidak membimbangkan sekiranya anda makan sebanyak 2 atau 8 kali, kerana selagi anda mengambil jumlah kalori yang sama, kesannya juga adalah sama. Disebabkan itulah, berpuasa secara harian ini sebenarnya tidak mengurangkan kadar metabolisme badan.

Walau bagaimanapun, berpuasa selama 3 hari atau lebih boleh mengurangkan metabolisme badan. Oleh itu, anda dinasihatkan untuk mengikuti kaedah berpuasa secara selang-seli ini secara sederhana dan tidak melampau.

7.  Bagaimana jika saya kelaparan?

Persoalan kaedah puasa selang-seli ini selalu diutarakan. Perkara paling penting yang anda perlu tahu adalah kelaparan selalunya berlaku seperti satu gelombang (wave). Ramai individu yang bimbang sekiranya isu kelaparan akan menjadi semakin serius dan tidak dapat ditanggung terutamanya ketika berpuasa. Memandangkan isu ini adalah seperti gelombang, ia akan hadir dan pergi begitu sahaja jika tidak dilayan.

Seterusnya, selepas sehari anda berpuasa, isu kelaparan ini biasanya akan menjadi lebih serius pada hari kedua. Namun, selepas itu, ia akan mula berkurangan dan terus hilang selepas 3 atau 4 hari. Ini berlaku kerana badan anda sekarang mendapatkan tenaganya daripada lemak. Jadi, pada dasarnya, badan anda akan ‘makan’ lemaknya sendiri ketika sarapan pagi, makan tengah hari dan makan malam. Inilah yang menyebabkan anda tidak berasa lapar seperti hari pertama lagi.

8. Adakah golongan wanita dibenarkan berpuasa?

Jawapan persoalan kaedah puasa selang-seli ini adalah ya, golongan wanita masih boleh berpuasa tetapi ada pengeculiannya juga. Wanita yang kurang berat badan, mengandung atau menyusukan bayi dinasihatkan agar tidak berpuasa.

Selain itu, bagi mereka yang sedang cuba untuk hamil terutamanya yang berbadan atlet dan mempunyai peratusan lemak badan yang rendah, kaedah puasa secara selang-seli ini mungkin boleh meningkatkan risiko mereka mendapat haid yang tidak teratur dan peluang untuk hamil adalah lebih rendah.

Di samping isu-isu ini, tiada alasan khas lain yang tidak membenarkan golongan wanita untuk berpuasa. Walaupun mereka boleh mengalami masalah ketika berpuasa secara selang-seli ini, namun perkara sama juga boleh berlaku pada golongan lelaki. Jadi, ianya tidak menimbulkan sebarang kesan negatif sekiranya individu mengambil langkah sewajarnya berdasarkan keperluan diri sendiri.

SUMBER

https://www.healthline.com/nutrition/intermittent-fasting-guide

https://www.atkins.com/how-it-works/library/articles/intermittent-fasting-faq

Summary
persoalan kaedah puasa selang-seli
Article Name
persoalan kaedah puasa selang-seli
Description
Beberapa persoalan kaedah puasa selang-seli sering diutarakan bagi mereka yang ingin tahu lebih lanjut. Kaedah puasa telah lama diamalkan.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: