perpustakaan shah alam

Perpustakaan Shah Alam, juga dikenali sebagai Perpustakaan Raja Tun Uda, perpustakaan moden 6 tingkat dengan pemandangan taman dan tasik.

Perpustakaan yang lengkap dengan kemudahan seperti stesen kerja yang luas dan selesa, zon kanak-kanak yang popular, selain daripada pemandangan yang cantik. Perjalanan ke taman di belakang bangunan perpustakaan ini cukup menarik, kerana ia keliling tasik.

Selain tasik, ia juga dikelilingi dengan pokok dan tumbuhan yang sarat dengan maklumat. Kiranya rimbunan hijau berilmu.

KEMUDAHAN DI PERPUSTAKAAN SHAH ALAM

Di sini akan akan menjumpai teknologi canggih dan peralatan digital, serta seksyen untuk kelompok umur yang berbeza seperti:

  • Teater 3D and teater 6D pelbagai deria
  • Gimnasium dengan pancuran mandian dan bilik mengganti pakaian
  • Kafeteria terbuka dengan pemandangan Masjid Biru
  • Xbox Kinnect dan HTC Valve (Virtual Reality)
  • On-Location Reporter: untuk mengasah kemahiran bercakap anda – lihat/dengar apa yang anda nampak/bunyi di dalam televisyen
  • Komputer Windows dan Mac, servis pemngimnas dan mencetak
  • Creative Zone untuk kanak-kanak dengan permainan interaktif dan ruangan Reading Tree yang popular
  • Lantai bertema, termasuklah Outer Space, Earth, Ocean dan Humans
  • Permainan interaktif iStep menggunakan alatan deria
  • Ruangan membaca yang selesa dan bilik aktiviti

YURAN AHLI & CAS LAIN-LAIN

Yuran ahli adalah percuma buat semua warganegara Malaysia

Cas berasingan akan dikenakan untuk:

GimnasiumWalk-in (RM5/3 jam) Ahli (RM25/pendaftaran seumur hidup, RM5/bulan) Pelatih persendirian (RM35/jam)
Virtual Reality (VR)RM10/pax (10 minit) Sesi pertama: 10:30am Sesi kedua: 2:30pm (tidak dibuka pada cuti umum)
Teater 3DRM7/pax Sesi pertama: 10:30am Sesi kedua: 2:30pm (tidak dibuka pada cuti umum)
Teater 6DRM10/pax (tidak dibuka pada cuti umum)
Soket elektrik (pengecasan alatan)RM1/pax
MencetakHitam dan putih: RM0.20/muka surat Warna (separuh muka surat): RM0.50/muka surat Waran (satu muka surat): RM1/muka surat
PengimbasRM0.10/muka surat (maksimum 20 muka surat)

WAKTU BEROPERASI PERPUSTAKAN SHAH ALAM

HARIWAKTU BEROPERASIKAUNTER BUKU
Isnin10:00am – 7:00pm12:00pm
Selasa – Jumaat9:20am – 7:00pm9:30am
Sabtu – Ahad9:30am – 9:00pm (7:00pm untuk Creative Zone / Bahagian Kanak-kanak)9:30am

KONTAK & ALAMAT PERPUSTAKAN SHAH ALAM

  • Tel: +603 5519 7667 / +603 5519 7682 / 7679 / 7685 / 7691
  • Emel: [email protected]
  • Website: ppas.gov.my
  • Alamat: Perpustakaan Raja Tun Uda, Jalan Kelab Golf 13/6, Seksyen 12, 40100 Shah Alam, Selangor.

TARIKAN BERDEKATAN PERPUSTAKAN SHAH ALAM

Berikut adalah tarikan yang boleh dilawati dalam 10-15 minit perjalanan dari perpustakaan:

  • Taman Tasik Shah Alam
  • City Shah Alam – destinasti lampu LED Pertama Malaysia
  • Laman Seni 7
  • Masjid Biru – salah satu masjid terbesar di Asia Tenggara
  • Kompleks Taman Seni Islam Antarabangsa
  • Taman Botani Negara Shah Alam
  • Muzium Sultan Alam Shah

PROGRAM KOMUNITI SIRI PELAJAR MUDA

Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) mengumumkan bahawa Perpustakaan Raja Tun Uda yang berada di Shah Alam bakal menjadi perpustakaan pertama di Malaysia yang menubuhkan “TOEFL Corner”.

Ia bersama-sama menganjurkan TOEFL® Siri Pelajar Muda dengan bantuan Eshia & Associates Sd Bhd, wakil negara Educational Testing Service (ETS) buat Malaysia dan juga Shake Book Projects Sdn Bhd.

TOEFL Corner di Perpustakaan Raja Tun Uda akan menyimpan buku-buku dan sumber atas talian yang berkaitan dengan kurikulum Siri Pelajar Muda TOEFL®.

Siri Pelajar Muda TOEFL® merangkumi peperiksaan yang sesuai dengan umur yang dirancang untuk membuka jalan buat pengembangan kebolehan berbahasa Inggeris dan juga untuk membantu pelajar yang lebih muda untuk meneruskan pengajian ke tahap yang seterusnya.

Ujian TOEFL® PrimerTM sesuai buat pelajar berusia 9 hingga 11 tahun, sementara TOEFL Junior® Standard Test sesuai buat mereka yang berumur 11 hingga 15 tahun.

Tentang ETS

ETS bermatlamat untuk memperbaiki kualiti pendidikan dan ekuiti setiap individu di seluruh dunia dengan mengembangkan penilaian berdasarkan penyelidikan yang bagus.

ETS menyediakan penyelesaian yang sesuai dengan kelayakan pendidik, pembelajaran bahasa Inggeris, pendidikan di sekolah rendah, menengah dan pasca menengah di samping menjalankan penelitian, analisis dan penyelidikan intelektual untuk individu, institusi dan organisasi.

ETS adalah sebuah organisasi nonprofit yang ditubuhkan pada tahun 1947 dan telah berjaya menjalan lebih daripada 50 juta ujian setiap tahun termasuklah ujian TOEFL ® dan TOEIC, ujian GRE ® dan penilaian The Praxis Series TM, di 180 negara pada 9 ribu lokasi seluruh dunia.

Tentang Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS)

Ibu pejabat Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) berpusat di Perpustakaan Raja Tun Uda Shah Alam, ditubuhkan untuk mengurus perpustakaan negeri serta awam yang lebih kecil di seluruh sembilan daerah dalam negeri Selangor.

PPAS kini menguruskan 103 buah perpustakaan, kira-kira sepertiga daripadanya diubah suai dan beberapa daripadanya terlibat dengan kempen “Penjenamaan Semula PPAS”. Kempen tersebut telahpun bermula pada 26 Mei 2009.

Kempen ini tidak hanya fokus kepada kemudahan perpustakaan malah hati, corak pemikiran dan tingkah laku pegawai PPAS, serta peningkatan koleksi serta pengaturcaraan perpustakaan.  

Buku merupakan jalan keluar buat para pencinta buku kerana ia membawa mereka ke sebuah dunia yang lain, direka oleh minda pembaca. Samada fiksyen atau bukan fiksyen, membaca dapat mengurangkan tekanan dan meningkatkan pengetahuan.

Buat sesiapa yang inginkan akses terhadap buku, digital atau manual, sberkunjunglah ke perpustakaan Shah Alam. Selain dari tempatnya yang cantik, terdapat banyak buku-buku yang bersedia menjadi sumber anda. Bacaan yang baik, minda yang gembira dan sihat.

Sumber:

https://www.visitselangor.com/perpustakaan-raja-tun-uda/

http://testcenter.my/wp-content/uploads/2017/04/PressRelease-2017.04.25-Raja_Tun_Uda_Library_Establishes_TOEFL_Corner_and_TOEFL_YSS_Community_Program.pdf

Summary
Perpustakaan Shah Alam: Dunia Para Pencinta Buku
Article Name
Perpustakaan Shah Alam: Dunia Para Pencinta Buku
Description
Perpustakaan Shah Alam, juga dikenali sebagai Perpustakaan Raja Tun Uda, perpustakaan moden 6 tingkat dengan pemandangan taman dan tasik.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: