Moratorium

Permohonan Bantuan Moratorium Secara Automatik (T20, M40 , B40) ~ Sejak COVID-19 melanda negara, pelbagai jenis bantuan telah diumumkan oleh perdana menteri kita. Pada 31 Mei yang lalu, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan beberapa jenis pakej bantuan untuk seluruh rakyat Malaysia termasuklah bantuan moratorium PKP 3.0.

Dalam Perutusan Khas Perdana Menteri, 31 Mei yang lalu, bantuan moratorium kini dibuka untuk semua kategori pendapatan isi rumah termasuklah T20, M40 dan B40. Pada artikel kali ini, kami akan kongsikan serba sedikit maklumat mengenai bantuan inisiatif kerjaan ini.

Teruskan membaca untuk mengetahui lebih banyak info berguna yang berkaitan.

Apa itu moratorium?

Moratorium bermaksud penangguhan rasmi bayaran. Dalam erti kata yang lain, ia bermaksud penangguhan bayaran terhadap pinjaman atau pembiayaan. Secara ringkasnya, anda tidak perlu membayar loan (rumah/kereta/dll) mengikut tempoh yang diperuntukkan (6 bulan, bermula 1 April sehingga September).

Tetapi anda jangan salah faham, ini tidak bermaksud selama 6 bulan loan anda akan ditanggung kerajaan. Anda tetap perlu membayar loan-loan tersebut namun diberikan tempoh masa yang panjang untuk menyelesaikan kesemua loan-loan anda.

Sebagai contoh, tempoh loan anda akan tamat pada 1 januari 2025, dengan adanya tempoh moratorium ini loan anda akan tamat pada 6 bulan selepas tarikh asal loan anda tamat tempoh.

Sekiranya anda mempunyai kad kredit, hutang kad kredit anda masih perlu dibayar. Namun, anda juga boleh menukarnya menjadi loan dengan tempoh 3 tahun dan kadar faedah tak lebih 13%.

Moratorium PKP 3.0 Juga Dibuka Untuk M40 Dan T20

Bantuan moratorium inijuga diumumkan layak untuk golongan T20 dan M40 yang kehilangan pekerjaan semasa musim pandemik ini. Pengumuman ini telah diumumkan oleh Tengku Zafrul sebagai Menteri Kewangan Malaysia.

Jelas beliau,
“Sekiranya anda kehilangan pekerjaan, tidak kira anda M40 atau T20, anda layak untuk menerima moratorium secara automatik. Jika anda menghadapi pengurangan pendapatan, tidak kira anda M40 atau T20, anda juga layak untuk menerima pengurangan ansuran bulanan.”⠀

Kategori Penerima Bantuan Bayaran Balik Pinjaman / Moratorium PKP 3.0

Terdapat 2 kategori penerima bantuan bayaran balik pinjaman /moratorium PKP 3.0. Berikut adalah 2 kategori tersebut bersama jenis bantuan yang layak diterima.

KATEGORI 1

  • Golongan peminjam seperti individu yang kehilangan pekerjaan (B40, M40 dan T2
  • Golongan B40 (penerima BSH atau BPR)
  • Perniagaan mikro dan PKS dalam sektor yang tidak dibenarkan untuk beroperasi akibat PKP (locked down sectors)

Jenis Bantuan Yang Layak Diterima:

Penerima dalam kategori 1 ini layak memilih sama ada:

  • Moratorium automatik selama 3 bulan atau
  • Pengurangan bayaran balik ansuran sebanyak 50% selama 6 bulan secara automatik.

KATEGORI 2

  • Peminjam yang mengalami pengurangan pendapatan (B40, M40 dan T20)

Jenis Bantuan Yang Layak Diterima:

  • Mereka boleh mendapat pengurangan bayaran balik ansuran yang bersesuaian, selaras dengan pendapatan yang berkurang.
  • Pendekatan ini membolehkan peminjam membuat pilihan berdasarkan keadaan dan keperluan kewangan masing-masing. ⠀
  • Peminjam hanya perlu pilih dan dapat bantuan bayaran balik pinjaman yang bersesuaian daripada bank.
  • Kelulusan adalah secara automatik. ⠀

Bilakah permohonan moratorium akan dibuka?

Pada 7 Julai 2021.

Cara untuk melakukan permohonan akan dimaklumkan kemudian. Kepada peminjam yang berminat, anda perlu membuat permohonan dan akan perlu untuk menandatangai perjanjian baharu pinjaman.

Pertanyaan Dan Maklumat Lanjut

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan lanjut, sila rujuk laman web rasmi kerajaan seperti Bank Negera Malaysia (https://www.bnm.gov.my/o/covid-19/ra_bm.html) atau mana-mana sumber yang boleh dipercayai.

Elakkan membaca sumber-sumber ynag tidak sahih untuk mengelakkan anda keliru dan tersilap informasi. Atau, hubungi bank terdekat anda untuk meminta penjelasan lebih lanjut dan terperinci.

Diharap semua dapat memahami dengan baik mengenai bantuan moratorium ini. Bantuan moratorium ini diwujudkan unutk membantu rakyat Malaysia demi kelangsungan hidup dan masa hadapan.

Semoga perkongsian ini berguna sebagai rujukan untuk sesiapa yang memerlukan. Rajinkan membaca dan cari info-info tambahan yang lain.

Sumber:

https://ecentral.my/moratorium-pkp-3-0/

https://portalsemakan.com/moratorium-2021/#Bilakah_permohonan_moratorium_akan_dibuka

https://cikgukewangan.com/apa-itu-moratorium/

Summary
Permohonan Bantuan Moratorium Secara Automatik (T20, M40 , B40)
Article Name
Permohonan Bantuan Moratorium Secara Automatik (T20, M40 , B40)
Description
Permohonan Bantuan Moratorium Secara Automatik (T20, M40 , B40) ~ Sejak COVID-19 melanda negara, pelbagai jenis bantuan telah diumumkan oleh perdana menteri kita. Pada 31 Mei yang lalu, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan beberapa jenis pakej bantuan untuk seluruh rakyat Malaysia termasuklah bantuan moratorium PKP 3.0.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: