Pernahkah anda mengalami renjatan elektrik statik? Inilah sebabnya
Elektrik statik bermula dengan zarah kecil yang digelar atom. Setiap benda di dunia ini terdiri daripada atom, daripada pensil hinggalah anggota badan anda seperti hidung.

Elektrik statik bermula dengan zarah kecil yang digelar atom. Setiap benda di dunia ini terdiri daripada atom, daripada pensil hinggalah anggota badan anda seperti hidung. Anda tidak boleh melihat atom dengan mata kasar dan anda perlu menggunakan mikroskop khas untuk melihatnya kerana saiz atom sangat kecil.

Setiap atom terdiri daripada beberapa zarah yang lebih kecil seperti:

  • Proton yang mempunyai caj positif
  • Elektron yang mempunyai caj negatif
  • Neutron yang tiada caj

Kebiasaannya, apabila atom memiliki bilangan proton dan elektron yang seimbang, caj atom adalah neutral (tidak positif atau negatif). Elektrik statik dicipta apabila caj positif dan negatif dalam atom tidak seimbang.

Namun, apabila sesuatu objek (atau seseorang) memiliki jumlah elektron berlebihan, ia mempunyai caj yang negatif. Zarah dengan caj yang bertentangan akan sentiasa tertarik antara satu sama lain, jadi caj positif manarik caj negatif manakala caj negatif menarik caj positif. Oleh sebab itulah, sekiranya anda terkena renjatan elektrik statik, anda akan berasa seperti sesuatu yang tertarik pada kulit anda.

Adakah renjatan elektrik statik berisiko memberi kesan terhadap kesihatan?

Dalam kebanyakan kes renjatan elektrik statik, ia hanya mengakibatkan ketidakselesaan pada diri anda. Walau bagaimanapun, sesetengah kes renjatan statik boleh menyebabkan kecederaan yang tidak disengajakan. Sebagai contoh, anda mungkin akan menarik tangan anda secara tiba-tiba dan menghantuknya terhadap sesuatu.

Jadi, bagaimana untuk mengelakkan renjatan elektrik statik ini?

Berikut merupakan senarai perkara yang perlu anda lakukan bagi mengelakkan dari terkena renjatan elektrik statik:

Mengubah pakaian anda

1. Tukar kasut anda. Renjatan elektrik statik terhasil apabila dua bahan bersentuhan antara satu sama lain. Sering kali, kasut terkena kain dan permukaan lain apabila anda berjalan. Hal ini boleh menghasilkan renjatan elektrik. Ramai individu cenderung meningkatkan caj elektrostatik ketika berjalan, mujurlah terdapat beberapa jenis kasut yang boleh mengurangkan risiko kejutan:

  • Getah merupakan sejenis penebat elektrik yang kuat. Jika anda mempunyai lantai permaidani, atau bekerja di pejabat yang berkarpet, memakai kasut bertapak getah boleh meningkatkan risiko anda untuk mengalami renjatan elektrik statik. Seeloknya, pilihlah kasut yang bertapak kulit.

  • Bulu biri-biri juga adalah penebat elektrik yang kuat. Ia boleh menghasilkan caj statik apabila tergosok dengan kain. Sebaiknya, pakailah sarung kaki yang diperbuat daripada kapas berbanding bulu.

2. Berhati-hati dengan jenis fabrik. Jenis fabrik pakaian yang anda pakai dapat meningkatkan risiko renjatan statik. Kain tertentu adalah penebat elektrik yang baik  harus dielakkan. Sebagai contoh, fabrik jenis sintetik, seperti poliester, boleh mengalirkan arus elektrik dengan baik. Jadi, anda perlu hadkan penggunaan fabrik tersebut supaya anda dapat mengurangkan risiko renjatan statik. Pilihlah fabrik dari jenis kapas sekiranya boleh.

3. Membeli gelang anti statik. Sesetengah syarikat menjual gelang tangan yang boleh dipakai untuk mengurangkan risiko renjatan statik. Sekiranya cara mengubah pakaian dan kasut anda tidak berkesan, gelang ini mungkin boleh membantu.

Mencegah Kejutan Statik di Rumah

1. Menggunakan humidifier’. Kejutan statik lebih cenderung berlaku dalam persekitaran yang kering. Menjaga kelembapan di persekitaran rumah anda dapat mengurangkan risiko renjatan statik.

2. Gunakan permaidani diperbuat daripada kapas. Anda juga boleh menggunakam permaidani kapas di rumah anda kerana kapas merupakan penebat elektrik yang lemah. 

Mengelakkan renjatan statik di tempat awam

1. Pakai pelembap kulit sebelum keluar dari rumah. Ini kerana, kulit yang terlalu kering meningkatkan risiko kejutan statik. 

2. Ambil langkah berjaga-jaga. Ramai individu yang mengalami renjatan statik apabila membeli-belah, seringkali apabila anda menolak troli. Sewaktu menolak troli, peganglah satu benda yang diperbuat daripada logam seperti kunci rumah. Perbuatan ini akan membebaskan tenaga yang terkumpul sebelum anda menyentuh sebarang benda dengan tangan anda. Seeloknya, pakai kasut bertapak kulit semasa membeli belah untuk mengurangkan caj elektrik.

SUMBER

https://www.healthline.com/health/electric-shock

https://www.webmd.com/first-aid/electric-shock

https://www.mayoclinic.org/first-aid/first-aid-electrical-shock/basics/art-20056695

https://en.wikipedia.org/wiki/Static_electricity

Summary
Pernahkah anda mengalami renjatan elektrik statik? Inilah sebabnya
Article Name
Pernahkah anda mengalami renjatan elektrik statik? Inilah sebabnya
Description
Sekiranya anda terkena renjatan statik, anda akan berasa seperti sesuatu yang tertarik pada kulit anda disebabkan caj positif dan negatif yang terlibat.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: