perkhidmatan kesihatan ibu dan anak diteruskan
Bagi memastikan kesihatan ibu dan bayi anggota kesihatan akan tetap meneruskan perkhidmatan lawatan ke rumah ibu-ibu yang baru bersalin.

Bagi memastikan kesihatan ibu dan bayi, pihak KKM akan meneruskan perkhidmatan lawatan ke rumah ibu yang baru bersalin, walaupun sewaktu PKP. Menurut Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Noor Hisham Abdullah, bagi memastikan kesihatan ibu dan bayi, anggota kesihatan akan tetap meneruskan perkhidmatan lawatan ke rumah ibu-ibu yang baru bersalin walaupun sewaktu pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang bertujuan untuk mengekang penularan COVID-19.

Selain itu, ibu hamil dan ibu bapa yang berada di luar kawasan juga boleh memperoleh perkhidmatan tersebut di klinik kesihatan atau swasta yang berdekatan. Oleh itu, ibu hamil digalakkan menjalani pemeriksaan berkala seperti tarikh temujanji yang telah ditetapkan.

Malah, pihak KKM juga akan terus melaksanakan program imunisasi bagi bayi dan kanak-kanak seperti sebelum ini, jadi ibu dan bapa dianjurkan untuk mengikuti jadual imunisasi dan tarikh temujanji yang telah diaturkan.

Beliau menjelaskan lagi, pihak KKM turut menegaskan akan kepentingan ibu bapa untuk menepati jadual imunisasi terhadap kanak-kanak untuk mencegah daripada terjadinya wabak penyakit cegahan vaksin seperti campak dan sebagainya.

Mengakhiri ucapan beliau, Datuk Noor Hisham abdullah mengingatkan ibu bapa untuk menghubungi klinik kesihatan yang berdekatan jika terdapat sebarang pertanyaan.

SUMBER

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/03/669550/covid-19-perkhidmatan-kesihatan-ibu-hamil-masih-diteruskan

http://www.astroawani.com/berita-malaysia/covid-19-perkhidmatan-kesihatan-ibu-hamil-dan-anak-berjalan-seperti-biasa-dr-noor-hisham-235414

https://kpkesihatan.com/2020/05/15/kenyataan-akhbar-kpk-15-mei-2020-pemberian-perkhidmatan-imunisasi-kepada-murid-sekolah-di-klinik-kesihatan/

Summary
Perkhidmatan Kesihatan Ibu Dan Anak Tetap Diteruskan (COVID-19) - Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia
Article Name
Perkhidmatan Kesihatan Ibu Dan Anak Tetap Diteruskan (COVID-19) - Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia
Description
Bagi memastikan kesihatan ibu dan bayi, pihak KKM akan meneruskan perkhidmatan lawatan ke rumah ibu yang baru bersalin, walaupun sewaktu PKP.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: