Now Reading
Perkhidmatan Yang Disediakan Oleh Pejabat Pos Malaysia

Perkhidmatan Yang Disediakan Oleh Pejabat Pos Malaysia

pejabat pos

Pejabat Pos Malaysia merupakan perkhidmatan yang dinamik di mana pejabat pos merangkumi semua gagasan perkhidmatan di dalam arena pos, peruncitan, kurier secara domestik dan antarabangsa, melalui jaringan tanpa had yang berpusat di Malaysia seperti jaringan logistik, penerbangan, kewangan dan perkhidmatan pembekal import atau export.

Keunggulan perkhidmatan selama 200 tahun telah membangunkan sebanyak 200 pusat kurier pos di seluruh negara tempatan dan antarabangsa di mana ianya telah membuka jaringan ke seluruh Asia Tenggara untuk menampung perkembangan dunia e-dagang

Jenis-jenis Perkhidmatan Pejabat Pos

1. SendParcel

Perkhidmatan yang Pejabat Pos sediakan ini sangat sesuai untuk penggunaan e-dagang dan pembeli online.

Pilih daripada 8 pakej kadar yang menguntungkan. Anda juga dapat menggunakan kadar penghantaran Pos Laju, pesanan ‘’pick-up’’, hasilkan nota ‘’e-consignment’’ dan lakukan penghantaran pukal secara domestik mahupun antarabangsa.

Kelebihan SendParcel

  • Kadar penghantaran yang terbaik
  • Jadual ‘’pick-up’’ yang fleksibel
  • Lengkap dengan perincian alamat dan langkah-langkah proses penghantaran
  • Percuma kredit bonus dan risalah setiap top-up
  • Lebih daripada 1000 lokasi ‘drop-off’ di seluruh negara – Pilih sahaja lebih daripada 1000 lokasi drop-off seluruh Malaysia termasuk 780 cawangan Pos Malaysia, 170 Ezibox lockers dan 169 cawangan agen 7-eleven.
  • Penghantaran antarabangsa ke lebih daripada 200 buah negara.
  • Penjimatan waktu untuk penghantaran secara pukal – Dengan gabungan penghantaran secara pukal sebanyak 100 pesanan mampu disediakan dalam 1 note ‘e-consignment’ untuk melancarkan dan menjimatkan waktu penghantaran.

2. Pos Laju

Penghantaran bungkusan terpantas di seluruh Malaysia dan dunia. Pilih sahaja pakej daripada perkhidmatan express, pakej prepaid dan sebagainya

Penghantaran Domestik

  • Prepaid – Beli pakej kadar rata seluruh domestik untuk penjimatan waktu dan duit.
  • Express – Pilihan penghantaran yang cepat dan harian.
  • Perkhidmatan insuran untuk setiap penghantaran, motosikal atau penghantaran surat secara berjadual.

Penghantaran Antarabangsa

  • Prepaid – Belian terus dengan kadar rata antarabangsa prepaid untuk menjimatkan waktu dan duit
  • Express – Penghantaran dokumen dan bungkusan melalui pengangkutan udara atau laut ke 200 buah negara seluruh dunia
  • Ekonomi – Penghantaran bungkusan melalui laut atau udara secara murah
  • Perkhidmatan insuran untuk bungkusan atau jadual tetap pickup
  • EziPos – Pembelian dan penghantaran barangan daripada U.S

3. Mel

Perlu menghantar surat atau kad pos? Pejabat Pos mempunyai jaringan penghantaran ke lebih daripada 9 juta alamat di Malaysia seperti mel biasa ke surat prepaid dan sebagainya..

Penghantaran Domestik

  • Mel Biasa – Penghantaran mel ringan tidak berat daripada 50 gram ke seluruh alamat yang berdaftar di Malaysia
  • Mel Besar – Penghantaran mel yang seberat 2kg
  • Mel berdafta r- Jejaki perjalanan penghantaran mel dengan perkhidmatan mel berdaftar
  • Kad Pos – Perlu menghantar kad-pos? Semua suka menerima kad-pos
  • Lain-lain

Penghantaran Antarabangsa

  • Mel Udara- Penghantaran surat di bawah 2kg
  • Mel Surface – Penghantaran bungkusan berat melalui pengangkutan laut yang murah
  • Paket Kecil – Penghantaran bungkusan yang ringan tidak lebih daripada 2kg
  • Kad Pos
  • Label Tambahan- Jejaki penghantaran surat dan bungkusan dengan label tambahan bersiri

4. Mel komersial

Terokai kepelbagaian perkhidmatan untuk Mel komersial ke Mel Terus

See Also
skim perumahan belia

  • Produk
  • Mel Biasa
  • Mel Komersial Berdaftar – Penghantaran dokumen tidak lebih daripada 2kg ke seluruh Malaysia
  • Mel Terus- Fokus untuk pelanggan baru melalui sampel dan mel
  • AdMail – Penghantaran risalah atau sampel percuma kepada pelanggan diseluruh Malaysia
  • Mel Besar – cara lain untuk menghantar bungkusan mel lebih daripada berat standard.

Sistem Jejak Pos Malaysia

Pos Malaysia berhad merupakan perkhidmatan pos yang terunggul yang meliputi jaringan pos ke 1000 lokasi di seluruh Malaysia termasuk cawangan Pos Malaysia, Mini Pos, Pos24 (Terminal layan diri), Pos-On-wheels (Pos Bergerak, agen pos, agen stem dan juga jaringan e-dagang terluas.

Aplikasi Pos membantu kita untuk menjejak setiap penghantaran bungkusan mel di seluruh Malaysia, juga antarabangsa ke China , Hong kong , Singapura atau bungkusan daripada aplikasi pasaran AliExpress, Joom, GearBest, BangGood, Taobao, eBay, JD.com, Shopee dan kedai online yang lain.

Sumber:

https://www.pos.com.my/identity

https://www.pos.com.my/send

error: Content is protected !!